Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

ADAT ISTIADAT BERKERIS DALAM BUDAYA MELAYU

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "ADAT ISTIADAT BERKERIS DALAM BUDAYA MELAYU"— Transcript presentasi:

1 ADAT ISTIADAT BERKERIS DALAM BUDAYA MELAYU
Mohd Ramli Raman Jabatan Sosiobudaya Melayu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur

2 Pengenalan Peranan keris dalam masyarakat Melayu begitu besar sekali, bukan hanya senjata tempur tetapi juga meliputi segala aspek kehidupan yakni antara yang terpenting sebagai regalia kekuasaan di tiga belas negeri dan sebuah wilayah nasional (sentral) iatu Wilayah Persekutuan yang meliputi tiga bahagian iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di Sabah (Pemerintah Pusat atau Kerajaan Persekutuan). Setiap negeri mempunyai keris-keris kebesaran atau keris kerajaan (keris diraja) yang terdiri dari sebuah keris pendek, sebuah keris panjang (keris penyalang atau gabus ataupun disebut keris alang, juga dipanggil keris terapang) dan alat kebesaran lainnya berbeza setiap negeri atau kesultanan. Ini semuanya menjadi simbol kekuasaan dan ketuanan Melayu.

3 Keris kerajaan ini termasuklah keris Yang Dipertuan Agong yang menjadi teras atau lambang negara Malaysia sebagai sebuah Negara berdaulat. Diperbuat dari campuran besi dari Sembilan besi lama dari sembilan negeri, melambangkan kesatuan negeri-negeri Melayu beraja dan empat negeri di bawah lindungan Yang Di-Pertuan Agong. Manakala setiap negeri yang beraja mempunyai keris diraja tersendiri. Semua keris ini adalah keris Semenanjung atau keris Melayu Semenanjung. Secara umumnya, keris semenanjung adalah keris yang dipakai secara meluas oleh masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, dan kepulauan di sekitarnya seperti Riau Lingga (Indonesia), Pattani di Selatan Thai sehinggalah ke Negara Brunei Darussalam. Namun demikian, keris diraja mempunyai ciri-ciri tersendiri, yang sedikit sebanyak membezakan keris diraja dengan keris rakyat samaada perlaksanaan larangan pada zaman-zaman dahulu, ataupun jenis keris, logam, seni ukiran dan lambing-lambang tertentu.

4 Keris kerajaan ini termasuklah keris Yang Dipertuan Agong yang menjadi teras atau lambang negara Malaysia sebagai sebuah Negara berdaulat. Diperbuat dari campuran besi dari Sembilan besi lama dari sembilan negeri, melambangkan kesatuan negeri-negeri Melayu beraja dan empat negeri di bawah lindungan Yang Di-Pertuan Agong. Manakala setiap negeri yang beraja mempunyai keris diraja tersendiri. Semua keris ini adalah keris Semenanjung atau keris Melayu Semenanjung. Secara umumnya, keris semenanjung adalah keris yang dipakai secara meluas oleh masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, dan kepulauan di sekitarnya seperti Riau Lingga (Indonesia), Pattani di Selatan Thai sehinggalah ke Negara Brunei Darussalam. Namun demikian, keris diraja mempunyai ciri-ciri tersendiri, yang sedikit sebanyak membezakan keris diraja dengan keris rakyat samaada perlaksanaan larangan pada zaman-zaman dahulu, ataupun jenis keris, logam, seni ukiran dan lambing-lambang tertentu.

