Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KBD MODUL SIRAH NABAWIYAH.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KBD MODUL SIRAH NABAWIYAH."— Transcript presentasi:

1 KBD MODUL SIRAH NABAWIYAH

2 TAKRIF SIRAH NABAWIYAH
Sudut Bahas: Sirah: Keadaan, sunnah dan metode. Sirah seseorang ertinya lembaran aktivitinya & dasar perilakunya di kalangan manusia.

3 Sudut Istilah: Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w semenjak beliau lahir sehingga beliau wafat. Termasuk berbagai peristiwa penting dan peperangan yang terjadi pada saat itu .

4 TUNTUTAN MEMEPELAJARI SIRAH NABAWIYAH
Termasuk perkara yang dituntut. Firman Allah s.w.t : “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w suri teladan yang baik bagi kamu(iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan(kedatangan) hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah” (al-Ahzab:21)

5 KEISTIMEWAAN SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Antara sirah yang terbaik antara sirah para nabi & rasul. Peristiwa yang terjadi jelas dan unik sejak pernikahan ayah dan ibunya. Adalah gambaran seorang manusia biasa yang dimuliakan oleh Allah dengan risalah . Merupakan teladan untuk segenap aspek kehidupan manusia. Merupakan catatan sejarah yang lengkap tentang perjalanan seorang manusia yang berdakwah.

6 Merupakan usaha dan ikhtiar yang sempurna yang mampu dilakukan manusia dalam menyebarkan dakwah tauhid. Penuh dengan keutamaan dan keistimewaan yang boleh dijadikan sumber nasihat & pelajaran untuk mencari keradaan Allah.

7 TUJUAN MEMPELAJARI Mempelajari tatacara menjalankan syariat Allah sesuai dengan kitab Allah & sunnah Rasul-Nya. Membuktikan cinta kepada Rasulullah s.a.w. Mencapai kejayaan dalam berdakwah. Mendapatkan hidayah dalam meniti al-sirat al-muataqim. Meneladani akhlak Rasulullah s.a.w yang mulia.

8 PERCIKAN KATA! Abdul Muttalib Abdullah Abrahah Aminah Binte Wahab
Tahun Gajah Abu Thalib

9 PERKARA YANG AKAN DIPELAJARI
Memahami kehidupan awal Rasulullah sebelum menjadi Nabi

10 SEBELUM MENJADI NABI Seorang anak yatim piatu.
Ayah meninggal semasa dalam kandungan. Ibu susuan: Thuwaibah & Halimah bint Abi-Dhua’ib. Ketika berusia 3 tahun di datangi 2 malaikat membelah dada. Ibu meninggal ketika berusia 6 tahun. Di asuh oleh datuknya kemudian pakciknya.

11 Mengembala kambing pada usia remaja.
Menyertai peperangan Al-Fijar ketika usia Menghuraikan perbalahan antara puak-puak Quraisy. Dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah . Menguruskan perniagaan Khadijah .

12 SOALAN Dari cerita-cerita tadi, jelaskan 5 sifat Rasulullulah sebelum menjadi nabi.

13 PERISTIWA SEJARAH Bani Hasyim merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia. Manakala Quraisy pula adalah kabilah 'Arab yang paling mulia dan berketurunan bersih. Mereka juga memiliki kedudukan yang paling tinggi di kalangan bangsa Arab.

14 Rasulullah s.a.w. menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di perkampungan Bani Saad. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik sekalipun masih kecil usianya. Bakat-bakat Baginda terasah dalam kemurnian dan keheningan padang pasir, dibawah kilauan pancaran matahari dan udara yang bersih.

15 Pada awal remaja, Baginda s. a. w
Pada awal remaja, Baginda s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar). Kemudian, apabila umur Baginda mencapai 25 tahun, Baginda berniaga untuk Khadijah binti Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran upah.

16 Baginda s.a.w. tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah dalam bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalam gejala tersebut.

17 Semasa usia remajanya,Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur.Baginda hanya terjaga setelah matahari panas terik.

18 Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat.

19 Baginda bermusafir keluar dari Makkah sebanyak dua kali
Baginda bermusafir keluar dari Makkah sebanyak dua kali. Pertama, bersama bapasaudara Baginda, Abu Talib ketika berusia 12 tahun. Kedua, ketika berusia 25 tahun, sebagai peniaga kepada harta dagangan Khadijah. Kedua-dua destinasi perjalanan ini ialah kota Busradi Syam. Dalam kedua-dua perjalanan ini, Baginda mendengar perbualan para peniaga,melihat kesan-kesan negara yang dilaluinya, juga adat-adat yang diamalkan oleh penduduknya.

20 Beberapa tahun sebelum diutuskan sebagai Nabi, Allah telah menimbulkan rasa cinta kepada Baginda s.a.w., untuk pergi ke Gua Hira (sebuah bukit yang berdekatan denganMakkah dan terletak di barat laut Makkah).

21 Baginda berkhalwah di dalamnya selama sebulan(iaitu dilakukan dalam bulan Ramadhan. pent.) kerana memikirkan tanda-tanda kebesaranAllah dan kehebatan kekuasaan-Nya. Perkara ini berterusan sehingga datang wahyu dan turunnya al-Quran al-Karim kepada Baginda.

22 FIKIR & BINCANGKAN Nabi Muhammad dilahirkan di kalangan keluarga yang mulia. Menjadi anak yatim piatu dalam usia yang muda. Pada usia yang muda dapat menghuraikan perbalahan antara kaum. Bekerja sebagai pengembala kambing. Usia remaja sudah boleh menguruskan perniagaan .

23 APAKAH HIKMAH DISEBALIK PERKARA-PERKARA TERSEBUT?


Download ppt "KBD MODUL SIRAH NABAWIYAH."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google