Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Unit 9 BBM 3212 Medan Semantik

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Unit 9 BBM 3212 Medan Semantik"— Transcript presentasi:

1 Unit 9 BBM 3212 Medan Semantik
Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

2 Pengenalan Perbendaharaan kata sesuatu bahasa tersusun secara berlapis-lapis dalam bentuk strata yang banyak. Berkaitan dan berhubungan secara konsepsi antara satu sama lain. Jalinan ini mungkin disebabkan oleh hubungan makna atau kaitan nahuan atau kedua-duannya sekali.

3 Konsep Hubungan Paradigmatik (Hp) – keadaan apabila unit linguistik menjadi berhubungan melalui pertentangan atau penggantian dalam satu lingkungan tertentu dengan unit-unit lain yang serupa. Hubungan sintagmatik (Hs) – keadaan yang diperoleh oleh sesuatu unit linguistik kerana hadirnya bersama- sama dengan unit-unit lain yang serupa. Contoh Hp = sebuah pintu sebuah pintu Hs = merah dan hijau hijau merah

4 Hubungan Paradigmatik
Hubungan secara menegak yang mungkin boleh mengisi kedudukan yang sama dalam satu-satu struktur. Contoh: Ani berjalan perlahan-lahan cepat pulang seorang diri

5 Hubungan Sintagmatik Hubungan secara mendatar antara unsur-unsur linguistik yang membentuk secara linear. Contoh: 1. Ali memandang Lina. 2. Lina tidak memandang Ali.

6 Hp dan Hs boleh dilihat secara nahuannya dari segi sistem dan struktur.
Struktur bermaksud hubungan rantaian antara unit- unit yang letaknya pada garis latar atau garis waktu. AB mempunyai struktur jika A diikuti secara langsung oleh B. Struktur AB diberi pengisi ab. Struktur AB Pengisi ab Jika AB frasa, ab= orang baik/orang jahat. Jika AB ayat, ab = orang itu baik/orang itu jahat.

7 Medan Makna Medan makna dimaksudkan kepada hubungan paradigma antara beberapa perkataan yang mempunyai pertalian antara satu sama lain. Pertalian itu wujud kerana perkataan- perkataan itu berada dalam lingkungan yang sama dan perkataan-perkataan itu boleh digunakan untuk menjelaskan maksud atau pengertian sesuatu perkataan yang lain.

8 Medan mengandungi kata kunci yang mengelilingi satu kata kunci sebagai pusatnya atau kata fokus.
Kata kunci merupakan sejumlah perkataan dalam perbendaharaan kata sesuatu bahasa yang sangat kuat mempengaruhi pembentukan fikiran dan konsep tentang kewujudan, alam, realiti dan kehidupan. Kata kunci bertindak sebagai kata fokus apabila perkataan itu menampakkan lapangan semantik yang ketara dan penting, serta sangat rapat hubungannya dengan makna pusat bagi sesuatu perbendaharaan kata dalam sesuatu bahasa.

9 Contoh Sebagai contoh, apabila kita menyebut perkataan "sekolah" maka perkataan-perkataan yang mempunyai perkaitan dengannya ialah guru, murid, guru besar, buku, pelajaran, jadual waktu, guru, murid, guru besar, buku, pelajaran, jadual waktu, darjah, ketua murid, dan sebagainya itu adalah medan makna bagi perkataan "sekolah". Pisau, periuk, dapur, rempah, bawang, minyak masak = ?

10 J. Trier merupakan tokoh yang mengkaji medan semantik dengan mendalam.
Mengasas teori medan makna Dimulakan pada tahun1934. Mengaitkan medan makna dengan hubungan- hubungan paradigmatik. Merupakan seorang warga Jerman.

11 Dapatan Kajian Trier Membahagikan aspek intelektual kepada beberapa medan. Membuat kajian mengenai medan (a field) dalam kalangan orang-orang Jerman pada tahun-tahun 1300. Dibahagi kepada tiga: 1. Pengalaman keagaman (wisheit). 2. Pengetahuan (kunst). 3. Seni (wizzen).

