Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Pemeringkatan Karangan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Pemeringkatan Karangan"— Transcript presentasi:

1 Pemeringkatan Karangan
Tajuk: Sekolah Kamu Telah Mengadakan Hari. Ceritakan Pengalaman Kamu Pada Hari Tersebut. Penyampai: Cikgu Haris bin Haji Hussin (Guru Cemerlang BM, Guru Sumber BM dan Jurulatih Utama BM)

2 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Pada hari Sabtu , sekolah saya
telah mengadakan hari sukan Tahun 3 Pada hari Sabtu yang lepas,sekolah saya telah mengadakan hari sukan Tahun 4 Pada hari Sabtu yang lepas , satu kejohanan sukan telah diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Mahsuri. Tahun 5 Kejohanan sukan tahunan sekolah saya telah diadakan pada hari Sabtu yang lepas. Saya telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Tahun 6 Kejohanan sukan tahunan sekolah saya telah diadakan pada hari Sabtu yang lepas. Saya dan rakan-rakan telah menyertai kejohanan sukan tersebut Keterangan masa + Ayat tunggal Penambahan kosa kata Kata bantu aspek Kata sendi ‘di’ Kata nama khas Ayat pasif Peluasan idea Polisime ( dalam) Penambahan Kosa kata ayat majmuk

3 Tahun 2 Ramai ibu bapa hadir Tahun 3 Ramai ibu bapa hadir pada hari sukan tersebut. Tahun 4 Ramai ibu bapa hadir untuk menyaksikan temasya sukan tersebut. Tahun 5 Ramai ibu bapa hadir untuk menyaksikan temasya sukan dan memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Suasana sungguh meriah. Tahun 6 Ramai ibu bapa hadir untuk menyaksikan temasya sukan dan memberi sokongan padu kepada anak masing-masing. Suasana sangat meriah. Para tetamu memenuhi ruang khemah yang disediakan. Kata bilangan ( ramai ) Kata sendi ( pada ) Kata majmuk ( ibubapa ) Kata hubung ( untuk ) Kosa kata ( temasya ) stailistik Ayat majmuk Keterangan masa + Kata adjektif (meriah) sokongan padu Kata ganda separa (tetamu)

4 Tahun 2 Murid-murid beratur untuk masuk ke padang. Tahun 3 beratur di padang mengikut rumah sukan masing-masing. Tahun 4 Acara dimulakan dengan perbarisan rumah sukan dan pasukan unit beruniform. Tahun 5 Acara dimulakan dengan perbarisan masuk peserta-peserta.Semua peserta kelihatan segak dengan pakaian masing-masing. Tahun 6 Acara dimulakan dengan perbarisan masuk peserta-peserta ke padang.Mereka kelihatan segak dan cantik dengan kostum yang berwarna-warni. Kata ganda seluruh (murid-murid) Peluasan kosa kata ( mengikut ) ( unit beruniform) + Imbuhan apitan ( di…….kan) Kata bilangan ( masing-masing) Kata adjektif ( segak ) Kata ganda berentak (berwarna-warni) + Peluasan kosa kata Ayat majmuk

5 Tahun 2 Guru besar memberi ucapan hari sukan. Tahun 3 Puan Fazira binti Abd.Rahman, Guru Besar sekolah menyampai- kan ucapan. Tahun 4 Puan Fazira binti Abd.Rahman Guru Besar sekolah telah menyampai- kan ucapan perasmian. Tahun 5 Majlis perasmian kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh guru besar. Tahun 6 Majlis perasmian kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh guru besar dengan melepaskan ikatan belon-belon. Pelbagai acara telah disediakan Kata nama am ( guru besar ) Kata nama khas ( Puan Fazira Abd.Rahman) Kata majmuk Kata kerja menyampai-kan Imbuhan apitan (disempurna-kan) kata bilangan tak tentu. ( pelbagai )

