Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

DEFINISI PUISI Za’ba Mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai “khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yg indah, dan.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "DEFINISI PUISI Za’ba Mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai “khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yg indah, dan."— Transcript presentasi:

1 DEFINISI PUISI Za’ba Mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai “khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yg indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini perkara yg dikatakan itu bertambah menarik kepada hati orang mendengarnya” Samual Taylor Coleridge Mendefinisikan “puisi adalah kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik”

2 MAKSUD KATA-KATA TERBAIK
Penggunaan kata-kata yang datang daripada hasil pemilihan secara teliti dan penuh kesedaran. Pemilihan demikian untuk memastikan ketepatan, keutuhan serta kedalaman nilai erti dan nilai rasa yang ingin disampaikan. Sebagai contoh sajak “Ke Makam Bonda” karya SN Usman Awang penggunaan kata ‘bonda’ dan ‘makam’ .

3 MAKSUD SUSUNAN TERBAIK
Kata-kata yang terbaik berkembang kepada susunan ungkapan, kalimat, baris dan rangkap puisi. Sebagai contoh pantun, empat baris Dengan pemilihan dan penyusunan kata-kata yang membina baris-baris puisi sebegitu rupa dapat mengerakkan daya asosiasi, iaitu gambaran dan kenangan yang membawa kepada perkaitan atau pertalian sesuatu fikiran dengan fikiran yang lain.

4 Puisi memerlukan terhasilnya nilai rasa yang mendalam kesannya.
Pemilihan dan penyusunan kata-kata terbaik untuknya akan sebanyak mungkin menimbulkan kehalusan serta kekuatan tanggapan penglihatan dan pendengaran.

5 UNSUR-UNSUR PUISI Tema Bentuk Gaya Bahasa Suasana Simbol Imej Bunyi

6 PENILAIAN PUISI Estetika Ilmu Agama Perubatan Politik dan sebagainya Estetika Bahasa Pemilihan kata Sintaksis Estetika Sastera Tema Persoalan Bentuk

7 TEMA DAN PERSOALAN ATAU ISI
MENILAI PUISI TEMA DAN PERSOALAN ATAU ISI Pastikan persoalan, isi atau pengalaman yang dikemukakan dalam puisi secara keseluruhannya. Ditentukan dan diperjelaskan sama ada persoalannya sebuah cerita, renungan, pembicaraan terhadap satu aspek gagasan ideologi, penghuraian atau kenyataan, konsep dan sebagainya. Nyatakan corak persoalan itu sama ada mudah, biasa atau kompleks.

8 NADA Nada dan emosi seperti sedih, riang, protes, lucu dan sebagainya. Nada yang baik ialah kesannya dapat menghindarkan pembaca daripada kebosanan. Pembentukan nada, rima dan pemilihan kata-kata dalam sesebuah puisi menimbulkan emosi pembaca.

9 CARA PENYAMPAIAN Cara langsung Kesannya mudah difahami isi puisi
Secara tidak langsung Isinya agak sukar difahami tetapi berhasil membawa kehalusan gambaran dan dapat menghidupkan imaginasi pembaca.

10 BAHASA Penggunaan pelbagai unsur bahasa, misalnya bahasa kiasan, simbol, imej dan sebagainya. Walau apa pun unsur bahasa yang digunakan, nilai atau kekuatannya ditentukan oleh kesesuaian dan ketepatannya mendukung makna serta persoalan yang ditimbulkan. Teliti unsur bunyi yang timbul daripada pemilihan dan penyusunan kata-kata.

11 BENTUK Teliti binaan rangkap Teliti terhadap rima, jumlah baris dalam rangkap dan jumlah kata dalam baris Teliti kepentingan dari segi kesesuaian fungsi dan kesannya dengan persoalan puisi Teliti segala bentuk yang digunakan sama ada berhasil atau tidak, meninggalkan kesan pendengaran terutama aspek bunyinya

12 DEFINISI CERPEN Gabungan dua perkataan ‘cerita’ dan ‘pendek’
Cerpen bersifat fiksyen Cerpen adalah penceritaan

13 UNSUR CERPEN Tema Persoalan Plot Watak Latar Sudut pandangan Gaya Bahasa

14 Tema dan Persoalan Umumnya pemusatan cerita tertumpu pada satu tema dan persoalan sahaja. Plot Hanya mempunyai satu plot Watak Jumlah watak tidak ramai. Memadai satu atau dua watak sahaja. Latar Agak singkat dan terhad dari segi latar waktu.

