Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Kumpulan: Hazirul Azman Hariz Jamal Wali Danial

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Kumpulan: Hazirul Azman Hariz Jamal Wali Danial"— Transcript presentasi:

1 Kumpulan: Hazirul Azman Hariz Jamal Wali Danial
Makanan Tradisional Kumpulan: Hazirul Azman Hariz Jamal Wali Danial

2 Ambuyat Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri Malaysia . Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos, di mana terdapat banyak jenis.

3 Kuih pinjaram Kuih pinjaram atau juga dipanggil penyaram merupakan sejenis kuih tradisional di Sabah dan Brunei. Ia juga popular dikalangan orang Bajau. Ia diperbuat dari tepung beras, tepung jagung, santan, dan minyak. Kadang kala daun pandan digunakan bagi menambah bau wangi. Kuih pinjaram akan digoreng dan dibalik-balikkan bagi memastikan kedua belahnya sama garing. Ia sedap dihidang panas dan mudah didapati dipasar tamu.

4 Bahulu Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat popular terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya- pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan orang ramai yang menggalakkan. Secara amnya kuih bahulu terdiri dari 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah dari pembuat kuih traditional. Cara membuat ketiga-tiga jenis kuih bahulu tersebut agak mudah dan memerlukan resepi yang ringkas iaitu telur, tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak masak/minyak sapi dan bahulu lapis dan gulung ditambah jem atau kaya.

5 Kuih cincin . Kuih cincin merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu Brunei di Sabah. Kuih cincin ini merupakan makanan istimewa bagi kaum di Sabah. Kuih cincin diperbuat daripada gula, gula nipah/gula apong, tepung beras, minyak masak, air dan gula Melaka. Adunan ini akan dibentuk seperti bunga cincin sebelum dicelup dengan adunan tepung beras dan digoreng. Ia kemudiannya akan dicelup dalam adunan tepung beras sekali lagi sebelum digoreng kali kedua bagi menjadikannya rangup

6 Kuih Kelupis Kelupis merupakan sejenis kuih tradisional di Brunei, Sabah dan Sarawak. Kelupis merupakan hidangan istimewa yang sedap dihidang panas dan mudah didapati di pasar tamu. Kuih Kelupis ini sering dihidangkan sempena majlis perkahwinan dan juga majlis hari raya serta hari kebesaran yang lain. Kuih Kelupis dibuat dari beras pulut dan santan yang dibungkus dalam daun Nyirik. Ia kemudiannya direbus dalam santan. Kuih Kelupis ini kemudiannya boleh dihidang bersama kari ayam/daging, rendang, sambal dan banyak lagi.

7 Terima Kasih


Download ppt "Kumpulan: Hazirul Azman Hariz Jamal Wali Danial"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google