Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Surah Al-Alaq Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Surah Al-Alaq Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"— Transcript presentasi:

1

2 Surah Al-Alaq Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

3 Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan).
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang); Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang? Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul? Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)? Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta dia berpaling ingkar?

4 Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka); Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

5 Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya);
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya). Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

6 Intisari Surah Al-Alaq
Ayat 1 hingga 5 adalah ayat-ayat Al-Quran yang pertama diturunkan ketika Rasulullah s.a.w. beruzlah di Gua Hira’. Allah s.w.t. memerintah manusia supaya membaca al-Quran. Manusia dicipta oleh Allah s.w.t. dari segumpal darah. Allah s.w.t. menjadikan kalam/pena sebagai alat untuk manusia mengembangkan pengetahuan mereka. Allah s.w.t. memberi ancaman terhadap orang Kafir yang menghalang kaum Muslimin melaksanakan perintahNya. Kita sebagai manusia janganlah ada sifat angkuh dan sombong seperti Abu Jahal yang cuba menghalang Rasulullah s.a.w. untuk melakukan ibadah.

7 Sebab Turunnya Surah Al-Alaq
Ayat 5: Diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir yang bersumber dari Abu Hurairah r.a. bahawa Abu Jahal pernah berkata, “Apakah Muhammad meletakkan mukanya ke tanah (sujud) di hadapan kamu ?” ketika itu orang membenarkannya. Selanjutnya Abu Jahal berkata: “Demi al-Lata dan al- ‘Uzza, sekiranya aku melihat dia sedang berbuat demikian, akan aku injak batang lehernya dan ku benamkan mukanya ke dalam tanah.”

8 Ayat 9-16: Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas bahawa ketika Rasulullah s.a.w. sedang solat, datanglah Abu Jahal melarang beliau melakukannya. Ayat 17-19: Ibnu ‘Abbas meriwayatkan bahawa saat Rasulullah s.a.w. sedang mendirikan solat, tiba-tiba Abu Jahal mendatanginya dan berkata, “Bukankah aku telah melarangmu melakukan ini?” Rasulullah s.a.w. tetap bergeming. Abu Jahal berkata lagi, “Bukankah kau sudah tahu, tidak ada orang yang lebih banyak pengikutnya daripada aku?” Atas keangkuhan Abu Jahal itu, Allah s.w.t. menurunkan ketiga ayat ini.


Download ppt "Surah Al-Alaq Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google