5 Peranan kuasa dan keris kedaulatan terus berkembang walaupun ada perubahan dari segi citarasa atau selera tempatan. Keris-keris yang diadaptasi dari Jawa sedikit sebanyak disesuaikan dengan ciri tempatan, nama-nama baru diberikan, konsep bilah dan ganja diberikan rupa baru, sehingga jawa mengklasifikasi keris Melayu dengan istilah “keris Melaka”, bagi membezakan dengan keris warisan mereka. (A.H Hill 1998) Namun demikian seperti yang tercatat dalam sejarah seorang Empu dari Jawa telah datang ke daerah Pattani sekitar penghujung abad ke 15 dan awal abad ke 16 telah membawa perubahan yang mendasar dari segi bentuk dan bilah keris yang lebih bersifat lokal.Keris Pandai Saras/Sarah menjadi keris Kesultanan Melayu Pattani yang menggunakan hulu Tajung atau juga disebut coteng atau pekaka yang merupakan manifestasi simbolisme burung pekakak (pekaka-kingfisher) antara burung tercantik dalam kehidupan orang Melayu. Keris ini bukan keris untuk peperangan tetaspi keris kerajaan kerana hulunya tidak sesuai untuk bertempur. Malah kepala pekaka atau tajung juga merupakan watak yang paling mulia dalam sejarah wayang kulit Melayu.

6 Empu Pandai Saras/Sarah dikatakan permulaanya keris bentuk Melayu yang berbeda dengan keris Jawa. Keris ini diberikan nama keris Pandai Sarah yang cukup popular sehingga kini. Keris-keris juga terus berkembang seperti keris melela, keris Tok Chu, keris beko, keris sepokal, keris beko debek,Keris lepeng Terengganu, Keris Tajung, Pekaka dan coteng antara keris yang sangat popular masa kini. Di samping sebagai lambang kekuasaan dan kerajaan (pemerintah) keris juga dijadikan sebagai keris upacara, yakni keris yang diarak (pawai) dalam upacara wisuda (konvokesyen) dibeberapa universiti terkemuka Malaysia juga juga menjadi item rasmi badan-badan pemerintah serta GLC (Government Line Company). Malah keris juga menjadi anugerah penghormatan/kurniaan pingat kebesaran negeri atau Negara untuk jasa dan kebaktian individu yang menerima gelar “Datuk Paduka”, “Datuk Seri”, “Tan Seri” dan “Tun” diwaktu hari ulang tahun keputeraan Sultan bagi negeri dan Yang Dipertuan Agong di peringkat persekutuan atau nasional.

7 Ianya sebagai pelengkap fungsi “Raja Sehari”, iaitu pelengkap busana dalam adat istiadat perkahwinan Melayu. Tanpa keris pihak lelaki dianggap “tak reti bahasa” dan keris itu disisip di pinggang dalam busana lengkap bersampin bersetanjak serta bersandal Melayu. Semakin bagus material busana tersebut misalnya songket, diselit pula dengan keris berhulu jawa demam atau hulu pekaka dan sebagainya semakin gah seorang lelaki yang bergelar pengantin. Walaupun kadangkala hanya menggunakan keris-kerisan iaitu “keris palsu”, ianya item wajib dalam upacara tersebut, dan ini merupakan suatu bentuk keperluan yang bersifat adat.

8 Tidak terhenti di situ sahaja, keris masih lagi mempunyai fungsi mistiknya dalam dunia pawang, dukun dan bomoh. Walaupun masyarakat Melayu sudah dianggap glokal oleh pemimpin-pemimpin Melayu, kepercayaan terhadap keris sebagai kuasa supraintrinsik, magis dan dunia paranormal masih menebal. Dalam konteks ini keris adalah objek pengantara antara dunia ghaib dan alam nyata. Dipercayai jenis-jenis keris, pamor, besi dan ketandaan dapat mempengaruhi individu dari segi status dan kelas, dapat mempengaruhi dunia roh dan nyawa. Adanya pawang diraja, bomoh, dukun yang mengamalkan pengubatan tradisionalnya dengan bayaran-bayaran yang tertentu dan seringkali lebih tinggi dari pengamal perubatan moden. Keris-keris yang digunakan seperti keris damarmuluk yang berlok tiga di bahagian hujung mata, keris berayat dari jenis melela berlok, keris anak alang retak berlubang di pangkal atau di tengah bilah yang dipanggil jagat alam, samada mengikutn ilmu “putih” atau “hitam”, dan juga seringkali digunakan sebagai “pos laju” untuk tujuan mengirim santau atau apa sahaja yang memudaratkan penerima.

