Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

GEOGRAFI TINGKATAN 1 UNIT 4: GRAF.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "GEOGRAFI TINGKATAN 1 UNIT 4: GRAF."— Transcript presentasi:

1 GEOGRAFI TINGKATAN 1 UNIT 4: GRAF

2 OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Dalam unit ini pelajar akan dapat: Mengumpul dan merekod data. Memilih data dan menyusun maklumat dalam bentuk jadual. Membina graf bar mudah dan graf garisan. Mentafsirkan jadual, graf bar mudah dan graf garisan.

3 PENGENALAN Graf ialah lukisan yang menunjukkan data atau maklumat dalam bentuk kuantiti yang mudah dibanding-bandingkan. Dalam unit ini, kita akan mempelajari bagaimana data dikumpulkan dalam bentuk jadual, kemudian dipersembahkan dalam bentuk graf seperti contoh diberi.

4 Contoh Bentuk Graf Tempat tinggal pelajar Tingkatan 1 Bestari SMK Dato' Seri Wan Mohamed, Gerik

5 MENGUMPUL DAN MEREKOD DATA
Data ialah butir-butir atau maklumat yang dikumpulkan semasa kerja luar untuk direkodkan dalam sesuatu bentuk. Di antara contoh data yang digunakan dalam geografi ialah data jarak, bilangan penduduk, hujan, suhu dan lain-lain. Biasanya jadual dan graf digunakan untuk menyusun data supaya lebih tersusun, lebih mudah difahami dan kelihatan menarik.

6 Kaedah Pengumpulan Maklumat
Kaedah Pemerhatian Kaedah yang paling cepat dan mudah dilakukan. Maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi dengan cara melihat dan mencatat perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat yang dikehendaki. Kaedah Temu Bual Merupakan kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dengan berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang. Biasanya kaedah ini sesuai untuk mengumpulkan data atau maklumat yang berkaitan dengan berita, pendapat, atau nasihat. Orang yang ditemu bual akan dikemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpulkan. Banci Merupakan kaedah pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan jumlah sesuatu data atau maklumat yang dihitung. Contohnya ialah jumlah penduduk atau kenderaan yang lalu- lalang di sesuatu jalan.

7 Kaedah Pengumpulan Maklumat
Soal Selidik / Tinjau Siasat / Survei Merupakan satu kaedah melalui pengedaran borang soal selidik kepada orang ramaia atau responden (iaitu orang yang memberikan maklumat dalam sesuatu kaji selidik). Setelah diisi, borang tersebut perlu dikumpulkan semula untuk dianalisakan. Contoh borang soal selidik adal seperti di bawah Rujukan ( Daripada pelbagai sumber, seperti bahan bercetak dan internet) Merupakan kaedah pengumpulan maklumat yang dilakukan dengan merujuk pada bahan-bahan yang sudah diterbitkan. Contohnya rujukan melalui buku-buku, majalah, risalah, keratan akhbar, laman web, atau cakera padat.

8 Contoh borang soal selidik

9 MEMBENA DAN MENYUSUN MAKLUMAT DALAM BENTUK JADUAL
Jadual merupakan satu cara yang mudah bagi merekod data. Langkah-langkah menyedia dan menbina jadual: Mengumpulkan data yang diperlukan dengan menggunakan kaedah yang sesuai. Contoh : Mengumpul data tentang cara pelajar Tingkatan 1 Iltizam SMK Dato' Seri Wan Mohamed, Gerik datang ke sekolah. Data yang dikumpulkan ditunjukkan seperti di berikut:

