Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

OLEH: FIRZANA AMNI HAZIQ FARIS

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "OLEH: FIRZANA AMNI HAZIQ FARIS"— Transcript presentasi:

1 OLEH: FIRZANA AMNI HAZIQ FARIS
SYAIR BURUNG NURI OLEH: FIRZANA AMNI HAZIQ FARIS

2 Apa itu syair? Syair merupakan sejenis puisi berlagu
Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu Namun begitu, A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar

3 Ciri-ciri syair terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap) syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun) setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan suku kata dalam satu baris

4 Bermula warkah surat rencana, Ikatan fakir yang sangat hina, Sajak dan nazam banyak tak kena, Daripada pendapat kurang sempurna. Hanyutlah badan ke sana ke mari, Segenap pesisir desa negeri, Bertambahlah pula sopan dan negeri, Santap nan tidak minum pun kari. Gerangan sungguh amatlah leta, Perinya akal gelap-gelita, Hemat pun rendah daif berserta, Tambahan badan miskin dan nista. Bangun terjunun badan suatu, Gundahlah fikir tiada tertentu, Laksana cermin jatuh ke batu, Remuk dan redam hancur di situ. Beribu ampun kiranya tuan, Atasnya hulu fakir nistawan, Daripada masyghul gundah merawan, Terperilah madah patik nin tuan. Dituliskan sahifah supaya nyata, Barang yang ghairah di dalam cinta, Terfikir-fikir bukan menderita, Dakwat dan kertas tempat berkata. Remuk dan redam rasanya hati, Lenyaplah fikir budi pekerti, Jikalau kiranya hamba turuti, Daripada hidup sebaiknya mati. Sudahlah nasib untung yang malang, Mengambah lautan berulang-ulang, Mudaratnya bukan lagi kepalang, Senantiasa di dalam nasib dan walang.

5 Tema Adab dalam kehidupan seseorang yang sering ditempuhi

6 Persoalan kebijaksanaan menyusun perancangan bagi memiliki orang yang kita cintai sikap merendah diri dalam kehidupan. keburukan sikap menurut perasaan ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup keperitan hidup orang yang serba kekurangan

7 Nilai Kebijaksanaan Merendah diri Rasional Ketabahan Kegigihan

8 Pengajaran Kita hendaklah bijak menyusun perancangan demi memikat orang yang kita cintai Kita hendaklah mengamalkan sikap merendah diri supaya orang lain tidak membenci diri kita Kita hendaklah rasional dalam membuat sesuatu tindakan agar tidak menyesal pada kemudian hari. Kita hendaklah tabah dalam menghadapi sikap dugaan dalam kehidupan

9 Gaya bahasa Inversi (ayat songsang)
Contoh: Dituliskan sahifah supaya nyata, Sepatutnya: sahifah dituliskan supaya nyata. Anafora (perulangan perkataan di awal baris) Remuk dan redam hancur di situ.      Remuk dan redam rasanya hati, Epifora (perulangan perkataan di akhir baris) negeri

10 Simile Laksana cermin jatuh ke batu, Sinkope Sajak dan nazam banyak tak kena Kata ganda Perinya akal gelap-gelita Diksi penggunaan Bahasa Arab Masygul


Download ppt "OLEH: FIRZANA AMNI HAZIQ FARIS"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google