Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

ATRIBUSI SOSIAL PROF MADYA DR. MA’ROF REDZUAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "ATRIBUSI SOSIAL PROF MADYA DR. MA’ROF REDZUAN"— Transcript presentasi:

1 ATRIBUSI SOSIAL PROF MADYA DR. MA’ROF REDZUAN
Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM

2 PENGENALAN Manusia ingin mengenali siapa diri orang lain yang baru mereka kenali/ketahui. Manusia ingin membuat penilaian tentang diri orang lain, dari segi kepercayaan, sikap, nilai, motivasi etc. Manusia ingin membentuk persepsi/impresi terhadap orang lain. Dengan mengetahui siapa orang lain itu, dapat membantu manusia untuk bertindak terhadap mereka (seperti meramal dan mengawal tingkah laku mereka). Tindakan manusia terhadap orang lain itu adalah bergantung kepada persepsi mereka terhadap orang lain itu. Contoh: Kes hakim menjatuhkan hukuman; kes pemberian bantuan dalam kemalangan.

3

4 APA ITU ATRIBUSI SOSIAL?
AS merujuk kepada bagaimana kita cuba memahami dan menerangkan sebab-sebab tingkah laku orang lain. Mengapa? Dengan cara demikian kita dapat mengetahui siapa orang itu. Kita ingin tahu apakah ciri-ciri (atribut) tekal orang lain itu, dengan cara menganalisis sebab-sebab tingkah laku. Tingkah laku seseorang adalah dipengaruhi oleh tret/ciri seseorang itu. Dengan memahami sebab-sebab tingkah laku maka kita dapat memahami/mempersepsi orang tersebut. Persepsi sosial adalah dipengaruhi oleh pengetahuan tentang seseorang yang diperolehi melalui atribusi sosial.

5

6 MEMAHAMI SEBAB-SEBAB TINGKAH LAKU
Dengan memahami sebab-sebab tingkah laku seseorang, kita dapat membuat rumusan siapa orang tersebut. Bagaimana cara kita melakukannya? Analisa terhadap tindakan yang menggambarkan pembawaan. Atribusi sosial berdasarkan tingkah laku yang memberi banyak maklumat AS berdasarkan ciri-ciri tidak lazim.

7 Analisis terhadap tindakan
Dengan memerhatikan ciri-ciri fizikal kadang kala kurang bermakna dalam menerangkan siapa seseorang itu. Menurut Jones dan Davis, kita cuba menganalisis dengan cara mengundur ke belakang – daripada kesan-kesan tingkah laku sehingga kepada membawa kesimpulan (tret) siapa orang berkenaan. Lihat rajah. Walau bagaimana pun hanya tingkah laku yang didorong oleh situasi dalaman (diri manusia) dan bukan situasi luaran (faktor keadaan) yang mampu menerangkan siapa orang tersebut.

8

9 Tingkah laku yang memberi banyak maklumat
Banyak tingkah laku seseorang kadang kala tidak mampu menerangkan siapa seseorang itu. Terdapat tingkah laku tertentu banyak memberikan maklumat tentang orang itu. Contoh: wanita kahwin dengan lelaki kaya, kacak, berpersonaliti menarik); dan wanita kahwin dengan lelaki kaya, hodoh, berpersonaliti jahat. Sebab perkahwinan boleh dijadikan maklumat untuk menerangkan siapa wanita itu.

10 Berdasarkan ciri-ciri tidak lazim
Tingkah laku normal /lazim agak sukar untuk menjelaskan siapa seseorang itu. Tetapi tingkah laku yang tidak lazim / lain daripada kebiasaan mudah untuk digunakan bagi menyimpulkan tentang diri seseorang. Tingkah laku yang tidak diterima oleh kebudayaan mudah menjelaskan siapa orang berkenaan.

