Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Tajuk : Maksud, Persoalan & Tema
2
Aspek-aspek Kajian Sajak
Bentuk Maksud Persoalan Tema Corak Aliran Nada Gaya bahasa Memprosa perutusan
3
Maksud Dalam menghuraikan maksud, kita mempunyai kebebasan mengikut fahaman masing-masing. Satu rangkap hendaklah dihuraikan dalam satu perenggan dengan huraian yang jelas dan terperinci. Setiap ayat, baris, perkataan simbolik dan sebagainya perlu diberikan maksud. Dengan kata lain, ianya menyampaikan suatu mesej dalam bentuk huraian biasa yang dipindahkan daripada satu sajak. Ada kalanya, latar belakang penulis sajak perlu diketahui bagi menyoking kefahaman pembaca.
4
Persoalan Sesebuah sajak selalunya mempunyai satu atau beberapa persoalan yang cuba diketengahkan oleh penulisnya. Biasanya satu rangkap mengandungi satu persoalan. Jika sajak itu mempunyai tiga rangkap, boleh jadi ia mempunyai tiga persoalan. Selalunya antara persoalan yang diketengahkan oleh penyajak adalah seperti kemiskinan, rasuah, kebebasan, sosial, cinta, ketuhanan, pelajaran, perperangan dan sebagainya. Untuk mendapatkan persoalan, langkah awal yang perlu dilakukan ialah memberikan maksud keseluruhan sajak.
5
Tema Tema ialah suatu ide (ekspresif) atau pemikiran (gagasan) pengkarya. Ianya tidak ditulis (bersifat abstrak). Tema diperolehi melalui huraian maksud dan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak itu. Dalam hal ini, persoalan yang paling penting boleh disimpulkan menjadi sebuah tema.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.