Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

DINAMIK KUMPULAN.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "DINAMIK KUMPULAN."— Transcript presentasi:

1 DINAMIK KUMPULAN

2 Definisi Dinamik kumpulan bererti wakil-wakil daripada sesuatu kumpulan atau pasukan yang bermesyuarat untuk mengatasi sesuatu isu yang menjadi tumpuan atau minat mereka bersama. Kumpulan boleh dimaksudkan kepada kumpulan kecil kerana kumpulan inilah yang sering berinteraksi antara satu sama lain. Kuasa kumpulan kecil menekankan bahawa sesuatu tugas dilaksanakan secara bersama dan dibincangkan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.

3 Dalam sesebuah organisasi atau maysarakat terdapat 2 jenis kumpulan kecil, iaitu,
(a) Kumpulan Formal (b) Kumpulan Tidak Formal Dibentuk oleh pengurusan untuk menyiapkan sesuatu tugas. Digelar “kumpulan petugas” yang mempunyai pelbagai tugas seperti pengeluaran, jualan, pelaksanaan.

4 (b) Kumpulan Tidak Formal
Bermaksud kumpulan sosial atau kebajkan yang wujud untuk memenuhi keperluan ahli-ahli yang tidak dapat dipenuhi oleh kumpulan formal, contohnya kelab kopi, kelab rekreasi, kumpulan nasyid. Terdapat 2 jenis kumpulan informal, iaitu, (a) Kumpulan Eratik, dan, (b) Kumpulan Strategik

5 (a) Kumpulan Eratik Merupakan kumpulan yang menentang pengurusan dengan cara yang tidak teratur atau tersusun. Walau bagaimanapun, kumpulan ini ditubuhkan manakala terdapat sebilangan mereka menghadapi masalah. Kumpulan ini akan dibubarkan apabila sesuatu masalah itu diselesaikan.

6 (b) Kumpulan Strategik
Dibentuk dengan cara yang baik dan berdisiplin. Lazimnya lebih berjaya daripada kumpulan eratik atas sifatnya yang sistematik dan mengikut lunas yang sah. Kesimpulan: Kumpulan formal menolong kumpulannya mencapai sesuatu matlamat yang diperjuangkan. Kumpulan tidak formal pula menolong individu mencapai matlamat diri mereka masing masing.

7 Fungsi Kumpulan Kecil Terdapat 2 fungsi utama: (a) Fungsi Tugas
(b) Fungsi Pemeliharaan Kegiatan kumpulan yang dilakukan untuk mencapai sesuatu matlamat. Aktiviti yang dilakukan ialah bekerja ke atas tugas-tugas yang kompleks ataupun tugas yang bebas. Dapat menggalakkan pendapat baru atau membentuk penyelesaian terhadap masalah yang memerlukan input dari ramai orang.

8 Berkhidmat sebagai fungsi perhubungan dan penyelarasan bagi kumpulan kerja yang dianggap saling bergantungan. (b) Fungsi Pemeliharaan Menyediakan satu pengenalan dan juga kemegahan diri. Mengurangkan ketidakpastian dan kebimbangan individu atau ahli dalam kumpulan dengan bantuan ahli-ahli kumpulan untuk mengurangkan masalah dari pelbagai kesusahan dan kekecewaan yang dihadapi oleh seseorang yang berkenaan yang sukar dilakukan secara bersendirian.

9 Pembentukan dan Pembangunan Kumpulan
Pembentukan kumpulan berpunca daripada: 1. Tarikan antara personal 2. Matlamat kumpulan 3. Aktiviti sosial 4. Interaksi sosial 5. Ahli kumpulan sebagai alat untuk mencapai sesuatu matlamat 6. Kedekatan fizikal 7. Sinergi kumpulan

10 1. Tarikan antara personal
Seseorang individu akan tertarik dengan seorang yang lain. Tarikan ini berasaskan kepada 3 faktor,iaitu, (a) kesamaan Seseorang individu akan mahu bersama-sama dengan orang yang mempunyai minat atau kesukaan dan kedudukan sepertinya.

11 (b) Perbezaan Seseorang individu mudah tertarik atau terpengaruh kepada benda yang berbeza dengannya. (Opposites Attracts) Ini disebabkan mereka mahu memenuhi kepuasan, keperluan dan kekurangan masing-masing. (c) Kecekapan tugas atau minat Ini merupakan satu tarikan perhubungan orientasi kerja. Pengurus mudah tertarik kepada pekerja yang cekap dalam menjalankan sesuatu tugas yang sangat diperlukan.