11 ATRIBUSI SEBAB-AKIBAT
Teori oleh Harold Kelley: sebab dalaman sesuatu tingkah laku berguna untuk menerangkan diri seseorang berbanding dengan sebab luaran. Sebab dalaman: faktor yang berasal daripada diri seseorang itu. Contohnya, niat sengaja, kehendak – dapat menerangkan siapa manusia itu. Sebab luaran: faktor yang berasal daripada luar (situasi) diri seseorang itu. Contoh, arahan orang lain, persekitaran – kurang dapat menerangkan siapa manusia itu, Atribusi sebab: Untuk menerangkan diri seseorang perlu terlebih dahulu tentukan faktor tingkah laku, sebab luaran atau sebab dalaman.

12 Teori Sebab-Akibat Harold Kelley
Untuk mengenal pasti sama ada sumber tinkah laku itu daripada faktor dalaman atau faktor luaran. Mengambil kira ketekalan (konsistensi) – sama ada bertingkah laku sama terhadap rangsangan walaupun dalam situasi yang berbeza. Mengambil kira sifat tersendiri (distintiveness) – sama ada bertingkah laku yang sama walaupun pada rangsangan yang berbeza. Mengambil kira sepersetujuan (konsensus) – sama ada orang lain bertingkah yang sama adalah situasi dan rangsangan yang sama.

13

14 Mengapa perlu menentukan sebab tingkah laku
Mempastikan sebab dalaman atau luaran tingkah laku adalah penting. Mempengaruhi persepsi terhadap seseorang Mempengaruhi tindakan terhadap seseorang Mengubah tindakan daripada positif kepada negatif dan sebaliknya terhadap seseorang. Dalam kita memberikan bantuan/pertolongan; hukuman; simpati etc. dipengaruhi oleh atribusi yang kita lakukan terhadap orang tersebut.

15

16 Kritikan kepada Teori Kelley
Kritikan daripada Laljee. Walaupun kelihatan sebab tingkah laku akibat faktor luaran, tetapi sekiranya diteliti ia disebabkan oleh faktor dalaman. Konsep ketekalan merujuk kepada kekerapan bertingkah laku. Tetapi konsep kekerapan ini relatif. Laljee mencadangkan: perlu menyediakan banyak hipotesis dalam menerangkan sesuatu tingkah laku.

17 BIAS-BIAS DALAM PROSES ATRIBUSI
Dalam melakukan atribusi, manusia kadang bersifat bias, tidak objektif. Apabila kita berjaya kita kata kerana faktor dalaman, tetapi kalau gagal kita kata faktor luaran.

18

19

20 Perbezaan Atribusi Pelaku dan Pemerhati
Jones dan Nisbet Menerangkan tingkah laku orang lain: Tingkah laku negatif disebabkan oleh faktor dalaman. Tingkah laku positif disebabkan oleh faktor luaran Menerangkan tingkah laku sendiri: Tingkah laku negatif disebabkan oleh faktor luaran Tingkah laku positif disebabkan oleh faktor dalaman Menapa berlaku perbezaan Hipotesis penumpuan persepsi Pelaku mempunyai lebih banyak maklumat mengenai dirinya berbanding pemerhati Pemerhati biasanya berminat untuk memperolehi maklumat yang boleh diguna untuk meramal tingkah laku pelaku di masa akan datang

21 Mengapa Berlaku Bias Kepentingan Kendiri
Mengapa manusia mengatributkan faktor luaran kepada kegagalan dan faktor dalaman kepada kejayaan kendiri? Keperluan untuk memelihara dan memperkukuhkan harga-kendiri (mekanisme bela diri). Persepsi seseorang bagaimana dirinya dipersepsi oleh orang lain – pengurusan impresi (ingin kelihatan menarik pada mata orang lain). Apa itu bias egosentrik? Mengakui kejayaan kelompok adalah atas sebab tanggungjawabnya; sebaliknya kegagalan kelompok atas sebab tanggungjawab orang lain?

