Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MINGGU 12 Sintaksis.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MINGGU 12 Sintaksis."— Transcript presentasi:

1 MINGGU 12 Sintaksis

2 HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: > merumuskan maksud sintaksis > mengenal pasti ayat, klausa dan frasa > menentukan proses sintaksis dan jenis ayat > membedakan ayat gabungan dengan ayat pancangan

3 SINTAKSIS Sintaksis berasal daripada bahasa Yunani suntattein:
sun = dengan, tattein = menempatkan Menempatkan kata menjadi kelompok kata/ayat Dalam bahasa Inggeris disebut syntax, dan dalam bahasa Belanda disebut syntaxis. Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang membicarakan susunan kata dalam ayat . Pengkajian sintaksis lebih ideal jika digunakan pendekatan struktural, formal, dan fungsi. Ketiga-tiga pendekatan ini akan menentukan ketepatan sintaksis. 333

4 AYAT, KLAUSA, FRASA Ayat: satuan gramatis yang didahului dan diakhiri oleh kesenyapan akhir dan berfungsi dalam ujaran. Klausa: terdiri daripada satu ayat atau bahagian ayat, bahagian ayat itu menjadi sumber yang utuh, inti klausa ialah predikat. Frasa: satu konstituen yang berasaskan unsur suprasegmental, iaitu jeda. Contoh: Kini kita perlu berdikari Ayat ini terdiri daripada dua kata, dan satu frasa, iaitu: kini = kata kita = kata perlu berdikari = frasa

5 Puteri raja itu menangis di dalam istana
RAJAH POHON Puteri raja itu menangis di dalam istana Puteri raja ini menangis di dalam istana Puteri raja menangis di dalam istana Puteri raja itu di dalam istana > Setiap unsur bergabung dengan unsur yang paling rapat dari segi makna dan membentuk struktur unsur dalam ayat. Struktur yang bergabung secara mendatar akan membentuk struktur bertingkat.

6 Anak gadis itu tidur di dalam kelambu (A)
PENANDA FRASA Rajah pohon boleh dipermudah dengan memasukkan label tertentu untuk mewakili kategori sintaksis Anak gadis itu tidur di dalam kelambu (A) Anak gadis itu (FN) tidur di dalam kelambu (FKJ) Anak gadis(FN) tidur (KKJ) di dalam kelambu (FSN) Anak (KN) gadis (KN) itu (Ktunj) di dalam (KSN) kelambu (KN)

7 PENANDA FRASA Dengan menggunakan simbol, frasa yang panjang dapat dihilangkan. Setiap unsur dalam rajah pohon telah dilabelkan dengan simbol. Label inilah yang dinamakan penanda frasa (phrase marker). A FN FKJ KN Ktunj KKJ FSN Anak gadis itu tidur di dalam kelambu

8 STRUKTUR AYAT Ayat BM mempunyai struktur atau tatacara tertentu untuk diterima sebagai ayat BM yang baik. Contoh: > Mahasiswa menghantarkan kerja kursus kepada pensyarahnya (ayat gramatis) > Suami menghadiahkan kereta kepada isterinya (ayat gramatis). > Hanya senyuman yang dapat kuberikan padamu (ayat gramatis). > Mahasiswa kepada kerja kursus menghantarkan pensyarahnya (ayat tidak gramatis). > Kereta menghadiahkan isterinya kepada suami (ayat tidak gramatis) > Senyuman yang hanya dapat kuberikan padamu (ayat tidak gramatis)

9 KELOMPOK KATA Struktur ayat mempunyai kelompok tertentu. > Benda (KN): Halimah, unta, sekolah, rumah, insan… > Perbuatan (KKJ): tunjuk, tendang, baling, hantar, minta… > Sifat (KAdj): mundur, wangi, sayang, malas, ceria… > Penghubung (KSN): daripada, ke, di, dalam, antara…

10 KELOMPOK KATA Kata jenis yang sama dapat menggantikan kelompoknya. Contoh: > Mahasiswa itu menduduki peperiksaan > Orang ini menduduki peperiksaan > Beliau menduduki peperiksaan > Kita menduduki peperiksaan Setiap kelompok menduduki posisi tertentu. Contoh: KN: awal ayat, selepas KKJ dan selepas KSN. > Isteri memasak nasi > Suami memancing ikan > Orang itu menjadi pramugari > Mahasiswi yang berbaju merah itu memberikan hadiah kepada buah hatinya. Demikian juga dengan kelompok kata yang lain, iaitu KKJ, KAdj dan KT.

