Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Sijil Pengajian Al-Quran

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Sijil Pengajian Al-Quran"— Transcript presentasi:

1 Sijil Pengajian Al-Quran
WQ 823 Ulum al-Qur’an 2 Solat Jumaat

2 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَذَرُواْ ٱلۡبَيۡعَ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ)٩ ( فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَٱبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِ ٱللَّهِ وَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ )١٠(وَإِذَا رَأَوۡاْ تِجَـٰرَةً أَوۡ لَهۡوًا ٱنفَضُّوٓاْ إِلَيۡہَا وَتَرَكُوكَ قَآٮِٕمً۬ا‌ۚ قُلۡ مَا عِندَ ٱللَّهِ خَيۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهۡوِ وَمِنَ ٱلتِّجَـٰرَةِ‌ۚ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلرَّٲزِقِينَ )١١(

3 Wahai orang-orang yang beriman
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), (9) Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (10) Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad: Pahala, balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki. / (11)

4 Solat Jumaat Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah. Solat Jumaat itu hukumnya Fardhu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu. 1. يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَذَرُواْ ٱلۡبَيۡعَ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ )٩( "Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (masjid), untuk mengingati Allah (solat Jumaat) dan tinggalkanlah jualbeli. Demikian itu adalah lebih baik, jika kamu mengetahuinya" ayat 9 : Surah al-Jumaat

5 Ayat tadi jelas menunjukkan suatu kewajipan mingguan umat Islam iaitu segera menyahut panggilan solat Jumaat. Mereka wajib meninggalkan pekerjaan mereka demi untuk menghadirkan diri ke masjid untuk solat fardhu Jumaat. Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda: 2. "Menghadirkan solat jumaat itu adalah kewajipan setiap orang yang telah cukup umur baligh" - (Riwayat An-Nasa'i) 3. Sabda Rasulullah SAW: "Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." HR Abu Dawud & Hakim.

6 KHUTBAH JUMAAT Khutbah Jumaat adalah ucapan atau syarahan yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat yang mengandungi nasihat, peringatan, pengajaran kepada jemaah Jumaat. Khutbah Jumaat adalah salah satu drp syarat sah solat Jumaat, tanpanya, solat Jumaat tidak sah. Jadi, khutbah Jumaat itu adalah WAJIB. عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَة ِ قَائِمًا ثُمَّ يَجْلِسُ ثُمَّ يَقُوم "Dari Ibnu Umar RA meriyatkan bahawa Rasulullah SAW berkhutbah pada hari Jumaat secara berdiri, kemudian baginda duduk, kemudian baginda berdiri" Hadith riwayat Muslim

7 Kelebihan Hari Jumaat Hari Jumaat adalah hari yang paling afdal berbanding hari-hari yang lain, mahupun Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Penghulu segala hari adalah hari Jumaat. Ia merupakan hari yang paling agung di sisi Allah s.w.t, lebih besar kedudukannya dari Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha." Sebab kemuliaan hari Jumaat adalah seperti berikut: Allah s.w.t. mencipta Adam a.s. dan diturunkan ke bumi. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.” Adam a.s. diwafatkan.

8 Adanya sesaat di mana apabila seorang hamba itu memohon kepada Allah s
Adanya sesaat di mana apabila seorang hamba itu memohon kepada Allah s.w.t. pada hari itu, nescaya ia dikabulkan, selama mana ia bukanlah permintaan yang diharamkan. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Setiap malaikat yang hampir kepada Allah s.w.t, bumi, angin, laut, gunung-ganang dan pokok semuanya menanitkan hari Jumaat [disebabkan banyaknya pintu-pintu Rahmat dibuka pada hari itu, dan juga padanya Allah s.w.t. melimpah-ruahkan kurniaNya dan menaburkan kebaikanNya]," "Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, diangkat daripadanya azab kubur."

9 Syarat wajib solat Jumaat:
Islam - tidak wajib bagi orang kafir. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir. Syarat sah solat Jumaat: Didirikan di dalam waktu Zuhur. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu. Didahului dengan dua khutbah

10 Rukun-rukun khutbah Jumaat:
Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan "Allahamdulillah". Diikuti dengan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad." Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah." Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah." ataupun اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُســلِمِينَ وَالْمُسْـلِمَاتِ وَالْمُؤمِنِينَ وَالْمُؤمِنَات

11 SYARAT-SYARAT SAH KHUTBAH JUMAAT
1. Telah masuk waktu Zohor 2. Didahulukan bacaan Kutbah drp Solat Jumaat 3. Membaca rukun Khutbah dalam bahasa Arab 4. Dilakukan berturut-turut antara 2 khutbah dan antara khutbah  dgn solat Jumaat 5. Khatib hendaklah seorang lelaki 6. Khatib hendaklah berdiri jika mampu 7. Khatib hendaklah duduk sebentar antara 2 khutbah 8. Khatib hendaklah menutup aurat 9. Khutbah hendaklah disampaikan dgn jelas dan terang sehingga dapat didengar dan difahami oleh sekurang-kurangnya 40 orang jemaah Khatib hendaklah suci badan, pakaian dan tempat drp najis. 11. Khatib hendaklah suci drp hadas besar dan hadas kecil (berwudhuk)

12 Keuzuran: Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa: Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.

13 Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat
Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid. Memotong kuku. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai]. Bersugi. Memakai wangi-wangian. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik. Bersegera pergi ke masjid. Berniat iktikaf. Solat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan bersalawat atas Nabi.

14 HUKUM MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT
عَنْ أَبِي الْجَعْدِ الضَّمْرِيِّ وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ  أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya drp menerima petunjuk” Hadith riwayat Abu Daud لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمْ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُونُنَّ مِنْ الْغَافِلِينَ “Orang ramai hendaklah berhenti daripada melupakan solat Jumaat atau Allah menutup hati mereka, kemudian mereka termasuk dalam golongan yang lupa”. Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Nasai. لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلًا يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أُحَرِّقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُونَ عَنْ الْجُمُعَةِ بُيُوتَهُمْ “Aku bercadang untuk memerintahkan orang lain mengimamkan solat, kemudian membakar rumah-rumah mereka yang meninggalkan solat Jumaat”. Hadis riwayat Muslim dan Ahmad.

15 HUKUM SOLAT JUMAAT BAGI MUSLIMAT
Sabda Nabi SAW الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض Maksudnya: “Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit” Sabda Nabi SAW lagi من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً Maksudnya: “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit” Hukumnya Harus Harus boleh bertukar menjadi wajib


Download ppt "Sijil Pengajian Al-Quran"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google