Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

NURSHAMIN NAJWA NUR IRDYNA SOFEA NURUL ATHIRAH NURUL DAHLIA SALIHAH

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "NURSHAMIN NAJWA NUR IRDYNA SOFEA NURUL ATHIRAH NURUL DAHLIA SALIHAH"— Transcript presentasi:

1 NURSHAMIN NAJWA NUR IRDYNA SOFEA NURUL ATHIRAH NURUL DAHLIA SALIHAH
SYAIR BERBUAT JASA NURSHAMIN NAJWA NUR IRDYNA SOFEA NURUL ATHIRAH NURUL DAHLIA SALIHAH

2 Buatlah baik ayuhai rakan, Ke dalam laut kamu campakkan,
Buatlah jasa wahai teruna, Hidupmu biar memberi guna, Kamu yang mati jasa tak fana, Asalkan buahnya elok sempurna. Banyakkan khidmat besar dan seni, Serahkan kepada Tuhan Rabbani, Jasa yang kekal berfaedah murni, Umur yang kedua bagi insani. Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama, Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lama. Buatlah baik sedaya upaya, Hidup berbakti memberi cahaya, Sumbu pelita tidak sia-sia, Terbakar dirinya menerangi raya. Jangan menilik balas dan puji, Ataupun pahalanya dikaji-kaji, Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji. Pahala dan balas jangan dihitung, Ataupun bintang di dada beruntung, Asalkan jasamu padat berdentung, Cukuplah di situ mulai tergantung. Buatlah baik ayuhai rakan, Ke dalam laut kamu campakkan, Jikalau tidak dikenal ikan, Tuhan tahu iakah bukan.

3 MAKSUD SETIAP RANGKAP R1: Generasi muda disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa mereka tetap akan dikenang meskipun mereka sudah tiada. R2 : Penyair mengajak kita supaya berbuat jasa dan berserah kepada Tuhan kerana setiap jasa yang kita curahkan akan menerima balasan di akhirat kelak. R3 : Penyair mengingatkan kita supaya tidak mensia-siakan kehidupan, sebaliknya berbuat jasa kerana jasa yang kita tinggalkan akan dikenang selama-lamanya. R4 : Penyair menyeru kita agar bersungguh-sungguh berbuat jasa supaya segala kebaikan daripada jasa kita itu dapat dimanfaatkan oleh orang lain. R5 : Penyair menegah kita mengharapkan balasan dan pujian daripada jasa yang kita tabur kerana harapan sedemikian akan menyebabkan timbulnya perasaan tamak dalam diri kita.

4 R6 : Penyair mengingatkan kita agar tidak mengharapkan balasan dan penghormatan sebaliknya memadailah jasa yang kita curahkan itu dapat dimanfaatkan. R7 : Penyair mengajak kita supaya sentiasa berbuat baik walaupun perbuatan kita itu tidak diketahui orang kerana Tuhan lebih mengetahui segala perbuatan yang telah kita lakukan.

5 tema Pentingnya berbuat jasa

6 Persoalan Keikhlasan dalam melakukan pengorbanan
Berhati – hati ketika menerima sebarang pujian budi yang baik akan berkekalan selama - lamanya

7 bentuk Bentuknya terikat Terdiri daripada tujuh rangkap
Berisi empat baris setiap rangkap Semua baris merupakan maksud Bilanagn katanya tiga hingga enam patah kata sebaris Terdiri daripada Sembilan hingga dua belas suku kata dalam sebaris Rima akhirnya aaaa

8 Gaya Bahasa dan keindahan bunyi
Sinkope. Contohnya, tak. Inversi. Contohnya, hidup manusia jangan percuma (sepatutnya Jangan percuma hidup manusia) Bahasa Arab. Contohnya, Tuhan Rabbani. Perlambangan. Contohnya, buahnya; sumbu pelita Kata ganda. Contohnya, selama – lamanya; dikaji – kaji; sia – sia. Repetisi. Contohnya, buatlah. Asonansi (perulangan vocal a). Contohnya, buatlah baik sedaya upaya. Aliterasi (perulanagn konsonan t). Contohnya, Tuhan tahu iakah bukan.

9 nilai Keikhlasan. Contohnya, setiap perbuatan baik dilakukan dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Mengenang jasa. Contohnya, jasa baik yang ditabur wajarlah dikenang sepanjang hayat kerana jasa itu memeberikan manfaat kepada kehidupan. Rasional. Contohnya, sikap rasional yang diterapkan dalam diri dapat menjamin kesejahteraan hidup yang berpanjangan.

10 Pengajaran Kita haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya beroleh keberkatan. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah menabur jasa kepada kita agar hubungan yang terjalin akan berkekalan. Kita hendaklah bersikap rasional dengan mempertimbangkan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara sebelum mengambil sebarang tindakan.


Download ppt "NURSHAMIN NAJWA NUR IRDYNA SOFEA NURUL ATHIRAH NURUL DAHLIA SALIHAH"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google