Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

5. Pelaksanaan Kurikulum Dalam Bilik Darjah/Pengajaran

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "5. Pelaksanaan Kurikulum Dalam Bilik Darjah/Pengajaran"— Transcript presentasi:

1 5. Pelaksanaan Kurikulum Dalam Bilik Darjah/Pengajaran
Pengajaran berkesan adalah pengajaran yang dirancang. 4 peringkat perancangan; tahunan, penggal, mingguan dan harian. Untuk memperoleh perancangan pengajaran yang baik, guru seharusnya; menyedari kepentingan perancangan itu sendiri selain dari menggunakan format yang betul ketika merancang pengajaran.

2 Pelaksanaan Kurikulum Dalam Bilik darjah
Rancangan pengajaran direka bentuk oleh guru berdasarkan silibus sesuatu mata pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Apakah kepentingan rancangan pengajaran kepada anda?

3 Rancangan Pengajaran Apakah format rancangan pengajaran yang perlu anda lakukan? Jenis-jenis rancangan pengajaran: rancangan pengajaran tahunan merupakan rancangan yang disediakan berdasarkan silibus dan takwim sekolah. Rancangan penggal disediakan berdasarkan rancangan tahunan, dan rancangan mingguan berdasarkan rancangan penggal, akhirnya rancangan pengajaran harian disediakan berdasarkan rancangan pengajaran mingguan.

4 Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan pengajaran harian dirancangkan disekitar 3 peringkat utama; Persediaan, Penyampaian dan Penutup. Persediaan mengandungi: tarikh, masa, kelas, mata pelajaran, tajuk, objektif, pengetahuan sedia ada, ringkasan isi, media pengajaran dan nilai murni. Penyampaian terdiri daripada 2 peringkat; Set Induksi dan Penyampaian. Penutup terdiri daripada Penilaian Sumatif dan Kaedah Penyimpulan

5 Pengetahuan Sedia Ada Pengetahuan sedia ada pelajar bermaksud tahap kefahaman dan kemahiran pelajar dan juga pengalaman pelajar sebelum pelajaran dimulakan. Apakah kepentingan untuk mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar?

6 Objektif Pengajaran Objektif pengajaran mesti dinyatakan secara jelas ie. Mengandungi 3 komponen utamanya iaitu; pencapaian yang diharapkan, situasi dan tahap pencapaian.

7 Komponen Persediaan Apakah kepentingan merancangkan bahagian PERSEDIAAN ketika menulis rancangan pengajaran harian?

8 Set Induksi Set induksi yang menjadi bahagian pertama PENYAMPAIAN, bertujuan memfokuskan pemikiran dan menarik minta pelajar kepada pelajaran, selain dari membina aliran pemikiran mereka kepada tajuk yang bakal diajarkan. Teknik yang boleh digunakan; menggunakan media pengajaran, memberi motivasi, bercerita, mengulang pelajaran lepas, dan menyoal. Dilakukan tidak lebih dari 5 minit.

9 Perkembangan Perkembangan yang menjadi bahagian kedua PENYAMPAIAN merupakan langkah-langkah pengajaran yang sistematik dan dikembangkan berdasarkan prinsip-prinsip dan teori-teori pembelajaran; antaranya prinsip daripada mudah ke rumit/kompleks, senang ke susah, dan dari konkrit/maujud ke abstrak.

10 Penutup Penutup: bahagian akhir pengajaran, terdiri daripada penilaian dan kesimpulan. Penilaian dilakukan untuk menentukan tahap pencapaian pelajar. Oleh itu, soalan-soalan penilaian mesti dibina berdasarkan objektif pengajaran. Kesimpulan terdiri daripada kesimpulan kognitif dan kesimpulan sosial.


Download ppt "5. Pelaksanaan Kurikulum Dalam Bilik Darjah/Pengajaran"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google