11 UNSUR AYAT Satu kata akan bergabung dengan kata lain jika kata itu dapat membentuk unsur baharu yang bermakna. Contoh: Mahasiswi kedekut Mahasiswi + kedekut Urutan kata yang berfungsi sebagai unsur dalam struktur ayat dinamakan frasa. FN + FAdj + Ktunj Rumah + besar + itu FKJ + FN + FSN menembak + rusa + di hutan

12 KURUNGAN BERLABEL Kaedah lain yang digunakan untuk menandakan perkataan dan frasa ialah kurungan berlabel. [ [ [ anak gadis ] [ itu ] [ [ menangis ] [ A FN KN Ktunj FKJ KKJ FSN [ di dalam ] [ bilik ] KSN KN Cara ini dapat menunjukkan hubungan kata dengan kata atau frasa dengan frasa. Pemaparannya secara mendatar dan agak sukar difahami.

13 RUMUS STRUKTUR FRASA Struktur yang besar mengandung struktur yang lebih kecil. Berdasarkan rajah pohon atau kurungan berlabel, dapat disimpulkan: > FN terdiri daripada KN dan boleh diikuti KAdj dan Ktunj. > FKJ terdiri daripada KKJ dan boleh diikuti FN dan FSN. > FSN terdiri daripada KSN dan diikuti oleh FN. Kenyataan dalam rajah pohon itu dapat ditukar dalam bentuk rumus: > A FN - FKJ > FN KN - (KAdj) - (Ktunj) > FK KKJ - (FN) - (FSN) > FSN KSN - FN

14 LEKSIKON Sekumpulan kosa kata, senarai kata umum dalam kamus dan senarai kata khusus dalam glosari, dan kekayaan kata yang dimiliki oleh sesuatu bahasa. Leksikon yang sebenar terdapat dalam kamus minda manusia. Leksikon juga menyediakan maklumat tatabahasa supaya ayat yang gramatis sahaja dapat dihasilkan. Leksikon akan dimasukkan dalam rumus yang paling bawah dalam rajah pohon, iaitu dimasukkan bawah cabang yang sesuai dengan kategorinya. Leksikon akan disisipkan dalam RSF melalui rumus penyisipan leksikon untuk mewujudkan ayat yang gramatis.

15 PROSES SINTAKSIS Ayat dasar: ayat yang menjadi asas kepada ayat terbitan. Ayat dasar ayat penyata S + P FN S FKJ P Ayat dasar aktif tunggal Ayat dasar mementingkan pelaku Ayat dasar ayat mudah: (satu subjek + satu predikat) Contoh: Kakak ipar isteri kedua saya itu sedang membersihkan halaman rumahnya petang semalam.

16 PROSES SINTAKSIS Ayat dasar bersifat mujarad, iaitu masih berada dalam minda dan menjadi asas kepada pembentukan ayat. Sebelum ujaran, ayat perlu dicipta dalam minda. Apabila ayat itu diujarkan, maka perubahan bentuk terjadi. Perubahan inilah yang dinamakan terbitan atau transformasi. RSF LEKSIKON Struktur dalam [proses dalam fikiran] Proses transformasi Struktur luaran [perubahan daripada struktur asal]

17 AYAT TERBITAN Ayat yang telah berubah bentuk daripada mujarad kepada konkrit, dan perubahan struktur itu sendiri. Perubahan struktur bermaksud ayat itu berubah akibat proses penggabungan, pemancangan, pendepanan, pengguguran… Contoh: > Sudah remaja anak bujangnya > Masih belum masak buah yang tergantung itu? > Siapakah nama anda? > Naib Canselor akan menyampaikan sijil kepujian dan hadiah pada petang ini. > Pada malam ini, dia akan bernikah lagi. Perubahan ini juga dinamakan proses transformasi.

18 PEMINDAHAN Proses memindahkan suatu unsur kata / frasa ke suatu posisi baharu dalam ayat. Tujuannya untuk memfokuskan bahagian yang dipindahkan itu. Pemindahan yang lazim ialah pendepanan. Contoh: > Pergi ke bandarkah dia? > Sudahkah suaminya bangun? > Di Jakartakah orang itu tinggal? > Pergi ke bandar (kah) dia posisi asal pendepadan > Sudah (kah) suaminya bangun? > Di Jakarta (kah) orang itu tinggal? Jika dibuang kah, ayat tanya itu menjadi ayat penyata.

19 PELUASAN Peluasan ialah pemasukan atau penambahan ayat baharu kepada ayat yang sedia ada. Contoh: > Mahasiswi yang sedang termenung itu menangis > Mahasiswi itu menangis Mahasiswi sedang termenung Ini ialah ayat pancangan. Mahasiswi sedang termenung ialah ayat kecil yang dipancangkan pada ayat utama, iaitu mahasiswi itu menangis. Apabila subjek yang hendak dipancangkan itu sama dengan subjek dalam ayat utama, maka subjek ayat pancangan akan ditukar kepada bentuk relatif yang.

