Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA"— Transcript presentasi:

1 CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
.1. Lord Brassey ( Pengarah Syarikat Borneo Utara ) 1887 Mencadangkan agar Kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat. 2. Sir Malcom MacDonald (Gabenor Jeneral Asia Tenggara) – 1948 Mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei, dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.

2 CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
3. Dato’ Onn Jaafar – 1956 Mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia kerana suatu masa nanti British akan menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. 4. Lee Kuan Yew – 1959 Mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja. Tidak disetujui oleh Tunku kerana akan berlaku ketidakseimbangan kaum.

3 CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
5. Tunku Abdul Rahman – 1961 Bersetuju dengan cadangan pembentukan gagasan Malaysia. Gagasan Malaysia akan menjamin kedudukan politik yang lebih kukuh dan disegani di rantau ini. Dapat mewujudkan kerjasama ekonomi dan sosial. Pembentukan Malaysia memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan.

4 6.2 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA
1. Faktor-faktor pembentukan Malaysia: ( Rujuk buku teks muka surat 138 ) FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA POLITIK EKONOMI SOSIAL Keselamatan Kemerdekaan Dekolonisasi Kerjasama Ekonomi Kependudukan Hak Cipta Terpelihara ® EHSHAM BIN MAT HUSSIN B.A.ED. (Hons) - Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan.

5 FAKTOR POLITIK Kemenangan Barisan Sosialis dalam pilihan raya Singapura melemahkan parti PAP di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Perkembangan ini akan menggugat rancangan British untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura. Ancaman komunis menyebabkan Lee Kuan Yew mendesak British menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.

6 FAKTOR POLITIK Pengalaman Persekutuan membanteras pengaruh PKM dapat membantu Singapura menghadapi ancaman komunis. CCO (Clandestine Communist Organisation) mahu menjadikan Sarawak sebagai negara Komunis. Penyertaan Singapura, Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis. Mempercepatkan kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei yang belum mampu berkerajaan sendiri.

7 FAKTOR POLITIK Merupakan proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang masih belum membangun. Dapat memberikan kestabilan politik kepada rantau Asia Tenggara. Menghalang pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo.

8 Menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
FAKTOR EKONOMI Menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian. Dapat mewujudkan satu pasaran yang luas. Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi. Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri.

9 FAKTOR SOSIAL Untuk mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum.
Memajukan negeri-negeri yang belum membangun seperti Sarawak dan Sabah.


Download ppt "CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google