9 Penggunaannya secara terhad, dan bukan lagi senjata tempur walaupun pada awal kewujudannya sebagai salah satu fungsinya sebagai senjata, keris digunakan sebagai salah satu alat latihan dalam persilatan Melayu. Mungkin keris silat tidak sama dengan keris dukun, tidak sama dengan keris pertabalan, namun fungsinya dalam seni beladiri Melayu tidak dapat dipersoalkan lagi. Tanpa menggunakan keris, silat itui dianggap bukan silat Melayu. Dalam kontek ilmu beladiri ini keris sering disebut sebaga ‘coward weapon’ (Farish M.Noor 2007), ‘senjata tipu daya’ (Senada bil.298). Kedua-dua pandangan ini tidak benar. Keris bukan senjata pengecut kerana daya gunanya berdepan dengan lawan. Penggunaannya memerlukan skill atau kemahiran yang tinggi melalui gerak dan silat. Ianya harus sesuai dengan ntangan dari segi hulunya, panjang keris dan jenis besi. Begitu juga dengan istilah senjata tipu daya. Dua istilah yang dipinjam dari barat ini menunjukkan bahawa mereka tidak memahami keris dari “akal fikir” orang Melayu. Melihat keris dari perspektif barat akan mengilangkan kandungan puitika dan estetikanya. Keris adalah manifestasi falsafah dan seni keindahan Melayu. Tanpa memahami keris, orang tidak akan faham atau mengerti hati budi Melayu, dan Melayu tanpa keris itu bukan “Melayu” kerana keris menggambarkan “kelakian Melayu”. Di sebilah keris terletak tuah darjat, sial malang, Ketuhanan dan falsafah, rendah tingginya teknologi bangsanya.

10 Keris Semenanjung berbeda dengan keris Jawa atau daerah lainnya, kerana matanya tidak terlalu tebal bagi yang berlok atau lurus, dan wranka (sampirnya) berbentuk tebar layar (semacam bumbung rumah atau bentuk sampan) dan bulan sabit yang diperbuat dari gading, kayu kedaung dan cukup popular serta magis diperbuat dari kayu kemuning. Manakala hulu (ukirannya) bebentuk gaya Jawa Demam (juga sering disebut hulu sejuk, Jawa Gigil), ayam teleng, kerdas (patah tiga), tajung, coteng dan pekaka antara lainnya.

11 dan falsafah, rendah tingginya teknologi bangsanya.
Keris Semenanjung berbeda dengan keris Jawa atau daerah lainnya, kerana matanya tidak terlalu tebal bagi yang berlok atau lurus, dan wranka (sampirnya) berbentuk tebar layar (semacam bumbung rumah atau bentuk sampan) dan bulan sabit yang diperbuat dari gading, kayu kedaung dan cukup popular serta magis diperbuat dari kayu kemuning. Manakala hulu (ukirannya) bebentuk gaya Jawa Demam (juga sering disebut hulu sejuk, Jawa Gigil), ayam teleng, kerdas (patah tiga), tajung, coteng dan pekaka antara lainnya. Daerah terkenal penghasilan keris yang baik keris Semenanjung ini termasuklah di negeri Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Perak. Keris dan Kekuasaan Melayu

12 apa pandangan sekalipun fungsi keris yang paling utama dalam kebudayaan ialah kuasa dan magis. Terdapat terlalu banyak mitos dan lagenda tentang keris. Mitos-mitos keris ini sama halnya dengan mitos yang wujud dalam kebudayaan Melayu tradisonal. Mitos seringkali dikaitkan kejadian misteri, perkara-perkara luar biasa, kekuatan fizikal pemiliknya, boleh memanggil, merasuk dan memusnahkan orang yang tidak dikehendaki selaras dengan mitos dan lagenda tokoh yang terlibat

