Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Kuliah 8 Obligasi Terhadap Pihak Ketiga

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Kuliah 8 Obligasi Terhadap Pihak Ketiga"— Transcript presentasi:

1 Kuliah 8 Obligasi Terhadap Pihak Ketiga

2 Konflik obligasi terhadap klien
Profesional perlu memberi perkhidmatan hanya kepada klien. Kadang kala berlaku hubungan lain yang berlaku secara tidak langsung. Keperluan bagi orang lain juga perlu diberi perhatian. Konflik obligasi berlaku dalam situasi tertentu dalam beberapa situasi.

3 Obligasi dan tanggungjawab perlu dikenalpasti dan ia perlu diseimbangkan.
Nilai-nilai masyarakat perlu dipertahankan.

4 Pihak Ketiga Orang selain dari klien perkhidmatan profesional.
Profesional mempunyai obligasi kepada kliennya sahaja melainkan hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang. Obligasi terhadap pihak ketiga merupakan peranan menyeluruh profesional kepada masyarakat.

5 Obligasi kepada pihak ketiga
Oligasi kepada pihak ketiga perlu kerana ia selari dengan peranan profesional terhadap masyarakat. Profesional diberi tauliah dan ini dianggap keistimewaan sebagai kepercayaan masyarakat kepada golongan ini. Profesional perlu melaksanakan obligasi yang selari dengan nilai-nilai masyarakat yang diamalkan. Pertimbangan ini melibatkan norma-norma profesional dengan klien dan juga kepentingan pihak ketiga

6 ketelusan Obligasi yang perlu dilakukan terhadap pihak ketiga oleh profesional walaupun tanpa hubungan kepercayaan antara mereka. Obligasi ini termasuklah kesediaan mendedahkan maklumat yang mungkin boleh mengelirukan orang lain.

7 Tidak mencederakan orang lain
Nilai asas:melindungi seseorang dari dicederakan. Tindakan dari profesional boleh menyebabkan orang lain kerugian dari segi kewangan dan dan peluang. Hal ini perlu dielakkan tetapi penting bagi profesional untuk memastikan bahawa tindakannya di atas landasan yang adil dan dalam persaingan yang sihat. Ini kelihatan jelas dalam bidang perubatan dimana seorang doktor wajib melindungi orang lain dari menghidap penyakit yang merbahaya. Contoh mengasingkan pesakit lain dari pesakit yang mengidap penyakit berjangkit.

8 Ketelusan penting bagi doktor supaya mereka tidak menipu dalam laporan yang menguntungkan kliennya sahaja. Kadang kala dilema ini berlaku akibat dari permintaan klien.

9 Bagi jurutera dan arkitek, kesan terhadap pihak ketiga adalah yang utama.
Dalam kod etika profession kejuruteraan ini merupakan perkara utama. Ini kerana kerja dalam bidang kejuruteraan dan rekabentuk mungkin mencederakan orang lain. Oleh itu mereka sepatutnya tidak berbohong tentang produk mereka.

10 Ketulusan dan kejujuran merupakan tanggungjawab utama bagi akauntan.
Ini kerana kesusahan dialami oleh pihak ketiga adalah akibat sikap kurang tulus dan jujur akauntan berkenaan. Akauntan perlu menyediakan laporan kewangan yang betul selari dengan prinsip perakaunan. Sebarang kegagalan akan menyebabkan kesan buruk kepada klien dan seterusnya kepada orang lain yang mungkin terlibat.

11 Peguam juga perlu mengambil kira kesan terhadap pihak ketiga.
Peguam merupakan wakil kliennya dalam hubungan dengan pihak ketiga. Malah dalam membuat satu draf wasiat, pewaris dan keluarga klien juga akan menerima kesan.

12 Klien dan Orang Lain. isu obligasi terhadap pihak ketiga merupakan isu bagi menyeimbangkan obligasi terhadap klien dan orang lain. Isu penting ialah klien perlu diutamakan asalkan ia tidak melanggar peraturan dan undang-undang.

13 Peranan norma profesional
Isu-isu ini tidak dapat diselesaikan dalam konteks profesional sahaja. Perspektif lebih luas diperlukan yang melibatkan nilai-nilai masyarakat. Pendekatan yang perlu digunakan ialah keseimbangan yang dapat melindungi dan mempertingkatkan amalan terhadap nilai-nilai masyarakat.

14 3 langkah penting Kenal pasti dan fikirkan nilai-nilai klien yang bertentangan dengan orang lain yang terlibat. Fikirkan kemungkinan seseorang itu berada di salah satu kedudukan-klien atau pihak ketiga yang terlibat. Membuat keputusan melibatkan peranan profesional secara keseluruhan.

15 Profesional tidak terkecuali sepenuhnya dari menghadapi halangan yang disebabkan daripada nilai-nilai masyarakat. Dalam hal ini profesional perlu mengambil kira proses penyeimbangan tanggungjawabnya.

16 kesimpulan Obligasi terhadap pihak ketiga wujud berdasarkan norma-norma biasa, kerana tidak wujud hubungan istimewa antara profesional dengan pihak ke tiga. Asas bagi obligasi ini adalah ketelusan dan keadilan. Pendekatan khas dengan menwujudkan keseimbangan perlu diambil bagi membolehkan keseimbangan antara tanggungjawab terhadap klien dan masyarakat.


Download ppt "Kuliah 8 Obligasi Terhadap Pihak Ketiga"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google