Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehYanti Setiabudi Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
DI SEDIAKAN OLEH : MOHD RIZAL BIN MOHTAR
PERGERAKAN LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR DI SEDIAKAN OLEH : MOHD RIZAL BIN MOHTAR
2
PERGERAKAN ASAS Pakar-pakar dalam pendidikan jasmani
( Gallahue, D.L.,1996; Gabbard, C.,LeBlanc,B.& Lowy,S.,1994; Burton, 1977 ) membahagikan pergerakan asas kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan manipulatif.
3
Pergerakan Asas Lokomotor Bukan lokomotor 1. Pergerakan ritma sekata
a. berjalan b. berlari c. melompat 2. Pergerakan ritma tidak sekata a. memanjat b. skip Membongkok Meregang Memusing Mengayun Rebah Menolak Menarik Mengelak
4
PERGERAKAN LOKOMOTOR Pergerakan yang memerlukan seseorang bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain. Dengan kata lain dasar menyokong pelaku pergerakan berubah mengikut pergerakan.
5
KEMAHIRAN LOKOMOTOR Kemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia dibahagikan kepada dua iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata
6
Lokomotor beritma sekata
1. Berjalan 2. Berlari 3. Melompat (mendarat dengan dua kaki) 4. Hop ( melompat dan mendarat dengan sebelah kaki ) 5. Leap ( melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang – seli )
7
Lokomotor beritma tidak sekata
1. Skip 2. Melongsor 3. Galop 4. Polka
8
CONTOH: LOKOMOTOR BERITMA SEKATA
Berjalan Postur = badan dan kepala tegak Kedudukan kaki = kaki rapat serta jari-jari kaki lurus ke hadapan Pemindahan berat badan = pemindahan bermula dari tumit ke bahagian luar tapak kaki, ke bebola kaki dan ke jari-jari untuk menolak.
9
4. Pergelangan Kaki, Lutut dan betul menyebabkan kelicinan di dalam
Pinggul Bengkok = Bengkok yang betul menyebabkan kelicinan di dalam pergerakan. 5. Hayunan tangan = Hayun dengan bebas dan licin berselang dengan kaki.
14
Contoh aktiviti-aktiviti
Berjalan bebas menggunakan ruang Berjalan dan berhenti bila isyarat diberi seperti wisel ditiupkan. Berjalan dengan kelajuan yang berbeza. Berjalan mengikut arus yang berlainan. Berjalan dengan langkah yang pendek dan panjang. Berjalan dengan badan tegang dan tidak tegang. Berjalan dan membentuk badan supaya menjadi gemuk atau kurus. Berjalan di atas jari-jari kaki.
15
PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan.
16
Kemahiran Bukan Lokomotor
Membongkok Meregang Memusing Mengayun Rebah Menolak Menarik Mengelak Bangkit Berbuai-buai atau bergerak dari kiri ke kanan dan sebaliknya.
18
Mengikut Burton (1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas. Sebagai contoh, pergerakan-pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di atas: 1. Merangkak – membongkok + berjalan 2. membaling – hayunan dengan tangan dibengkokkan + satu atau lebih langkah berjalan atau berlari.
19
3. Mendekam – rebah + membongkok, menolak dan menyokong.
4. Menguak – menolak + menarik ke kiri dan ke kanan. Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan
20
Contoh: Aktiviti Bukan Lokomotor
Membongkok Pergerakan ini membawa bahagian- bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi yang terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan di bengkok ke hadapan dan kebelakang sahaja. Manakala sendi bola dan soket pula membenarkan bahagian badan dibengkokkan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bulatan.
21
Meregang: Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi didefinisikan sebagai pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibelkan atau dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180 darjah.
22
Aktiviti-aktiviti untuk membengkok dan meregang
Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki kepada bahagian besar bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala, dan belakang. Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong.
23
Kesimpulan: Kemahiran asas seharusnya dipelajari dan dipraktikkan kerana ianya amat penting untuk memahirkan seseorang tentang sesuatu kemahiran dengan cara betul. Antara faktor mengapa perlu diajar kemahiran asas sejak dari kanak-kanak ialah untuk pembangunan sikap dan tabiat dan selain untuk memenuhi sifat ingin tahu kanak-kanak.
24
SEKIAN..
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.