12 Berdasarkan teori ini, bahasa juga dikatakan boleh dibahagikan kepada beberapa medan dan satu contoh yang biasa dikemukakan ialah perkataan-perkataan yang merujuk kepada warna.

13 Contoh Biru Putih Kelabu kuning Merah Hitam Hijau Jingga Warna

14 Contoh lain adalah apabila kita mendefinisikan perkataan "istana", kita katakan istana adalah tempat kediaman "raja". Istana Iskandariah

15 Perkataan "raja", "permaisuri", "dayang", "putera", "puteri", "tuanku", "patik", "balairung", "pengawal", "diraja", "bahasa istana" ialah perkataan yang biasa dipakai dalam pendefinisian perkataan "istana". Dengan itu, dikatakan perkataan itu berada dalam medan atau lingkungan yang sama, iaitu berada dalam medan makna perkataan "istana".

16 Rumusan Medan Semantik
Hubungan paradigma antara beberapa perkataan yang mempunyai hubungan atau pertalian di antara satu sama lain. contoh:perkataan “sekolah” kabinet industri universiti

17 Kolokasi Keadaan dua kata atau lebih yang dianggap sebagai satu leksikal yang tesendiri, tetapi lazimnya dikaitkan antara satu sama lain dalam sesuatu bahasa. Firth (1957:195) “Anda akan mengetahui sesuatu perkataan itu dengan melihat perkataan yang wujud bersama-samanya. Contoh: gigit – gigi menyalak – anjing bodoh - keldai jelita – wajah lazat – makanan lunak – suara tulus - hati

18 Nida (1964:98) dengan melihat konteks linguistik perkataan-perkataan, kita selalunya dapat membezakan makna-makna yang berlainan. Contoh perkataan ‘kerusi’: - Duduk di kerusi - Kerusi bayi - Kerusi falsafah - Dihukum bunuh dengan kerusi elektrik - Pengerusi majlis

19 Rumusan: Kolokasi Tidak menentukan makna, hanya menjelaskan perbezaan-perbezaan makna. Selalunya sesuatu perkataan itu berkolokasi dengan beberapa perkataan lain yang sama dari segi semantiknya. Contoh: mati, meninggal dunia, terkorban melalui, melewati, meredah, mengharungi, menyusup dsb.

20 Apabila kita hendak menghuraikan dan menjelaskan makna sesuatu perkataan, lantaran tidak ada perkataan itu maka kita terpaksa menjelaskannya dengan perkataan lain yang mungkin melibatkan jumlah yang banyak.

21 Perkataan-perkataan yang tidak selaras?
Contohnya kita tidak boleh mengatakan seekor binatang sebagai badak dan singa sekali gus. Walau bagaimanapun, kita boleh mengenal pasti istilah yang nampak bercampur. Sebagai contohnya, sebuah kereta boleh jadi warnanya merah jingga, manakala selembu adalah kacukan di antara seekor seladang dengan seekor lembu. Dengan adanya istilah sedemikian kita hanya boleh menambah perkataan dalam medan itu dan membahagikan medan itu dengan lebih terperinci lagi. Boleh menjelaskan makna secara kolokasi.

22 Kesimpulan Secara umumnya pengertian medan makna ini dapatlah diertikan sebagai suatu makna yang terkandung disebalik sesuatu perkataan itu. Keadaan ini jelas apabila sesuatu perkataan itu dilihat dan dikaji maknanya. Medan makna ini juga amat penting bagi seseorang yang ingin membuat terjemahan bahasa kerana sebelum seseorang itu ingin membuat terjemahan penterjemah itu mesti tahu makna setiap perkataan terutamanya untuk diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Kolokasi dapat memberikan penjelasan yang lebih jelas kerana dalam bahasa Melayu terdapat banyak perkataan yang mengandungi makna perkataan berlapis-lapis.

23 Sekian. Terima Kasih


Download ppt "Unit 9 BBM 3212 Medan Semantik"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google