Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
KISAH SI PAK BELALANG
2
Di sebuah negeri ada seorang raja bernama Kemalingan
Di sebuah negeri ada seorang raja bernama Kemalingan. Harta baginda penuh di dalam istana. Namun, di pinggir negerinya itu, terdapat sebuah keluarga miskin yang terdiri daripada tiga beranak, Pak Belalang dan isterinya serta anaknya, Belalang * Sila klik pada lelaman tambahan untuk melihat klip video
3
Pada suatu hari, Pak Belalang mendapat satu akal
Pada suatu hari, Pak Belalang mendapat satu akal. Belalang disuruh pergi ke sebuah kampung untuk memberitahu penduduk di sana bahawa Pak Belalang pandai menujumkan kerbau yang hilang. Ketika di sana, sekumpulan penternak telah kehilangan kerbau mereka. Belalang pun mengajak mereka ke rumahnya untuk menilik kehilangan kerbau tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan menujumkan?
4
Jerat Pak Belalang sudah mengena
Jerat Pak Belalang sudah mengena. Dia menilik perihal kehilangan kerbau itu dalam sebuah mangkuk berisi air. Setelah membaca mantera, Pak Belalang pun memberitahu bahawa kerbau yang hilang itu sebenarnya tertambat di bawah pohon kayu berhampiran dengan bukit di kampung mereka. Ternyata, kata-kata Pak Belalang benar dan semenjak hari itu, orang-orang kampung mula percaya pada kuasa menilik Pak Belalang. Fikirkan hubungan menilik dan menujum
5
Apakah makna titah? Siapakah yang selalu menitahkan? Beberapa minggu kemudian, Raja Kemalingan kehilangan tujuh buah peti emas di dalam istananya. Baginda telah menitahkan Pak Belalang untuk menilik kehilangan barang-barang yang hilang itu. Jika dia tidak berjaya mengesan barang-barang itu dalam tempoh tujuh hari, hukuman pancung akan dikenakan ke atas dirinya. Pak Belalang menyesal atas segala tipu helahnya itu. Dia sedar bahawa perintah raja pasti tidak dapat dilaksanakan kerana bukan dia sendiri yang mencuri peti raja. Dia benar-benar gelisah dan ketakutan kepalanya akan dipancung.
6
Pada hari keenam, Pak Belalang meminta isterinya menggoreng pisang sementara dia cuba memikirkan untuk mencari jalan keluar. Sambil termenung akan nasib yang akan menimpanya, dia pun mula mengira setiap kali terdengar bunyi desir pisang yang dimasukkan ke dalam kuali. 7
7
Pada hari keenam, Pak Belalang meminta isterinya menggoreng pisang sementara dia cuba memikirkan untuk mencari jalan keluar. Sambil termenung akan nasib yang akan menimpanya, dia pun mula mengira setiap kali terdengar bunyi desir pisang yang dimasukkan ke dalam kuali. 6
8
Pada hari keenam, Pak Belalang meminta isterinya menggoreng pisang sementara dia cuba memikirkan untuk mencari jalan keluar. Sambil termenung akan nasib yang akan menimpanya, dia pun mula mengira setiap kali terdengar bunyi desir pisang yang dimasukkan ke dalam kuali. 5
9
Pada hari keenam, Pak Belalang meminta isterinya menggoreng pisang sementara dia cuba memikirkan untuk mencari jalan keluar. Sambil termenung akan nasib yang akan menimpanya, dia pun mula mengira setiap kali terdengar bunyi desir pisang yang dimasukkan ke dalam kuali. 4
10
Pada hari keenam, Pak Belalang meminta isterinya menggoreng pisang sementara dia cuba memikirkan untuk mencari jalan keluar. Sambil termenung akan nasib yang akan menimpanya, dia pun mula mengira setiap kali terdengar bunyi desir pisang yang dimasukkan ke dalam kuali. 3
11
Pada hari keenam, Pak Belalang meminta isterinya menggoreng pisang sementara dia cuba memikirkan untuk mencari jalan keluar. Sambil termenung akan nasib yang akan menimpanya, dia pun mula mengira setiap kali terdengar bunyi desir pisang yang dimasukkan ke dalam kuali. 2
12
Pada hari keenam, Pak Belalang meminta isterinya menggoreng pisang sementara dia cuba memikirkan untuk mencari jalan keluar. Sambil termenung akan nasib yang akan menimpanya, dia pun mula mengira setiap kali terdengar bunyi desir pisang yang dimasukkan ke dalam kuali. 1
13
“Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh,”
ujar Pak Belalang selamba sahaja.
14
Rupa-rupanya, semasa Pak Belalang mengira, pencuri peti emas raja Kemalingan sedang bersembunyi di bawah rumahnya. Mereka menjadi takut apabila mendengar kiraan tersebut kerana menyangka Pak Belalang sedang menghitung ketibaan mereka. Mereka berjanji memulangkan peti emas itu jika dirahsiakan identiti mereka.
15
Pak Belalang pun bersetuju untuk merahsiakan siapa pencurinya semasa memulangkan peti emas raja. Dia dihadiahkan sebuah peti emas. Akhirnya, Pak Belalang menjadi mewah dan kaya.
16
SEKIAN BEGITULAH KISAH SI PAK BELALANG
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.