Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BBM 5402 Kuliah 6 Bahasa Antara

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BBM 5402 Kuliah 6 Bahasa Antara"— Transcript presentasi:

1 BBM 5402 Kuliah 6 Bahasa Antara
Prof.Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM

2 Maksud 1. Jenis bahasa yang dihasilkan oleh penutur normal dalam proses belajar bahasa kedua atau bahasa asing. 2. sebagai “lingua franca”.

3 Bahasa antara adalah suatu sistem linguistik yang muncul yang telah dibangunkan oleh seorang pelajar bahasa kedua (atau L2) yang belum mahir dalam bahasa sasaran (target Language) lalu mempertahankan ciri-ciri bahasa pertama mereka (atau L1), atau generalisasi berlebihan terhadap bahasa sasaran dalam berbicara atau menulis dan mencipta inovasi. Suatu bahasa antara idiosyncratically ( bersifat kebiasaan peribadi) berdasarkan pengalaman belajar 'dengan L2 itu. Hal ini menimbulkan fosil dalam tahap perkembangan bahasa tersebut.

4 Peraturan bahasa antara dibentuk oleh beberapa faktor:
transfer L1, pemindahan latihan, strategi pembelajaran L2 (penyederhanaan misalnya), strategi komunikasi L2 (atau komunikasi strategi seperti belit), dan generalisasi yang berlebihan dari pola bahasa target.

5 Definisi Selinker (1972): merujuk kepada bahasa transisi yang biasa lahir daripada persekitaran pembelajaran bahasa pelajar secara urutan (successive acquisition) apabila pemboleh ubah sosiolinguistik utamanya ialah ketidakhadiran rakan sebaya yang merupakan penutur asli bahasa sasaran. Sekiranya pembelajaran tersebut tidak dikawal selia, sistem bahasa tersebut akan berkembang menjadi dialek dalam bentuknya tersendiri.

6 Ellis (1985) Menghuraikan bahasa antara sebagai pengetahuan bahasa kedua yang sistematik dan bebas daripada bahasa pertama dan bahasa kedua. Ellis (1994) menjelaskan antara "order" untuk merujuk pada pola di mana ciri-ciri bahasa yang berbeza akan dikuasai dan "urutan" untuk menunjukkan pola di mana sebuah ciri bahasa tertentu diperoleh.

7 Bahasa antara Selinker (1969), bahasa antara ialah sistem bahasa yang ada pada pelajar B2 yang belum menguasai B2. Selingker menggunakan istilah ini untuk menerangkan peringkat peralihan bahasa pelajar daripada B1 kepada B2. Mengikut Selinker, bahasa antara pelajar B2 ialah sesuatu yang dinamis dan tidak dapat dihuraikan dari segi B1 atau B2, walaupun dipengaruhi kedua-dua bahasa tersebut. Bahasa antara ialah peringkat-peringkat peralihan antara B1 dengan B2 dan sentiasa berubah-ubah semasa pemerolehan B2.

8 Lima proses utama yang dapat menerangkan bahasa antara - Selinker
Pemindahan bahasa: beberapa item, peraturan, dan subsistem bahasa antara kemungkinan akan terbentuk daripada pemindahan bahasa ibunda Pemindahan latihan: beberapa elemen bahasa antara kemungkinan akan terbentuk daripada sifat-sifat proses latihan yang digunakan untuk mengajar bahasa kedua.

9 Strategi pembelajaran bahasa kedua: beberapa elemen bahasa antara kemungkinan akan terbentuk daripada pendekatan berhubung bahan yang dipelajari. Strategi-strategi komunikasi bahasa kedua: beberapa elemen bahasa antara kemungkinan akan terbentuk daripada cara manusia belajar berkomunikasi dengan penutur-penutur jati bahasa sasaran. Generalisasi berlebihan bahan linguistik bahasa sasaran: beberapa elemen bahasa antara kemungkinan terbentuk daripada generalisasi berlebihan tentang peraturan dan sifat semantik bahasa sasaran.

10 Sifat bahasa antara Bersifat dinamis iaitu berubah-ubah dari semasa ke semasa. Menurut Corder (1981), sistem ini sementara dan mengalami perubahan dari semasa ke semasa Richards, 1974) proses pembelajaran bahasa ialah proses percubaan untuk membina andaian-andaian tentang bahasa sasaran. Justeru pelajar sentiasa mengubah sistem bahasa antara apabila didedahkan kepada unsur-unsur yang baharu.

11 3 peringkat sistem bahasa antara
Basilek- pelajar belum menghayati sistem bahasa kedua. Kesalahan dilakukan secara rambang. Kadangkala pelajar menghasilkan struktur bahasa yang betul tetapi tidak dapat menerangkan sebab mengunakan sesuatu struktur bahasa atau cara membetulkan kesalahan bahasanya.

12 Mesolek- kesalahan bahasa yang dilakukan pelajar adalah tetap
Mesolek- kesalahan bahasa yang dilakukan pelajar adalah tetap. Pelajar telah mempelajari sistem peraturan bahasa kedua tetapi belum menguasai bahasa bahasa tersebut. Apabila disuruh membetulkan kesalahan bahasa, pelajar tidak dapat melakukan pembetulan tetapi sedikit sebanyak dapat menerangkan sebab pelajar menggunakan bahasa tersebut. Terdapat 3 peringkat mesoleh iaitu mesolek aras bawah, aras sederhana, dan aras tertinggi.

13 Akrolek Pelajar dapat menghasilkan bentuk-bentuk bahasa yang betul tetapi masih tidak mantap. Kesilapan berpunca daripada kurang perhatian atau terlupa. Sekiranya disuruh membetulkan kesilapan, pelajar dapat membuat pembetulan dan menerangkan peraturan tatabahasa yang betul.

14 Pemindahan bahasa Contoh: Two push one left one (Melayu)
I no see that boy, ma ( Cina) You go la yourself (India) Pemindahan latihan Dia guru besar itu banyak tegas Kamu ada, di bilik guru

15 Rumusan Bahasa antara – bahasa yang lahir hasil daripada pengaruh dan pengetahuan bahasa pertama dan bahasa kedua.Bersifat spontan, bermakna mengikut fahaman penuturnya, tidak mempunyai peraturannya yang tersendiri dan berlaku dalam konteks formal dan tidak formal.

16 Sekian, terima kasih


Download ppt "BBM 5402 Kuliah 6 Bahasa Antara"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google