Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
BAB 8 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM
Dsd
2
Pengenalan Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan ilmu dan pendidikan. Islam adalah satu-satunya agama yang amat menitikberatkan kemajuan ilmu dan pendidikan.
3
Definisi Pendidikan Dalam bahasa Melayu:
-didik yang bermaksud ‘jaga’,`pelihara’ atau ‘ajar’. Pendidikan ialah proses menyerapkan ilmu pengetahuan dalam bentuk teori serta melakukan latihan bagi membentuk peribadi dan watak serta mencungkil bakat yang terpendam.
4
Dari sudut istilah: Pendidikan Islam adalah satu proses pembentukan keperibadian manusia menjadi khalifah Allah yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh bersumberkan al-Quran dan Sunnah. Dalam bahasa Arab: -`ta’dib’(addaba). -takrif ini menjelaskan hubungan rapat antara pendidikan dan adab.
5
Hadis Nabi Muhammad s.a.w bermaksud:
“Tuhan telah mendidikku dan menjadikan pendidikanku yang terbaik.” Pendidikan dalam Islam merujuk kepada pendidikan nabi dan rasul(adab). Tujuan adab adalah untuk mendidik manusia yang pelupa (an-nisyan) mengenal Allah dan menghindar manusia menjadi zalim dan jahil. Pendidikan Islam dalam bahasa Arab: -`tarbiyyah’ berasal dari perkataan Rabb (Tuhan) dan murabbi(pendidik). -`ta’lim’ bermaksud mengajar.
6
Pendapat tokoh: (a) Ibn Jamaah Sistem yang bertanggungjawab memberikan ilmu pengetahuan; membolehkan seseorang membentuk keperibadian yang baik; membersihkan hati dan jiwa. (b) Dr.Zaki Salleh Proses yang membawa perubahan kepada manusia;kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat dan berdasarkan petunjuk al-Quran dan hadis. (c) Dr.Hassan Langgulung Terbahagi kepada 2 definisi: 1. Pengertian yang besar dan luas bermaksud meliputi semua aktiviti manusia. 2. Pengertian yang kecil iaitu aktiviti manusia untuk memelihara kelangsungan hidup sebagai individu dan masyarakat.
7
Kesimpulan: pendidikan Islam menekankan:
a)pendidikan seumur hidup. b)pembangunan seluruh potensi manusia. c)menyampaikan 2 fungsi: -sebagai hamba Allah -sebagai khalifah Allah d)memakmurkan seluruh alam: -kesepaduan dan kesempurnaan iman -ilmu dan amal soleh
8
Falsafah pendidikan Islam
Sifatnya adalah bersepadu, menyeluruh dan seimbang. Kesempurnaan pendidikan Islam terpancar dari: -keseimbangan dan intergrasi antara roh, akal dan jasad. -keserasian antara ilmu, iman dan akal. -kesaksamaan antara dunia dan akhirat.
9
Falsafah pendidikan Islam:
Membentuk dan melahirkan insan kamil. Melahirkan masyarakat yang sempurna beriman,berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada Allah, diri, keluarga, masyarakat dan negara. Menanamkan semangat sanggup berjihad serta kekuatan jiwa Membina keupayaan berdikari. Melahirkan insan yang menjadikan Rasullullah s.a.w sebagai role model. Memupuk manusia yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh serta rasa cinta kepada Allah
10
membentuk insan yang melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.
mengembangkan bakat intelektual secara bebas berasaskan wahyu al-Quran dan hadis. Mengembangkan bakat individu sama ada rohani dan jasmani. Mendidik manusia sentiasa bersih(rohani dan jasmani). Proses pendidikan seumur hidup. Membimbing manusia untuk membina tamadun.
