Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

POSTUR PENTINGNYA POSTUR DALAM KEHIDUPAN Postur

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "POSTUR PENTINGNYA POSTUR DALAM KEHIDUPAN Postur"— Transcript presentasi:

1 POSTUR PENTINGNYA POSTUR DALAM KEHIDUPAN Postur Postur ialah pembawaan diri semasa kamu berjalan, berdiri, duduk dan berbaring. Postur yang baik berkait rapat dengan sistem rangka tulang, otot - otot dan peredaran darah. Selain itu, postur yang baik dan menarik juga dipengaruhi oleh beberapa faktor berikut. Antaranya termasuklah makan makanan yang seimbang; mendapat tidur yang cukup; mengambil perhatian terhadap langkah - langkah menjauhi penyakit; dan menjauhi dari masalah yang menyebabkan mental - emosi terganggu Semasa remaja, kita banyak melibatkan aktiviti fizikal harian dan mengalami perubahan fizikal. Oleh itu, postur yang baik amat penting bagi seseorang remaja. Postur yang baik terbentuk apabila ada kesejajaran di antara bahagian - bahagian badan seperti kepala, leher, dada, abdomen, paha, betis dan kaki.

2 i. Postur ketika duduk Gambarajah di bawah menunjukkan kesejajaran yang betul bagi bahagian - bahagian badan ketika duduk. Kepala dan punggung berada pada garisan lurus. Ini menunjukkan postur duduk yang betul. Manakala gambarajah kanan menunjukkan postur duduk yang tidak betul. Kepala dan punggung tidak berada pada garisan yang lurus. Apabila ini berlaku badan akan melengkok ke depan. Berat badan juga tidak disokong sepenuhnya oleh punggung.

3 ii. Postur ketika berdiri
Gambarajah di bawah menunjukkan postur yang betul bagi bahagian - bahagian badan. Kepala dan kaki berada di dalam garisan yang lurus. Seseorang yang mempunyai bahagian - bahagian badannya yang disejajarkan dengan sempurna dikatakan mempunyai postur berdiri yang terbaik. Manakala gambarajah kanan menunjukkan postur yang tidak betul. Ini menandakan bahawa postur tegak badan itu adalah buruk. Semua lengkok tulang belakang adalah berlebihan. Apabila lengkok ke hadapan seperti lengkok leher bertambah, lengkok ke belakang yang berikutnya, iaitu lengkok belakang akan semakin bertambah ke hala yang bertentangan untuk mengimbangkannya.

4 iii. Postur ketika berjalan
Ketika berjalan postur kamu adalah sama semasa kamu berdiri. Bezanya cuma kamu bergerak. Ketika berjalan, kaki kamu mestilah menghala ke depan. Kaki yang diletakkan mesti didahului dengan tumit. Berat badan ditumpukan dibahagaian tengah kaki supaya badan kamu di hadapan. Jangan berjalan dengan memberatkan badan ke tumit. Imbangan badan yang betul ketika berjalan ialah dengan melangkah betul - betul di tengah graviti setiap langkah. Ini boleh dilakukan dengan berjalan di atas garisan yang lurus (Rajah 1). Walaupun begitu keadaan berjalan seperti ini mengurangkan sokongan kakidan kekukuhan badan ketika berjalan. Di samping itu, tenaga yang lebih banyak diperlukan untuk mengorak langkah ke depan. Kamu boleh juga berjalan seperti Rajah 2 tetapi postur berjalan yang paling baik ialah seperti Rajah 3. Badan akan menjadi lebih kukuh dan langkah boleh diorak dengan lebih mudah. Manakala Rajah 4 menunjukkan postur berjalan yang tidak betul.


Download ppt "POSTUR PENTINGNYA POSTUR DALAM KEHIDUPAN Postur"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google