Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehIndra Kartawijaya Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
PERANAN DAN FUNGSI EJEN HARTA TANAH
Seseorang ejen harta tanah memainkan peranan yang sangat penting dalam pasaran harta tanah. Ejen harta tanah meawarkan pelbagai jenis perkhidmatan melalui pendekatan yang profesional. Diantara perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah : a. Penjualan / penyewaan harta tanah melalui kaedah yang lebih cepat. b. Memberi khidmat nasihat terutama dalam membuat pilihan mengenai jenis harta tanah dan lokasi yang paling sesuai untuk tujuan pelaburan. c. Mendapatkan penyewa bagi memaksimumkan pendapatan dan mengurangkan masalah pengurusan di masa depan. d. Memberi khidmat nasihat mengenai: i. Harga / nilai sewa bagi sesuatu harta tanah ii. Syarat-syarat dan prosedur dalam Perjanjian Jualbeli dan Perjanjian Penyewaan. iii. Strategi dan teknik pemasaran harta tanah. iv. Pembahagian ruang lantai bagi tujuan penjualan atau penyewaan. v. Campuran penyewa (tenant mix) bagi bangunan perniagaan baru. vi. Insurans.
2
Apa yang harus dilakukan oleh seseorang klien adalah menghubungi ejen herta tanah, memberikan segala meklumat yang berkaitan dan permasalahannya dan berunding dengan ejen harta tanah bagi mengatasi masalah yang dihadapinya. Di sini ejen harta tanah akan melaksanakan tugasnya atas arahan klien iaitu sebaga wakil yang telah dilantik oleh tuan tanah atau klien. Kegiatan yang dilaksanakan oleh ejen ini disebut sebagai perejenan harta tanah (property agency).
3
Perejenan Harta Tanah (Property Agency).
Bertujuan untuk mempertemukan penjual dengan pembeli atau pemilik dengan penyewa iaitu menyelesaikan transaksi di antara kedua-dua pihak tersebut. Yang dimaksudkan dengan ejen harta tanah adalah seseorang atau pihak yang melakukan kegiatan perundingan / negosiasi dalam hal-hal penjualan, pembelian, pertukaran, sewa-menyewa dan/atau membantu menyediakan dana harta tanah tersebut. Sebagai balasannya, ejen harta tanah akan memperolehi bayaran sebagai yuran perkhidmatan. Yuran perkhidmatan ini biasanya disebut komisen atau fee / yuran perkhidmatan.
4
Ejen harta tanah haruslah menjalankan peranannya dengan baik dan berterusan bagi menjayakan tugasnya dalam memasar dan menjual harta tanah. Peranan agen dapat dibahagikan kepada dua iaitu: i. Sebagai perunding (Consultant) ii. Sebagai pengurus (Manager)
5
Ejen sebagai Perunding (Consultant)
Fungsi dan peranan utama dari seorang ejen adalah sebagai perunding harta tanah. Oleh itu, setiap ejen adalah dituntut memiliki kemampuan dalam perundingan terutama dalam menghadapi pihak ketiga dengan cara yang baik dan dapat diterima oleh pihak ketiga tersebut dalam membuat keputusan tentang pembelian, penyewaan atau pelaburan dalam harta tanah. Sebagai seorang perunding, ejen haruslah mempunyai pengetahuan yang cukup tentang harta tanah, pasaran harta tanah, perundangan harta tanah dan prosedur jual beli.
6
Ejen juga harus tahu mengenai beberapa garispanduan yang perlu diikuti semasa melaksanakan tugasnya. Antaranya termasuklah: a. Tidak menawarkan harta tanah yang belum dilihat. b. Dapat melakukan analisis terhadap harta tanah. c. Mampu menjawab pelbagai persoalan mengenai harta tanah. d. Menghormati pihak pemilik / tuan tanah / pihak ketiga. e. Menunjukkan sikap ramah kepada semua pihak. f. Meyakinkan pihak ketiga bahawa transaksi yang dilakukan adalah tidak merugikan. g. Memberikan peluang kepada pihak ketiga untuk mengatasi masalahnya. h. Memberi peluang kepada pihak ketiga untuk melihat harta tanah secepat mungkin. i. Memberi tumpuan dalam pemasaran harta tanah yang terlibat agar dapat memasarkannya. j. Tidak mengambil masa pihak ketiga dengan terlalu lama. k. Menghadapi persaingan dengan tabah. l. Tidak terlalu merendah diri dan tidak pula over-confidence m. Tidak boleh menolak sebarang tawaran / permintaan.
7
Ejen sebagai Pengurus (Manager)
Seseorang ejen juga mestilah berperanan sebagai seorang pengurus terutama dalam menguruskan masanya sendiri dalam perkara-perkara berikut: a. Menguruskan pejabatnya. b. Menguruskan organisasi pejabatnya dan kakitangannya. c. Mampu membuat keputusan yang tepat berdasarkan pertimbangan yang bijaksana pada waktu yang tepat.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.