13 Raja-raja Melayu dikatakan berasal dari unsur-unsur alam yang menarik untuk dilihat. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, keturunan sultannya berasal dari anak buluh betong, dan dalam Hikayat Seri Kelantan, sultannya terjadi dari buih, manakala Sejarah Melayu pula raja-raja Melayu berasal dari tokoh lagenda dunia Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great) dari benua Rom, Merah Silu yang kemudiannya bernama Sultan Malikul salleh dikatakan memeluk agama Islam melalui mimpi bertemu dengan Nabi Muhammad dan bila bangunnya dipagi esoknya kemaluannya telah bersunat. Dan ramai lagi tokoh-tokoh ternama di dunia Melayu masa lalu yang “diberi” pewarnaan yang cukup menarik

14 Unsur alam seperti buloh betong merupakan dunia simbolisme Melayu yang berkaitan dengan kekuatan, kewibawaan, misteri dan magis. Buloh betung adalah buloh yang paling besar dalam kelasnya di Alam Melayu. Malah kadar kekerasannya juga amat tinggi dan mampu menyimpan air yang banyak berbanding dengan jenis-jenis lain. Di samping itu panjang atau tinggi, ianya juga paling tinggi. Ianya boleh dibuat tiang seri rumah, lantai, titi, rakit dan seumpamanya. Pendek kata buloh betung adalah bahan yang amat penting dalam kehidupan melayu tradisional. Material alam pelbagai guna. Jadi simbol ini merujuk kepada asal usul manusia Melayu yang tegak perkasa dan bagus “anu-anu” dengan “air mani astaghina” dalam wayang kulit Melayu yang akan melahirkan zuriat yang bagus sehingga melimpah “sungai Kelantan” dan juga terjadi dari muntahan lembu. Lembu bagi masyarakat Melayu sebelum Islam adalah lambang kesucian yang disembah kerana waktu itu mereka sedikit sebanyak dipengaruhi oleh ajaran Hindu-Budha. Secara dasarnya mitos asal usul raja-raja Melayu ini mengukuhkan pula tokoh tersebut lalu dibangunkan pula lagenda agar tokoh itu menjadi tokoh yang kemudiannya dijadikan wirabangsa “rule model” kepada generasi akan datang.

15 Dengan sifat mitos itu sesuatu yang suci, masyarakat Melayu tradisional terus mempercayainya sebagai sesuatub yang suci lagi sakral. Tanpa ada ruang untuk mempersoalkan kebenaran ianya telah menjadi “kuasa” kepada golongan penguasa dalam mempertahankan kuasa dan kekuasaannya. Dan mereka dianggap tokoh-tokoh mulia, kerana terdahulunya mitos kelahirannya cukup menarik dengan segala keanihan, misalnya dalam cerita Hikayat Selampit (Pak Leh Selampit 1996)), Puteri Mayang Mengurai (Puteri Manik Urai) menghadapi komplikasi yang luas biasa sewaktu melahirkan puteranya. Sakit perutnya tujuh hari tujuh malam,dilahirkan pasda hari rabu waktu matahari berdiri tegak, kemudiannya berubah dengan kilat sabung menyabung, tercabut tujuh sekawan atap, tercabut tujuh batang gelegar, melahirkan anak terus meluncur ke bawah rumah lalu disambut bidan ketujuh…Cerita kelahiran yang aneh ini sengaja disampaikan bagi menguatkan tokoh itu nanti. Lahir hari rabu waktu tengahari mengikut firasat Melayu akan memberikan kekuatan fizikal kepada tokoh (Hj. Mat Tok Bomoh 2008). Segala macam “kehebatan” diberikan kepada watak-watak yang baru lahir, untuk dicanangkan nanti sebagai seorang wirabangsa.