11
Tujuan pendidikan Islam
Tujuan Khas -perubahan melalui pendidikan. -dapat dilaksanakan di institusi pendidikan. Tujuan Am -mendapatkan keredhaan Allah. -membentuk akhlak yang mulia. -mempersiapkan kehidupan di dunia dan akhirat. Tujuan Akhir -mewujudkan kesempunaan diri
12
Kaedah pendidikan Islam
Berasaskan al-Quran. Kaedah Penceritaan -ilmu disampaikan melalui cara bercerita. Cerita umat zaman silam dalam al-Quran sebagai iktibar. Kaedah perbandingan -kaedah ini digunakan dalam Al-Quran untuk menyampaikan risalah. ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ “Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta, bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit, bagaimana ia ditinggikan binaannya.? Dan keadaan gunung-ganang, bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi, bagaimana ia dihamparkan?“(al-Ghashiyah: 17-20)
13
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ
Kaedah pengasahan bakat dan ketajaman akal -Allah menjadikan akal sebagai asas penerimaan segala bentuk pengajaran al-Quran -Al-Quran sentiasa mendidik akal fikiran manusia untuk berfikir sendiri dan menyelidik . ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai.”(al-A’araf:179)
14
Kaedah secara beransur-ansur
- Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun. - ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah meyentuh ajaran asas dalam Islam dan kisah teladan dari zaman silam. - ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Madinah menyentuh soal hukum dan peraturan.
15
Proses dan Implementasi Pendidikan dalam Islam
Meniru apa yang dilihat dan didengar. Peranan kebiasaan. Kekuatan fitrah kejadian manusia(akal dan nafsu). Melalui ganjaran dan balasan
16
Pendidikan Zaman Nabi Muhammad S.A.W
Membina Budaya Keilmuan di Tanah Arab Pendidikan rasmi sebelum Islam hampir tidak wujud di Tanah Arab . Masih buta huruf. Hanya 17 org yg boleh membaca & menulisMembina budaya keilmuan di tanah Arab. Kelahiran Islam mengubah nilai sosial dlm pendidikan. Kepentingan pendidikan dpt dilihat berdasarkan ayat 1 surah al-Alaq. Penekanan rasulullah terhadap pendidikan dapat dilihat misalnya - meminta tawanan perang Badar mengajar 10 kanak-kanak Islam di Madinah sehingga pandai membaca & menulis sebelum dibebaskan. Masjid institusi pendidikan pertama dizaman nabi Muhammad s.a.w
17
Pendidikan tidak formal di zaman Nabi Muhammad S.A.W.
Peringkat awal penyebaran Islam, nabi berdakwah secara senyap Rumah Arqam b Abi Arqam dipilih sebagai tempat orang Islam bertemu, menimba ilmu dan mempelajari ajaran Islam diturunkan melalui wahyu. Faktor menjadikan rumah Arqam (Darul Arqam) ialah: Faktor Hikmah Arqam masih muda Musyrikin Quraisy tidak akan menyangka golongan muda berminat dengan gerakan dakwah. Arqam adalah dari Bani Makhzum iaitu musuh kuat Bani Hasyim Musyrikin Quraisy tidak akan mengesyaki sesuatu jika nabi Muhammad s.a.w bergiat dikawasan musuhnya
18
Pendidikan di zaman Kulafa’ Ar-Rasyidin
a) madrasah2 yang wujud di Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin Madrasah Wakil / Guru Madrasah Makkah ● Mu’az bin Jabal Madrasah Madinah ● ‘Umar bin al-Khattab ● Zaid bin Thabit ● ‘Ali bin Abu Talib ● Abdullah bin ‘Umar Madrasah Basrah ● Abu Musa al-Asy’ari ● Anas bin Malik Madrasah Kufah ● Ali bin Abu Talib ● Abdullah bin Mas’ud Madrasah Damsyik ● Mu’az bin Jabal ● ‘Ubadah Abu Dar’da Madrasah Fustat ● Abdullah bin ‘Amru
19
b) Peringkat pendidikan di zaman Khalifah Ar-Rasyidin
Peringkat kuttab Membaca Menulis Menbaca dan menghafal al-Quran Asas-asas agama Islam (fardu ain) Peringkat menengah Tafsir al-Qur’an Peringkat tinggi Hadis Fikah
20
c) Pendidikan di zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