20 PENGHILANGAN Proses penghilangan sesuatu unsur, sama ada kata atau frasa dalam ayat. Tujuannya untuk mengelakkan unsur yang sama, mungkin subjek atau predikat. Contoh penghilangan predikat. > Saya dan Rugayah akan ke Thailand minggu hadapan, daripada ayat, Saya akan ke Thailand minggu hadapan dan ayat Rugayah akan ke Thailand minggu hadapan. Contoh penghilangan subjek. > Isterinya telah memasak nasi dan menyediakan kopi untuk makan malam, daripada ayat Isterinya telah memasak nasi untuk makan malam, dan Isterinya telah menyediakan kopi untuk makan malam.

21 AYAT GABUNGAN Suami memasak nasi, manakala isteri membasuh kain A A1 kh A2 Suami memasak manakala isterinya membasuh nasi kain Ayat di atas ialah gabungan dua ayat yang setara, iaitu Suami memasak nasi + Isteri membasuh kain Kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan kedua-dua ayat itu ialah manakala.

22 AYAT PANCANGAN Mahasiswi itu mengatakan bahawa dia berasa kesepian. A
FN FKJ KN Ktunj KKJ A1 Mahasiswi itu mengatakan bahawa dia berasa kesepian Ayat di atas ialah ayat pancangan dengan kata komplemen bahawa yang berfungsi sebagai penghubung. Ayat ini dikenali dengan nama ayat pancangan komplemen. Bahagian ayat kecil berfungsi sebagai FN objek kerana sebelum ayat itu wujud KKJT.

23 RAGAM AYAT Binaan ayat pelbagai bahasa melibatkan kejadian ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif mengandung KKJ yang mengutamakan subjek asal, sedangkan ayat pasif mengutamakan subjek terbitan. Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif melibatkan perpindahan tempat FN sebagai subjek dan objek ayat. Contoh: > Hassan menendang bola itu: Bola itu ditendang (oleh) Hassan. > Minah read the book: The book was read by Minah

24 JENIS AYAT Kita dapat membedakan pembinaan ayat melalui jenisnya. Dalam kebanyakan bahasa, ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu: > ayat penyata > ayat tanya > ayat perintah > ayat seruan.

25 AYAT PENYATA Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara. Oleh itu, ayat ini dikenali juga dengan nama ayat keterangan dan ayat berita. Contoh: > Sahabat saya seorang budayawan > Cempaka ini wangi > Yang di atas bukit itu rumah hantu > Mahasiswi ini selalu tersenyum > Guru mengajarkan bahasa Urdu kepada muridnya > Yang merah itu buah hatiku. > Siya ay makabagong babae.

26 AYAT TANYA Ayat untuk tujuan mengemukakan sesuatu pertanyaan. Pada umumnya, ayat tanya dalam kebayakan bahasa dapat dibahagikan kepada dua, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya, dan ayat tanya dengan kata tanya. Contoh: Adik masih sakit? Yang berkopiah itu suaminya? Anggunkah pakaiannya? Anda sudah berumah tangga? Siapakah isterinya? Who lives in this house? Ang babae ba ay mabait?

27 AYAT PERINTAH Ayat yang diucapkan untuk tujuan memberi arahan atau menimbulkan suatu tindakan. Ayat ini dapat diucapkan sama ada dalam bentuk suruhan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh: > Masukkan surat ke dalam sampul dengan segera. > Tolong selak kain itu. > Please come in > Read the book now. > No smoking in this room. > Menangislah sepuas-puasnya

28 AYAT SERUAN Ayat yang diucapkan secara bernada seru untuk menyatakan keadaan perasaan, seperti marah, geram, takut, takjub, dan sebagainya. Biasanya, dalam tulisan, ayat seruan berakhir dengan tanda seru (!). Contoh: > Oh, Tuhanku! > Amboi, mengancamnya! > My, what a fine day! > Wow, that’s a lovely dress! > Aduh, bisanya! > Nah, terimalah tikamanku ini!

29 KESIMPULAN Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji: > bentuk > struktur > binaan atau konstruksi ayat. Kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Proses sintaksis merangkumi penerbitan, pemindahan, peluasan dan penghilangan. Dari segi jenis, ayat terbahagi kepada empat jenis, iaitu ayat penyata, tanya, perintah dan seruan.


Download ppt "MINGGU 12 Sintaksis."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google