16 Hikayat Hang Tuah misalnya, walaupun siapa pengarang atau penyalinnya merupakan tokoh yang memahami puitika dan estetika bangsa Melayu. Dengan kemahiran bahasa yang pelbagai Jawa, Melayu, Cina dan sebagainya Hang Tuah dibawa oleh pengarangnya ke Negeri China, Ke benua Rom, ke negeri India dan sebagainya..dia diminta oleh paduka Sultan Melaka membantu Raju Majapahit dalam menyelesaikan masalah orang Islam Demak yang menentang Jawa sehingga lahir pula cerita lain Puteri Ratna Dumilah puteri Majapahit yang melarikan diri mengikut Hang Tuah ke Melaka lalu berlindung di Gunong Ledang (versi PGL Tiara Jacquelina 2006).

17 Semua ini diadakan bagi menguatkan sultan Melaka yang sememangnya lemah dewasa itu. Melaka pada dasarnya tidak pernah menang dengan Jawa dalam apa jua keadaan pun mengikut sejarah. Namun lagenda ini diwujudkan ditengah-tengah kekuasaan Melayu dewasa itu . seorang tokoh harus diwujudkan bagi mengurangkan kesan psikologi kekalahan agar rakyat terus taat dan agar pada masa depan tokoh yang boleh dijadikan pembakar semangat. Sebab itu setelah Melaka lemah Hang Tuah tidak dimatikan tetapi menghilang diri ke Pahang mengikut setengah versi dan dalam waktu yang sama lahirlah kalimah agong bangsa Melayu “ Takkan Melayu Hilang Di dunia”( Kasim Ahmad 1964).

18 bangsa Melayu “ Takkan Melayu Hilang Di dunia”( Kasim Ahmad 1964).
Mitos kekuatan Melaka berada di sebilahn keris iaitu Keris Taming Sari yang diperolehi Hang Tuah sewaktu menentang Tamingsari hulubalang Jawa yang terkenal. Keris ini kemudiannya menjadi milik Jebat apabila Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah. Jebat dengan ‘kuasa’ yang ada pada keris tersebut melakukan kedurjanaan menentang sultan (dalam Sejarah Melayu watak pendurhakanya adalah Hang Kasturi). Dalam kontek ini keris memainkan peranan penentu kuasa pemusnah atau penyelamat. Hang Tuah yang tidak dihukum bunuh tetapi disembunyikan dihujung kampong, diberikan tanggungjawab menghukum dan membunuh Hang Jebat. Konsep raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah gagal mempengaruhi Tuah kerana dogmatik ‘raja adalah bayangan Tuhan”yang menjadi teras kesetian, telah membunuh Jebat dengan keris Tamingsari melalui tipu muslihat. Mengikut Hikayat Hang Tuah (Kassim Ahmad 1964) sekitar 400 bilah lebih keris yang dimiliki sultan tidak dapat menandingi keris Tamingsari.

19 Tuah dalam konteks ini diperlihatkan sebagai manusia yang cukup taat dan setia terhadap raja. Sikap taat setia inilah yang ditanam dalam jiwa bangsa Melayu ratusan malah ribuan tahun. Pendurhakaan terhadap raja atau pemerintah akan membawa hukuman mati. Ianya berubah menjadi “kepercayaan” kemudiannya bahawa raja mempunyai “berkah” dan “daulah” yang membawa malapetaka kepada rakyat yang durhaka. Tuah adalah contoh konsep ketaatan Melayu terhadap raja. Sanggup mengorbankan seluruh hidupnya demi raja. Berkorban cinta sewaktu melarikan Tun Teja dari Terengganu, sanggup melupakan Puteri Gunung Ledang, demi raja dan sanggup membunuh Jebat teman “samajadi” demi raja. “Demi raja” seterusnya menjadi teras kesetian Melayu sehingga kini.