15 Sudut Pandangan Susut pandangan orang pertama, orang ketiga, dan pencerita serba tahu Gaya Bahasa Misalnya perlambangan, citra, dan sebagainya Cerpen harus meninggalkan kesan kesatuan

16 Estetika Ilmu Misalnya politik, ekonomi dan sebagainya Estetika Bahasa Pemilihan kata Sintaksis Gaya bahasa Estetika Sastera Misalnya tema, persoalan dan sebagainya

17 PENILAIAN CERPEN Kesatuan unsur-unsur yang membina cerpen: Kepadatan pengolahan Ketelitian memilih peristiwa Kebijaksanaan mengeksploit dan memanipulasikan bahasa

18 PENYUNTINGAN SASTERA PENGENALAN Menurut Sasterawan Negara A. Samad Said: “Biasanya insan seni amat berhati-hati; sentiasa menghalusi, sentiasa menilai, rajin berwaras dan bersabar mengeram sesuatu sebelum mencernakan menjadi karya seni. Seniman adalah “petani seni” yang berfikir, di samping cepat tersentuh oleh sesuatu “angin peristiwa” atau “ribut pengalaman”.

19 TAKRIF PENYUNTINGAN MANUSKRIP
Menyemak Menyusun semula Melengkapkan Membaiki/membetulkan Memperkemas Mengubah suai Mengolah semula Memperhalus Lesen sastera (poetic licence)

20 TUJUAN PENYUNTINGAN Menyediakan karya yang sempurna Memastikan isi atau fakta jelas dan tepat Memastikan pengaliran idea disampaikan dalam bahasa yang indah dan menarik Menjaga nilai estetika Tidak menyalahi atau bercanggah dengan agama, undang-undang, etika, dan norma masyarakat. Menjadikan persembahan buku dapat menggambarkan nilai dan identiti karya yang dapat menarik pembaca Memastikan manuskrip itu menepati kehendak Gaya Dewan

21 PRINSIP PENYUNTINGAN Tepat Jelas Padat Mudah Lancar Adil Selaras Berseni dan indah Mengikut format Gaya Dewan Sensitiviti Budaya Hak cipta

22 ASPEK YANG PERLU DISUNTING
Judul Isi Bahasa Gaya/Cara Persembahan Grafik/Ilustrasi

23 JENIS PENYUNTINGAN Penyuntingan Substantif Penyuntingan Kopi

24 PENYUNTINGAN SUBSTANTIF
Menyunting keseluruhan bahan untuk memastikan hasrat atau idea penulis dapat disampaikan setepat, sepadat dan sejelas yang mungkin kepada pembaca sasaran. Penyuntingan substantif perlu dilakukan sebelum penyuntingan kopi.

25 KAEDAH/TEKNIK PENYUNTINGAN SUBSTANTIF
Tumpuan kepada isi secara menyeluruh: Bahasa Susunan Konsep Kerangka Keseimbangan Isi Kesempurnaan Idea Pengulangan Ketidakselarasan dan Percangahan Keizinan Hak Cipta dan Undang-undang

26 Pemotongan bab atau perenggan
Rombakan dan penyusunan semula struktur karya Penjudulan Hubungan tajuk dgn teks Bab Memastikan dan menentukan perkara utama dan kurang utama

27 PENYUNTINGAN KOPI Penyuntingan yang melibatkan penyemakan pembacaan manuskrip dengan teliti, iaitu membaca perkataan demi perkataan, huruf demi huruf, ayat demi ayat, baris demi baris, perenggan demi perenggan bagi memastikan ketepatan fakta, keselarasan gaya, dan kebolehbacaan Penyuntingan kopi dilakukan selepas penyuntingan substantif

28 KAEDAH/TEKNIK PENYUNTINGAN KOPI
Perkara yg perlu diberikan tumpuan: Fakta Bahasa diksi tatabahasa pembinaan ayat pemerengganan ejaan istilah Tanda baca Singkatan dan simbol Huruf besar dan huruf condong

29 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "DEFINISI PUISI Za’ba Mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai “khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yg indah, dan."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google