Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
KATA BANTU
4
Kata Bantu Aspek Maksud Contoh Ayat Telah, sudah, pernah Menunjukkan perbuatan yang telah berlaku. 1. Kami sudah membaca buku itu. 2. Dia pernah bekerja di kedai itu. Sedang, masih, tengah Menunjukkan perbuatan yang sedang berlaku. 1. Khairi sedang menunggu kawannya di perhentian teksi. Akan, belum Menunjukkan perbuatan yang akan berlaku. 1. Mereka akan bertolak ke Pahang pada esok pagi.
5
Kata Bantu Ragam Maksud Contoh Ayat Hendak, mahu, ingin. Menunjukkan sesuatu keinginan atau tujuan. 1. Dia hendak membeli sebuah motosikal. Harus, mesti, perlu, wajib Menunjukkan perbuatan yang mesti dilakukan. 1. Murid-murid harus mematuhi peraturan sekolah. 2. Setiap warganegara mesti menjaga kebersihan alam sekitar. Boleh, dapat Menunjukkan keupayaan membuat sesuatu. 1. Kassim dapat mengangkat batu yang berat itu. Mungkin Menunjukkan perbuatan kebarangkalian atau kemungkinan. 1. Pegawai itu mungkin bersinggah di gerai makanan Medan Selera.
6
LATIHAN: Faiz______ menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Mereka_____ bertolak ke Kedah pada hari Jumaat. Murid-murid______ membersihkan bilik darjah mereka. Dia______ bertugas di Jabatan Penerangan. Siti________ menyiram pokok bunga di taman bunga. Para murid______ mematuhi peraturan sekolah. Ketekunan dan kerajinan_____ membantu seseorang itu mencapai kejayaan. Walaupun dihalang oleh ibu bapanya, Anis tetap____ menjadi seorang penyanyi. Dia_____ mendapat keputusan yang lebih baik jika dia tekun berusaha. Setiap murid______ menjaga kebersihan kelas masing-masing.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.