20 Dalam setiap penciptaan keris, ada tiga perkara yang diformulasikan, iaitu falsafah, adab dan rahsia. Bangsa Melayu penuh dengan falsafah ( Bahari 2009), penuh dengan adab dan penuh dengan rahsia. Falsafah keris dicipta, walaupun bukan dengan niat membunuh, namun keris tetap sebagai senjata (Al-Mudra 2009; Buanadjaya 1998; Duuren 1998; Frey 1988; Gardner 1973; Koesni 1974; Moebirman 1980; Ragil Pamungkas 2007; Shahrum Yub 2006) apabila dikeluar dari sarungnya dan apabila keris dihunus dan digunakan, pasti membunuh. Apabila keris dikeluarkan dari sarung atau dipanggil ‘pakaiannya’, tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan menjaga maruah tuan empunyanya dan bukan lagi untuk mempertahankan diri tetapi untuk membunuh. Dengan itu, keris sebagai alat mempertahankan diri dibuat begitu pendek dan pelik untuk dijadikan senjata jika dibandingkan dengan persenjataan Melayu yang lainnya seperti pedang.

21 Tenas Effendy (2008) dalam ‘Keris Dalam Budaya Melayu Riau’ menggariskan sepuluh (10) simbol yang menjadi teras kepada falsafah keris dalam masyarakat Melayu, iaitu: (a) Keris sebagai simbol Tuah dan Marwah – setiap keris yang baik mengandungi nilai-nilai, kekuatan atau keutamaan tertentu yang dapat menjadi kekuatan batiniah dan lahiriah yang hakikatnya menjadi lambang tuah dan maruah. (b) Keris sebagai simbol Kejantanan – keris dipercayai memiliki kekuatan yang dapat meningkatkan rasa berani, keperkasaan dan percaya diri yang wujud daripada kejantanan atau kelakian. (c) Keris sebagai simbol Harga Diri – keris dipercayai mengandungi nilai-nilai harga diri atau kewibawaan pemiliknya. (d) Keris sebagai simbol Jati Diri – keris dipercayai mengandungi nilai-nilai jati diri pemiliknya dengan kepelbagaian bahan pembuatannya dan simbol-simbol yang terkandung di dalamnya. (e) Keris sebagai simbol Daulat (Wibawa dan Kekuasaan) – keris mengandungi nilai-nilai dan kekuatan yang dapat mengekalkan daulat, wibawa dan kekuasaan pemiliknya. (f) Keris sebagai simbol Batang Tubuh – keris dipercayai sebagai Batang Tubuh pemiliknya kerana dalam upacara atau keperluan tertentu dapat menjadi ‘wakil’ pemiliknya. (g) Keris sebagai Senjata – keris dicipta secara khususnya untuk dijadikan senjata utama. (h) Keris sebagai Penjaga Diri – keris menjadi penjaga diri, iaitu memelihara diri pemilik dan kaumnya atau keluarganya daripada berbagai-bagai cabaran dan mara bahaya, baik pada lahiriah mahu pun batiniah. (i) Keris sebagai Pembantu dalam berbagai-bagi bidang – keris memiliki kekuatan atau nilai yang dapat membantu dalam berbagai-bagai bidang hidup seharian (j) Keris sebagai Pakaian – oleh sebab keris mempunyai berbagaibagai keutamaan, nilai dan simbol berserta falsafahnya, maka keris dijadikan ‘pakaian’ sepanjang hidup.