6 Tahun 2 Acara sukan dimulakan pada jam 9.00 pagi. Tahun 3 Acara sukan bermula pada jam 9.00pagi. Murid-murid Tahap 1 mengambil bahagian dalam acara sukaneka. Tahun 4 Acara sukaneka bermula pada jam 9.00 pagi diikuti dengan acara balapan dan padang untuk murid-murid Tahap 2. Tahun 5 Acara sukaneka dijalankan serentak dengan acara balapan dan acara padang. Antara acara yang dipertandingkan ialah larian 100 meter dan 200 meter. Tahun 6 Sewaktu murid-murid Tahap 1 mengambil bahagian dalam acara sukaneka murid-murid Tahap 2 pula terlibat dalam acara balapan dan padang.Mereka menerima tepukan dan sorakan daripada pasukan masing-masing. Ayat pasif + Keterangan masa ( 9:00 pagi ) Peluasan kosa kata ( acara sukaneka ) ( acara balapan ) sinonim ( serentak ) Unit ukuran ( meter ) Imbuhan akhiran ( tepukan ,sorakan pasukan )

7 Tahun 2 Murid-murid bersorak dengan gembira. Tahun 3 Murid-murid bersorak dengan gembira. Para peserta berlumba dengan bersungguh-sungguh Tahun 4 Ketika perlumbaan murid-murid menerima tepukan daripada pasukan rumah masing-masing.Mereka berlumba dengan penuh semangat. Tahun 5 Ketika perlumbaan para peserta menerima tepukan dan sorakan daripada para penyokong mereka. Mereka berlumba dengan semangat kesukanan. Tahun 6 Semua penyokong memberi sorakan untuk menyemarakkan semangat kesukanan pasukan masing-masing. Suasana menjadi bertambah gamat. Peluasan idea + Kata keterangan adjektif Kata bilangan ( para ) Imbuhan awalan ( berlumba ) Peluasan kosa kata Kata sendi ( daripada ) Imbuhan apitan (perlumbaan) Kata ganti nama diri ( mereka ) Pisahan ( masing-masing) Polisim (gamat)

8 Tahun 2 Hadiah disampai- kan kepada pemenang Tahun 3 Hadiah telah disampaikan kepada pemenang oleh guru besar. Tahun 4 Guru besar telah menyampai-kan hadiah kepada para pemenang. Tahun 5 Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh guru besar kepada para pemenang. Rumah hijau Telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan. Tahun 6 Guru besar sekolah saya telah dijemput untuk menyampai- kan hadiah kepada para pemenang seterusnya penyampaian piala pusingan.Rumah Hijau mempunyai beberapa ayam tambatan.Justeru itu, Rumah Hijau telah menjadi juara keseluruhan kejohanan tersebut. Ayat tunggal Kata sendi ( oleh ) + Peluasan kosa kata Kata kerja menyampaikan dinobatkan Peluasan idea Imbuhan apitan Ke…………an ( keseluruhan , kejohanan )

9 Tahun 2 Sukan tamat pada pukul 2:00 petang Tahun 3 Sukan tahunan sekolah saya berakhir pada pukul 2 : 00 petang. Tahun 4 Kejohanan sukan tahunan sekolah kami telah berakhir pada jam 2:00 petang. Kami berasa gembira. Tahun 5 Saya berasa senang hati kerana kejohanan tersebut berjalan dengan lancar. Tahun 6 Kejohanan sukan tahunan sekolah kami telah berakhir dengan jayanya kerana semua pihak bekerjasama bagai aur dengan tebing. Saya berasa teramat bangga atas kejayaan penganjuran sukan tersebut. Ayat keterangan + Keterangan Masa ( 2 ptg ) Kata sendi ( pada ) Kata bantu ( telah ) Kata adjektif ( gembira ) Simpulan bahasa -senang hati Polisemi ( lancar ) Perumpamaan bagai aur dengan tebing Kata adjektif + darjah penghabisan ( teramat )

10 Tahun 2 Pada hari Sabtu , sekolah sayatelah mengadakan hari sukan. Ramai ibu bapa hadir. Murid-murid beratur untuk masuk ke padang. Guru besar memberi ucapan hari sukan. Acara sukan dimulakan pada jam 9.00 pagi. Murid-murid bersorak dengan gembira. Hadiah disampaikan kepada pemenang.Sukan tamat pada pukul 2:00 petang.