Khalifah Abu Bakar berusaha mengumpulkan seluruh ayat al-Quran yang diturunkan dalam masa 23 tahun pada zaman Rasullullah s.a.w. Cadangan Saidina ‘Umar al-Khattab Diamanahkan kepada Zaid bin Thabib al-Quran yang dikumpul dijadikan sumber pendidikan dan ilmu. Masjid dijadikan sebagai pusat pendidikan dan pusat pengajaran
21
d) Pendidikan di zaman Khalifah ‘Umar Al-Khattab
Guru-guru disediakan untuk mengajar pelbagai bidang ilmu dan dihantar di serata tempat dalam wilayah Islam Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid dalam wilayah islam Umat islam diwajibkan menghafal surah tertentu dalam al-Quran golongan yng menghafal deberi ganjaran sebagai galakan kepada mereka dan umat islam yang lain
22
e) Pendidikan di zaman Uthman bin Affan
Beliau telah mewujudkan sebuah naskah al-Quran yang standard mengikut bahasa Arab madinah Ini kerana ramai golongan mencatat sendiri kitab al-Quran mengikut susunan dan gaya bahasa daerah f) Pendidikan di zaman Khalifah Ali bin Abi Talib - beliau dianggap orang yang paling berilmu di kalangan para sahabat - pengetahuan tentang soal hukum sukar ditandingi
23
Pendidikan di zaman Bani Umaiyyah
pebagai institusi pengajian islam ditubuhkan: - istana, msjid, kuttab(pondok), rumah dll. Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan sering mengundang para cendikiawan ke istana untuk membincangkan tentang pelbagai ilmu pendidikan di istana dikhususkan kepada putera-putera khalifah mata pelajaran yang diajar ialah sejarah kesusasteraan, ilmu berpidato, tatasusila dan moral kuttab untuk orang awam dikenakan yuran pengajian ada kuttab dikhususkan untuk kanak-kanak miskin (kuttab as-Sabil) selepas peringkat kuttab terdapat peringkat halaqah (peringkat pendidikan tinggi) halaqah adalah sistem pendidikan tradisional di mana murid-murid berkumpul dalam bentuk bulatan mengelilingi guru yang mengajar
24
Pendidikan di zaman Bani Abbasiyyah
Penubuhan Bayt al-’Ilm (universiti) di Baghdad Terdapat perpustakaan yang agung yang dikenal Bayt al-Hikmah Bayt al-Hikmah menjadi perpustakaan pendidikan yang pertama di dunia yang seumpama dengannya Institusi ini turut menjalankan aktiviti penterjemahan buku-buku dalam bahasa asing ke dalam bahasa Arab
25
Institusi pendidikan di zaman Bani Abbasiyyah a) perpustakaan
- Sharif al-Radi - Masjid Zaydi - Dar al-Ilm - Khizanat Sabur (terbaik dunia) b) Kuttab, Madrasah dan maktab c) Universiti Baghdad
26
Pendidikan pada zaman Banni Umaiyyah di Sepanyol
- semasa kerajaan Andalusia menguasai sebahagian eropah, sistem pendidikan islam telah disemai - pelbagai institusi pendidikan didirikan seperti sekolah, maktab, perpustakaan dan universiti - sebuah sekolah kedoktoran dibina di Barlmo, Itali (yang pertama di eropah) - selepas kejatuhan kerajaan islam Andalusia ke tangan puak Norman (1091), tradisi tamadun islam khususnya sistem pendidikan masih dipertahankan
27
Pendidikan Islam di Alam Melayu ● pendidikan tidak normal ● pendidikan formal: - sekolah pondok
Tempat Panggilan Tanah melayu & selatan Thai Pondok Acheh & Pasai (utara sumatera) Dayah Minangkabau Surau Jawa Pesantren Sulawesi Pengajian
28
- antara yang terkenal di Tanah Melayu - Madrasah - Istana Raja - Masjid - Rumah alim ulama
Negeri Nama sekolah pondok Kelantan Pondok kubang Pasu Pondok Tok Kenali Terengganu Pondok Tok Ku Pulau Manis Pondok Hj. Wan Abdul Latif Kedah Pondok Batu 16 (Pak Ya)
29
Kesimpulan Pendidikan ialah menuntut ilmu dan wajib dituntut sama ada fardhu fardhu kifayah. Ini dapat disimpulkan bertapa pentingnya ilmu dan menuntut ilmu dalam islam - orang yang berilmu adalah orang yang bertaqwa.
30
Disediakan oleh : MUHAMMAD HAFIDZ BIN MUHAMMAD ZIN
ZUKIFLI BIN MUHAMMAD MOKTAR SRI AZWADI PUTRA BIN SRI PANJI DCS Seksyen 2
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.