22 Pengertian Adat dan Istiadat
Menurut kamus dewan edisi keempat, adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan turun temurun sejak dahulukala di dalam sesuatu masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kebiasaan. Tetapi dalam konteks masyarakat Melayu, perkataan adat membawa erti yang lebih luas dan salah satunya adalah seperti definisi yang telah diberikan. M. B Hooker dalam HarunDaud, 1989, mengakui bahawa istilah adat mempunyai banyak makna dalam masyarakat Melayu. Antaranya, adat meliputi budi bahasa atau tatatertib, perlakuan yang wajar, sesuatu keadaan yang lazim dan undang-undang. H.M. Sidin, (1964) pula berpendapat bahawa adat bermaksud satu kebiasaan daripada satu perbuatan yang diulang-ulang dan telah diterima oleh masyarakat sebagai satu peraturan hidup yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Abdullah Siddik, (1975) pula mengatakan bahawa adat tidak dapat dipisahkan daripada tatasusila yang membataskan perlakuan baik buruk anggota masyarakat, dan adat melitupi hukum yang terdiri daripada norma-norma. Mohd. Din Ali dalam HarunDaud, 1989 pula mengatakan, adat adalah sebuah institusi yang membentuk undang-undang, Mengatur norma-norma sosial, politik dan mencorakkan perlembagaan bagi pemerintah. Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, dapat diringkaskan bahawa adat meliputi undang-undang dan larangan diraja yang melibatkan hukuman ke atas pelanggar-pelanggarnya.

23 Istiadat pula menurut kamus dewan edisi keempat, membawa maksud peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, atau resam. Pengertian istiadat ini mempunyai kaitan dengan adat. HarunDaud, 1989 berpendapat istiadat ini meliputi aturan negeri dan peraturan dam sesuatu upacara. Jadi apabila kita menyebut adat istiadat, maka ia membawa dua maksud iaitu berbagai-bagai adat dan upacara termasuk peraturan pelaksanaannya. Sehubungan dengan itu, istiadat berbeza dengan undang-undang kerana istiadat ini boleh dikatakan tidak melibatkan hukuman atau denda tertentu, (HarunDaud , 1989). Berikut merupakan jadual klasifikasi adat yang melibatkan hukuman dan tidak melibatkan hukuman:

24 Undang-undang Derhaka Menggunakan hak raja tanpa izin, seperti mengambil gundik baginda. Merancang untuk merampas kuasa atau seumpamanya. Membunuh tanpa izin. Tidak mengadap raja pada hari-hari tertentu. Biadab kepada raja atau wakilnya. Mencuri. Mengambil harta orang lain. Membuat fitnah. 10. Mengambil isteri orang.

25 Larangan Diraja Memakai kain kuning. Membuat rumah dengan bentuk tertentu. Membuat perahu dengan kelengkapan tertentu. Memakai perhiasan emas. Memakai keris tertentu. Menggunakan payung putih dan kuning. Aturan Negeri Negeri kalah raja mati. Perlantikan raja mengikut keturunan melalui wasiat. Susun tempat duduk menjunjung duli. Peraturan menghadap raja. Mengarak sejadah ke masjid. Peraturan semasa raja berangkat. Aturan pengurniaan gelaran.

26 A. Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong/Raja

27

28 B. Pemakaian Keris Dalam Majlis DiRaja

29

30 Pemakaian Keris Raja Sehari/Perkahwinan

31 C. Melihat Keris Milik Orang
1. Membuka atau mengeluarkan keris dari sarungnya. Mengeluarkan keris dari sarungnya di pameran atau berkunjung ke rumah rakan taulan tidaklah sama dengan mengeluarkan keris dari sarungnya di gelanggang silat. Ia harus dikeluarkan dgn berhati hati dan perlahan lahan. Bukanlah berdesup mencabut sarungnya seolah anda di medan tempur

32 2. Selalunya bila anda berkunjung ke rumah rakan , sebilah dua akan dikeluarkan. Ini utk menguji pengetahuan anda dgn adab itu. Jika anda atau dilihat tidak mengetahui adab itu maka sebilah dua itulah yang anda dapat lihat 3. Melihat dan menyentuh mata keris tidaklah seperti anda menyentuh mata parang atau golok. Ia ada cara cara tertentu. Ini jga utk mengelakkan mata keris cepat berkarat hasil dari tangan anda yang berpeluh (mohd Sufianhadi 2016)


Download ppt "ADAT ISTIADAT BERKERIS DALAM BUDAYA MELAYU"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google