11 Tahun 3 Pada hari Sabtu yang lepas,sekolah saya telah mengadakan hari sukan. Ramai ibu bapa hadir pada hari sukan tersebut. Puan Fazira binti Abd.Rahman,Guru Besar sekolah menyampaikan ucapan. Acara sukan bermula pada jam 9.00 pagi.Murid-murid Tahap 1 mengambil bahagian dalam acara sukaneka. Murid-murid bersorak dengan gembira.Para peserta berlumba dengan bersungguh-sungguh. Hadiah telah disampaikan kepada pemenang oleh guru besar. Sukan tahunan sekolah saya berakhir pada pukul 2 : 00 petang.

12 Tahun 4 Pada hari Sabtu yang lepas , satu kejohanan sukan telah diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Mahsuri. Ramai ibu bapa hadir untuk menyaksikan temasya sukan tersebut. Acara dimulakan dengan perbarisan rumah sukan dan pasukan unit beruniform. Puan Fazira binti Abd.Rahman Guru Besar sekolah telah menyampaikan ucapan perasmian. Acara sukaneka bermula pada jam 9.00 pagi diikuti dengan acara balapan dan padang untuk murid-murid Tahap 2. Ketika perlumbaan murid-murid menerima tepukan daripada pasukan rumah masing-masing.Mereka berlumba dengan penuh semangat. Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Kejohanan sukan tahunan sekolah kami telah berakhir pada jam 2:00 petang.Kami berasa gembira.

13 Tahun 5 Kejohanan sukan tahunan sekolah saya telah diadakan pada hari Sabtu yang lepas.Saya telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Ramai ibu bapa hadir untuk menyaksikan temasya sukan dan memberi sokongan kepada anak-anak mereka.Suasana sungguh meriah. Acara dimulakan dengan perbarisan masuk peserta-peserta.Semua peserta kelihatan segak dengan pakaian masing-masing. Majlis perasmian kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh guru besar. Acara sukaneka dijalankan serentak dengan acara balapan dan acara padang.Antara acara yang dipertandingkan ialah larian 100 meter dan 200 meter. Ketika perlumbaan para peserta menerima tepukan dan sorakan daripada para penyokong mereka.Mereka berlumba dengan semangat kesukanan. Penyampaianhadiah telah disempurnakan oleh guru besar kepada para pemenang.Rumah hijau telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan. Saya berasa senang hati kerana kejohanan tersebut berjalan dengan lancar.

14 Tahun 6 Kejohanan sukan tahunan sekolah saya telah diadakan pada hari Sabtu yang lepas.Saya dan rakan-rakan telah menyertai kejohanan sukan tersebut. Ramai ibu bapa hadir untuk menyaksikan temasya sukan dan memberi sokongan padu kepada anak masing-masing.Suasana sangat meriah.Para tetamu memenuhi ruang khemah yang disediakan. Acara dimulakan dengan perbarisan masuk peserta-peserta ke padang.Mereka kelihatan segak dan cantik dengan kostum yang berwarna-warni. Majlis perasmian kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh guru besar dengan melepaskan ikatan belon-belon.Pelbagai acara telah disediakan. Sewaktu murid-murid Tahap 1 mengambil bahagian dalam acara sukaneka murid-murid Tahap 2 pula terlibat dalam acara balapan dan padang.Mereka menerima tepukan dan sorakan daripada pasukan masing-masing. Semua penyokong memberi sorakan untuk menyemarakkan semangat kesukanan pasukan masing-masing.Suasana menjadi bertambah gamat. Guru besar sekolah saya telah dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang seterusnya penyampaian piala pusingan.Rumah Hijau mempunyai beberapa ayam tambatan.Justeru itu, Rumah Hijau telah menjadi juara keseluruhan kejohanan tersebut. Kejohanan sukan tahunan sekolah kami telah berakhir dengan jayanya kerana semua pihak bekerjasama bagai aur dengan tebing.Saya berasa teramat bangga atas kejayaan penganjuran sukan tersebut.

15 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "Pemeringkatan Karangan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google