10 Contoh data yang dikumpul
Bil Nama Pelajar Cara Datang Ke Sekolah 1 Abdullah B. Razali Berjalan kaki 2 Adnan B. Yahya Kereta 3 Ahmad Tarmizi B.Harun Bas 4 Ali B. Zakaria 5 Ibrahim B. Ismail Motosikal 6 Mohamad Subri B. Mohd Jelani 7 Mohamad Yusuf B. Abd. Halim Basikal 8 Norliza Bt. Alias 9 Nor Syafirah Bt. Mohd Razali 10 Nor Fazlin Bt. Mohd Faezol 11 Noor Mardiana Bt. Che Wan 12 Nur Amrina Bt. Azhari 13 Nur Atikah Bt. Mohd Razman 14 Nur Aziani Bt. Nafiah 15 Nur Hidayu Bt. Mohd Zaini 16 Nurul Hakimi Bt. Mat Isa 17 Rohaiza Bt. Abd. Rahim 18 Siti Azimah Bt. Zakaria 19 Siti Norulhaya Bt. Ishak 20 Yusnor Fariza Bt. Yusof 21 Nik Muhamad Azlan B. Nik Sharani 22 Muhamad Zabidi B. Muhamad Susun semula data dalam bentuk jadual dan berikan tajuk yang sesuai seperti berikut Bil Nama Pelajar Cara Datang Ke Sekolah 1 Abdullah B. Razali Berjalan kaki 2 Adnan B. Yahya Kereta 3 Ahmad Tarmizi B.Harun Bas 4 Ali B. Zakaria 5 Ibrahim B. Ismail Motosikal 6 Mohamad Subri B. Mohd Jelani 7 Mohamad Yusuf B. Abd. Halim Basikal 8 Norliza Bt. Alias 9 Nor Syafirah Bt. Mohd Razali 10 Nor Fazlin Bt. Mohd Faezol 11 Noor Mardiana Bt. Che Wan 12 Nur Amrina Bt. Azhari 13 Nur Atikah Bt. Mohd Razman 14 Nur Aziani Bt. Nafiah 15 Nur Hidayu Bt. Mohd Zaini 16 Nurul Hakimi Bt. Mat Isa 17 Rohaiza Bt. Abd. Rahim 18 Siti Azimah Bt. Zakaria 19 Siti Norulhaya Bt. Ishak 20 Yusnor Fariza Bt. Yusof 21 Nik Muhamad Azlan B. Nik Sharani 22 Muhamad Zabidi B. Muhamad Cara Datang Ke Sekolah Bilangan Pelajar Bas 10 Berjalan kaki 4 Kereta Motosikal 3 Basikal 1 Jumlah 22 Jadual : Cara pelajar Tingkatan 1 Iltizam datang ke sekolah Jadual : Senarai nama dan cara pelajar Tingkatan 1 Iltizam datang ke sekolah

11 MEMBINA JADUAL DAN GRAF DENGAN MENGGUNAKAN KOMPUTER
Prosedur 1: Membuka Excel 2000 dan memasukkan data Buka Ms Excel 2000 Taip data seperti dalam jadual di atas iaitu tentang komposisi murid lelaki dan wanita di beberapa buah sekolah

12 Prosedur 2: Membina graf dari data Excel 2000
"Highlight" kesemua sel yang mengandungi data seperti paparan di bawah

13 Pilih Column dalam Chart type
Pilih Insert Chart, dan kekotak "Chart Wizard - Step 1 of 4" akan muncul seperti paparan di bawah Pilih Column dalam Chart type Pilih Chart sub-type yang pertama kiri atas Klik butang Next

14 Graf carta yang separuh siap seperti di bawah dipaparkan
Klik Next.

15 Penuhkan kekotak Chart title, Category (X) axis dan Value (Y) axis seperti dalam kekotak di atas. Klik Next. Klik Finish (anda akan dapat melihat satu graf yang telah siap seperti paparan di bawah)

16 Contoh graf yang telah siap

17 MEMBINA GRAF GARIS MUDAH
Graf garis sesuai digunakan untuk menggambarkan maklumat seperti perubahan suhu, tekanan udara, pertumbuhan penduduk, pasaran saham dan sebagainya. Langkah-langkah melukis graf garis. Lukis paksi tegak dan paksi mendatar. Pilih skala yang sesuai bagi paksi tegak dan paksi mendatar. Paksi tegak biasanya digunakan bagi mewakili kuantiti manakala paksi mendatar mewakili jangka masa seperti bulan atau tahun. Gunakan titik-titik bagi mewakili maklumat yang diberi. Sambungkan titik-titik tersebut dengan garisan lurus. Lengkapkan graf dengan tajuk yang sesuai.

18 Contoh Graf Garis Berdasarkan jadual ‘Min suhu harian di stesen kajian sekolah Zaidi', kita dapat melukis graf garis mengikut langkah-langkah seperti berikut: Sediakan paksi tegak dan paksi mendatar Tandakan titik-titik untuk menggambarkan maklumat yang diberi. Sambungkan titik-titik itu dengan garisan lurus dan berikan tajuk yang sesuai.