22 MEMBENTUK IMPRESI TERHADAP ORANG LAIN
Kita ingin tahu siapakah dia (sifat-sifat) orang yang baru kita temui/kenali/ketahui itu? Untuk itu kita kadang kala menggunakan tandasaran luaran/fizikal: pakaian, para muka etc. Dengan menggunakan kaedah sebab-akibat, kita cuba membentuk impresi terhadap orang lain. Bagaimana caranya? Perkiraan kognitif Purata timbangan Teori personaliti tersirat Kesan halo Kesilapan logik stereotaip

23

24

25

26 Perkiraan Kognitif Pertama: Menggabungkan maklumat-maklumat kecil menjadi lebih besar. Pengaruh kepada persepsi bergantung kepada mana maklumat yang lebih banyak: negatif atau positif? Kedua: memuratakan maklumat-maklumat. So, impresi terhadap seseorang bergantung: Kesemua maklumat mengenai orang itu (diberi pertimbangan mengikut kepentingan relatif) Kecenderungan untuk menilai maklumat sama ada secara positif atau negatif.

27 Model Purata Timbangan
Setiap maklumat mengenai orang lain mempunyai pengaruh yang berbeza-beza (kuat dan lemah pengaruhnya). Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan pengaruh maklumat itu? Tumpuan pada sumber yang lebih dipercayai Maklumat yang terawal (first impresion) Lebih tumpuan kepada tret-tret yang negatif Dipengaruhi oleh konteks di mana tingkah laku itu berlaku. Pembawaan manusia penilai itu: ciri-ciri peribadinya. Impresi terhadap orang lain boleh di letakkan di garisan kontinuum, negatif ke positif. Tegasnya, impresi seseorang terhadap orang lain tidak terbentuk secara sembarangan, tetapi melalui proses pemurataan.

28 Teori Personaliti Tersirat
Apabila kita telah mengenali diri seseorang, kita cenderung merumuskan bahawa tret-tretnya adalah selari antara satu dengan lain. Contoh: sekiranya kita dapati orang tersebut adalah mesra kita cenderung mengatakan/merumuskan bahawa orang tersebut adalah baik, penyayang, Tersirat bermaksud kita membuat generalisasi tanpa membuktikan kebenarannya.

29 Kesan Halo Penilaian positif terhadap seseorang menenggelamkan penilaian-penilaian negatif lain terhadap orang tersebut. “Cinta itu buta” . Perasaan cinta menenggelamkan tret-tret negatif yang lain. Penilain positif/negatif mempengaruhi tindakan penilaian generalisasi/menyeluruh tentang seseorang. Kesan halo mempunyai pengaruh yang kuat ke atas impresi menyeluruh. Ini merupakan bentuk bias, dan berbahaya: impresi pertama yang positif boleh menenggelamkan impresi-impresi negatif lain. Ia dapat menerangkan mengapa kita memberi layanan istimewa kepada rakan, sdr mara etc.

30 Kesilapan Logik Manusia kadang kala secara logik mengaitkan antara satu tret dengan tret yang lain, walaupun pada hakikatnya tidak ada perkaitan. Kita mengaitkan manusia yang pemarah itu sebagai jahat, pembenci orang, etc. Ini adalah dinamakan sebagai kesilapan logik: walaupun tidak adalah kaitan tetapi ianya secara lagik ada kaitan.

31 Stereotaip Untuk membuat impresi terhadap orang lain dengan menggunakan streotaip yang diberikan kepada kelompok orang tersebut. Setereotaip: kepercayaan umum yang diberikan kepada sesuatu kelompok; contoh: Melayu - pemalas, negro -ganas, etc. Impresi dibuatkan terhadap seseorang berdasarkan streotaip yang diberikan oleh Masyarakat terhadap kelompok orang tersebut. Tiga teori menerangkan stereotaip Pendekatan psikodinamik Pendekatan pembelajaran sosial Pendekatan kognitif

32 RUMUSAN Mansuia berminat mengetahui siapa orang yang baru dikenali.
Manusia menggunakan pelbagai kaedah untuk mengetahui siapa orang lain itu. Pengetahuan siapa orang lain itu penting untuk membolehkan manusia menguruskan oerang tersebut. Nanum demikian kadang kala manusia bersifat bias dalam menerangkan siapa orang lain itu.


Download ppt "ATRIBUSI SOSIAL PROF MADYA DR. MA’ROF REDZUAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google