12 2. Matlamat Kumpulan Terdapat juga seseorang memasuki kumpulan oleh kerana matlamat kumpulan itu sama dengan matlamatnya. Contohnya, seseorang memasuki kumpulan pengurusan kualiti total yang dipimpin oleh seorang pengurus kerana dia percaya dengan matlamat kerja yang demikian dan mahu turut serta mendalami dan memperluaskan pendekatan kerja sedemikian jika berpeluang.

13 3. Aktiviti Sosial Kegiatan sosial sesebuah kumpulan boleh menarik ahli-ahli dengan mudah. Contohnya, kumpulan senamrobik yang memberikan rasa seronok seseorang dalam kegiatan sedemikian.

14 4. Interaksi Sosial Merupakan keinginan individu menjadi sebahagian dalam kumpulan supaya dapat mengenali antara satu sama lain. Lanjutannya, terbit cadangan untuk mengadakan perayaan seperti hari keluarga, sambutan Maulidul Rasul, meraikan Hari Jadi salah seorang pekerja dan sebagainya.

15 5. Ahli Kumpulan Sebagai Alat Untuk Mencapai Sesuatu Matlamt
Sesetengah orang memasuki sesuatu kumpulan untuk sesuatu tujuan. Contohnya, ramai ahli-ahli perniagaan memasuki kelab di dalam dan luar negara supaya mereka berpeluang berjumpa dengan bakal klien mereka di merata tempat.

16 6. Kedekatan Fizikal Orang yang tinggal berdekatan akan menggalakkan kepada penubuhan kumpulan di mana mereka dapat berinteraksi antara satu sama lain. Misalnya, di setiap tempat perumahan akan terdapat bangsal di mana mereka boleh sembang, menyanyi ataupun berbincang tentang sesuatu isu atau masalah. Kumpulan seperti ini biasanya mudah bekerjasama menjalankan sesuatu tugas yang dipersetujui contohnya, bergotong royong.

17 7. Sinergi Kumpulan Merupakan satu kumpulan pendapat yang mengatakan bahawa kerja kumpulan adalah lebih baik daripada kerja individu. Mempercayai bahawa hasil daripada usaha ahli kumpulan akan lebih baik daripada usaha yang dijalankan secara individu.

18 Perkembangan Struktur Kumpulan
Perkembangan atau pembangunan kumpulan adalah hasil daripada penubuhan kumpulan itu sendiri. Membawa kepada pembentukan dan perubahan struktur kumpulan(satu pola status perhubungan yang berlaku dikalangan ahli-ahli dalam kumpulan). Mewujudkan satu struktur yang berhierarki. Struktur kumpulan juga dapat mengawal ahli kumpulan dengan melakukan 2 cara, iaitu melalui, (a) Peranan Individu (b) Norma Kumpulan

19 (a) Peranan Individu Satu set kelakuan yang dijangkakan bagi seseorang ahli yang mengisi sesuatu kedudukan dalam kumpulan. Mengikut Shaw, peranan individu boleh dilihat dari pelbagai perspektif iaitu dari segi apa yang dijangkakan melalui tanggapan dan dari apa yang dilakukan. Peranan yang dijangkakan ialah apa yang diharapkan oleh ahli untuk mereka lakukan. Peranan tanggapan ialah apa orang lain fikir tentang sesuatu kelakuan yang sepatutnya dilakukan oleh ahli itu. Oleh itu, peranan yang dilakukan mestilah benar-benar dilakukan oleh ahli itu.

20 (b) Norma Kumpulan Satu set kepercayaan, perasaan, sikap yang dikongsi atau dibendung bersama oleh ahli-ahli kumpulan. Ditujukan kepada semua ahli kumpulan. Terdapat beberapa ciri yang perlu diketahui dan dipelihara oleh ahli supaya norma itu terus dijadikan prinsip dalam kumpulan dalam norma kumpulan, iaitu, - Ciri yang mewakili kumpulan. Ciri ini melambangkan penerimaan ahli terhadap norma kumpulan. Norma kumpulan (group syntality) ini menunjukkan darjah perhubungan antara ahli yang berstruktur dengan kepatuhan mereka terhadap norma kumpulan.