19 MENTAFSIR JADUAL, GRAF BAR MUDAH DAN GRAF GARIS
Maklumat yang terdapat dalam jadual dan graf biasanya padat dan ringkas. Oleh itu jadual dan graf boleh ditafsirkan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Untuk mentafsir maklumat dalam jadual dan graf, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah tajuk jadual dan graf. Selain tajuk, perkara-perkara lain yang perlu dilihat adalah sperti berikut:

20 JADUAL DAN GRAF PERKARA-PERKARA PENTING DALAM MEMBUAT PENTAKSIRAN JADUAL Jumlah Nilai maksimum Nilai minimum Nilai purata (sekiranya dikehendaki) GRAF BAR MUDAH Butir-butir pada paksi mendatar dan menegak Bar-bar GRAF GARISAN Butir-butir pada paksi mendatar dan paksi menegak Titik-titik yang menyambung garisan Nilai purata Julat

21 Contoh Mentafsir Graf Hasil Pengeluaran Kelapa Sawit di Felda Nenering, Gerik Graf ini menunjukkan hasil pengeluaran kelapa sawit di Felda Nenering, Gerik antara tahun 1999 hingga Hasil keluaran maksimum adalah pada tahun 2002, iaitu 300 juta tan metrik. Hasil keluaran minimum adalah pada tahun 1999, iaitu sebanyak 65 juta tan metrik. Pada tahun 2001 dan 2003, hasil keluaran adalah sama iaitu 265 juta tan metrik. Hasil keluaran kelapa sawit di Felda Nenering meningkat dari tahun 1999 hingga 2002, tetapi menurun pada tahun 2003.

22 RUMUSAN

23 1 2 5 LATIHAN 3 4

24 JAWAPAN ANDA BETUL... Kembali ke soalan: 1 2 3 4 5

25 JAWAPAN ANDA Salah! Cuba Lagi 1 2 3 4 5 Kembali ke soalan:

26 ARAHAN: KLIK PADA JAWAPAN YANG BETUL SAMA ADA A, B, C, ATAU D SOALAN 1
Antara data-data berikut, yang manakah sesuai dinyatakan dalam bentuk graf garis ? A. Hujan bulanan B. Cara-cara pelajar datang ke sekolah C. Perubahan harga barangan D. Cita-cita pelajar

27 SOALAN 2 Berdasarkan jadual di bawah.
Pekerjaan Bilangan Petani 18 Guru 9 Buruh 7 Polis 2 Jumlah 36 Apakah tajuk yang sesuai bagi jadual di atas ? A. Jenis pekerjaan waris pelajar 1 Cemerlang. B. Kebanyakan waris pelajar 1 Cemerlang adalah petani. C. Bilangan pekerjaan waris 1 Cemerlang D. Empat pekerjaan utama bagi waris pelajar 1 Cemerlang

28 SOALAN 3 Berdasarkan jadual di bawah.
Pekerjaan Bilangan Petani 18 Guru 9 Buruh 7 Polis 2 Jumlah 36 Pekerjaan utama bagi waris pelajar 1 cemerlang ialah ________ A. Guru. B. Petani. C. Buruh. D. Polis.

29 SOALAN 4 Berdasarkan jadual dibawah.
Antara berikut, pernyataan yang manakah BENAR menerangkan pernyataan di atas ? A. Bilangan pelajar yang menunggang basikal lebih ramai daripada pelajar yang menaiki kereta . B. Separuh daripada pelajar 3 Angsana datang ke sekolah dengan menaiki bas . C. Jumlah pelajar 3 Angsana ialah 37 orang. D. Hanya 3 orang pelajar 3 Angsana datang ke sekolah secara berjalan kaki .

30 SOALAN 5 Berdasarkan jadual dibawah.
Jumlah pelajar yang tidak perlu mengeluarkan tambang untuk datang ke sekolah mungkin sekali _______ A. 4 orang . B. 8 orang. C. 11 orang. D. 19 orang.

31 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "GEOGRAFI TINGKATAN 1 UNIT 4: GRAF."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google