Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
RUMPUT
2
Sajak Baru saja hendak mendongak Aku sudah dipijak Baru saja hendak berbedak Diserbu debu menutup muka Cuaca panas angin kering Ditambah lagi bau busuk asap lori Sesak nafas bagai menunggu mati Mujur embun pagi membersih diri Baru saja tangan hendak menari Datang pemotong rumput Lalu dipotongnya jari doa Si pemotong rumput Cepat panjang Cepat dapat wang Nasib rumput di tepi jalan Tak sehijau rumput di padang
3
Maksud setiap rangkap Rangkap 1: Keluhan insan yang nasibnya diibaratkan seperti rumput. Sebelum sempat bangun, dia sudah ditindas oleh sesorang. Sebelum sempat menonjolkan kelebihan diri, dia dihina oleh orang lain. Namun demikian, masih ada yang bersimpati dengan kesusahan yang dihadapi. Rangkap 2: Sebelum sampai hajatnya untuk menunjukan bakat, ada pula yang memperlekehkan atau memperkecilkan bakatnya demi kepentingan dan keuntungan diri mereka semata-mata tanpa menghiraukan nasib golongan yang susah. Rangkap 3: Penyajak mengatakan rumput yang hidup di tepi jalan amat malang jika dibandingkan dengan rumput yang tumbuh di padang.
4
Tema Sajak ini bertemakan kemasyarakatan. Penyair cuba menyampaikan kehidupan masyarakat yang sering tertindas dan hidup tidak pernah bahagia. Mereka sering dilanda oleh bermacam-macam ancaman yang merosakkan hidup mereka.
5
Persoalan Masyarakat yang tertindas. Mereka terpaksa melalui kehidupan yang sukar sehingga membawa kepada penderitaan. Menerima pelbagai dugaan hidup. Pelbagai ancaman diterima oleh mereka setiap hari semata-mata untuk mencari rezeki yang halal. Taraf hidup yang tidak sama dengan golongan kaya. Masyarakat miskin yand sering ditindas dan tidak mendapat kehidupan yang lebih bahagia.
6
Bentuk Sajak mempunyai tiga rangkap.
Jumlah baris keseluruhan ialah 16 baris. Susunan perkataan dalam sebaris adalah 2 hingga 6 perkataan sebaris. Sajak ini dikategorikan sebagai sajak bebas.
7
Gaya Bahasa Pemilihan kata/diksi
Metafora: Gaya bahasa perbandingan ini dapat dilihat dalam angin kering, jari doa. Personifikasi: penyair menggunakan unsur penorangan untuk menyatakan pertandingan bahasa. Simile: Penyair menggunakan penanda bahasa, iaitu bagai. Sinkope: penyair juga menggunakan kata singkatan untuk memberikan kesan keindahan pada sajak.
8
Nilai Keadilan: Masyarakat yang hidup dalam keadaan tertindas inginkan keadilan supaya nasib mereka juga terjamin. Berdikari: Masyarakat miskin terpaksa berdikari untuk mencari rezeki yang halal. Hormat-menghormati: Golongan kaya perlu menghormati golongan miskin kerana mereka juga perlukan kehidupan yang selesa.
9
Pengajaran Kita mestilah berdikari untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Kita hendaklah menjadikan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain sebagai sebagai suatu budaya hidup. Kita mestilah memberikan keadilan kepada semua pihak.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.