21 - Ciri yang berkait dengan kelakuan.
Norma kumpulan dibentuk kerana ahli kumpulan itu sendiri mahukan satu set panduan kelakuan yang berhubung dengan aspek-aspek penting kehidupan dan perjuangan. - Ciri yang menyediakan asas untuk meramalkan kelakuan orang lain. Norma akan dijadikan sebagai satu “tanda agakan” tentang kelakuan ahli-ahli lain.

22 - Ciri itu sebagai asas bagi mengawal dan menguatkuasakan kelakuan ahli-ahli kumpulan. Norma kumpulan bukan sahaja berkhidmat sebagai fungsi panduan tetapi dalam mengurus kepada memudahkan pencapaian tujuan. - Ciri itu boleh digunakan oleh semua ahli tetapi tidak diseragamkan. Ciri memberi peluang kepada ahli yang berkeupayaan tinggi untuk lebih bebas menyeleweng daripada norma kumpulan sekiranya tindakan itu boleh memanfaatkan keseluruhan ahli.

23 Pembentukan Kumpulan Yang Teguh dan Matang
Sesetengah kumpulan yang membesar menjadi matang dan berkesan dalam mencapai matlamat tugas dalam pemeliharaan kumpulan. J.F.&L.M.Gibb- kumpulan yang matang jauh berbeza dengan kumpulan yang tidak matang Sebabnya: (a) kepercayaan yang mutual (b) komunikasi yang tulin (c) pengaruh yang mutual (d) kawalan diri

24 Dinamik Kematangan Kumpulan
Kepercayaan adalan tonggak penggerak utama ke arah kematangan kumpulan. Kepercayaan memudahkan pertukaran maklumat untuk menyelesaikan masalah kumpulan, membenarkan orang lain memberi input mereka yang berkaitan dengan matlamat. Komunikasi Kepercayaan Pengaruh Kawalan

25 Faktor-faktor mempengaruhi prestasi kumpulan

26 Ciri tugas Ciri ahli Komposisi kumpulan Struktur kumpulan Proses kumpulan

27 Ciri Tugas Mudah dan berulang-ulang Kompleks berteknikal
Kompleks bersosial Kompleks bersosial dan berteknikal

28 Ciri Ahli Kebolehan – kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang ada pada ahli kumpulan Personaliti Personaliti ekstrovert Personaliti autoriti

29 Personaliti Ekstrovert
Orang yang ekstrovert biasanya mempengaruhi proses kumpulan melalui penyertaannya yang aktif Tidak menerima pendapat orang lain Personaliti Autonomi Patuh kepada norma kumpulan

30 Komposisi Kumpulan Sifat kepelbagaian ahli
Perhubungan atau kerjasama ahli Kepatuhan ahli

31 Kepelbagaian ahli Pertalian kumpulan Kepatuhan Kumpulan
Darjah pelbagai latar belakang diri ahli Pertalian kumpulan Berlaku apabila ahli-ahli mempunyai matlamat yang sama Kepatuhan Kumpulan Kelakuan individu mengikut kehendak kumpulan

32 Faktor struktur kumpulan
Saiz kumpulan Tahap kerumitan masalah saiz kumpulan paling sesuai Mudah 3 hingga 4 kompleks 5 hingga 7

33 Kekurangan menambah saiz
Menggalakkan interaksi yang berlebihan Menubuhkan satu klik atau bahagian lagi dalam kumpulan Timbul kurang kerja atau tugas dalam kumpulan

34 - bentuk sehala atau unilateral
Rangkaian komunikasi Terdapat 4 jenis:- - bentuk sehala atau unilateral - rangkaian Y dan roda - rangkaian bulatan - semua saluran

35 Proses kumpulan berinteraksi - paling kerap digunakan
- memperoleh pendapat melalui interaksi antara kumpulan Proses kumpulan nominal -ahli tidak mengambil bahagian -roundbin dugunakan untuk menggalakkan mereka memberi pendapat

36 Teknik “Delphi” - mencari pendapat daripada pakar tanpa penglibatan ahli Proses keputusan kreatif - memperolehi pendapat yang kreatif melalui sesi “ sumbang saran”, analisis grid, teknik katalog

37 Kesimpulan Kumpulan kecil penting untuk mendapatkan kerjasama, penyelarasan kerja yang kompleks daripada berbagai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan. Kumpulan bergantung kepada tugas dan mutu individu, komposisi dan pengurusan aktiviti kumpulan.


Download ppt "DINAMIK KUMPULAN."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google