Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK
BAB 1
2
OBJEKTIF BAB Setelah selesai mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
Mengenal konsep pengurusan strategik. Merumuskan perkembangan pengurusan strategik di kawasan Asia Pasifik. Memahami konteks pengurusan strategik. Menerangkan proses pengurusan strategik. Mengaitkan kepentingan pengurusan strategik kepada organisasi.
3
PENGENALAN Pengurusan strategik merupakan satu konsep yang asalnya ada kaitan dengan ketenteraan. Pengurusan strategik berkembang dari konsep strategi yang digunakan dalam organisasi ketenteraan. Perkataan strategy (strategi) berasal daripada perkataan Yunani (Greek), iaitu “strategos” yang bermaksud angkatan tentera darat dan kepimpinan.
4
PENGENALAN Mengikut Quinn (1980), konsep strategi dalam organisasi ketenteraan digunakan bagi pelbagai tujuan seperti merangka objektif organisasi, mengekal inisiatif, menentu sumber organisasi dan posisi pilihan, kefleksibelan, koordinasi serta komitmen. Penggunaan konsep asal strategi dalam konteks organisasi perniagaan juga adalah bagi mencapai tujuan-tujuan tersebut.
5
PENGENALAN Namun demikian, proses penyesuaian dan pengubahsuaian konsep asal strategi dalam konteks perniagaan telah menyebabkan bukan sahaja perubahan maksud asalnya, tetapi juga telah meningkatkan skop dan kompleksitinya.
6
PENGENALAN Dalam bidang pengurusan moden, penjelasan tentang konsep polisi dan strategi telah diutarakan oleh Henri Fayol dan Peter Drucker. Mengikut Daniel Wren (1994), Drucker merupakan ahli fikir pertama yang membentuk rangka asas dalam bidang polisi dan strategi yang mana ianya kemudian berkembang menjadi konsep pengurusan strategik. Penyelidikan empirikal dan kajian berasaskan teori terdahulu tentang pengurusan strategik telah dijalankan oleh para sarjana seperti Chandler (1962), Ansoff (1965) dan Andrew (1971). Pada peringkat awalnya, ahli-ahli fikir tersebut cuma menyifatkan pengurusan strategik sebagai satu proses penting bagi merangka strategi dalam organisasi-organisasi perniagaan yang besar sahaja.
7
PENGENALAN Pada masa yang sama, didapati konsep-konsep seperti strategi korporat, perancangan polisi, perancangan jangka panjang, perancangan korporat, perancangan strategik, dan proses membuat keputusan strategik digunakan secara silih berganti untuk merujuk kepada konsep pengurusan strategik. Perkara tersebut telah menyebabkan berlakunya kekeliruan serta percanggahan pendapat tentang maksud pengurusan strategik yang sebenarnya.
8
PENGENALAN Namum demikian, pada masa kini, kebanyakan daripada para sarjana dalam bidang pengurusan menganggap pengurusan strategik sebagai satu proses berterusan yang merangkumi tiga fasa, Pembentukan strategi Pelaksanaan strategi dan Penilaian, serta kawalan strategi.
9
PERKEMBANGAN PENGURUSAN STRATEGIK DI ASIA-PASIFIK
Mengikut Nakamura (1992), pengurusan strategik di Asia-Pasifik berkembang mengikut peringkatperingkat berikut: Peringkat 1 (Awal 1960-an) perancangan berbentuk keuntungan tahunan dan belanjawan tahunan. Konsep dan teknik ekstrapolatif perancangan jangka panjang yang Peringkat 2 (Pertengahan 1970-an hingga Pertengahan 1980-an) Amalan perancangan yang merangkumi perancangan strategik atau keusahawanan. Pengurusan portfolio Formulasi perancangan strategik pada tahap korporat Sedar tentang perlunya strategi berinteraksi, sistem perancangan dan struktur organisasi. Peringkat 3 (Lewat 1980-an hingga 1990-an) Falsafah korporat apabila mengamalkan pengurusan strategik. Berbeza antara nagara kerana perbezaan ciri-ciri negara dan keadaan ekonomi negara-negara tersebut.
10
PENTAKRIFAN PENGURUSAN STRATEGIK
Mintzberg (1987) mendakwa bahawa sebagai satu bidang yang kompleks, pengurusan strategik tidak boleh bergantung kepada satu definisi sahaja. Mengikut pakar strategi tersebut, pengurusan strategik memerlukan pengiktirafan eksplisit bahawa pelbagai definisi boleh membantu pengamal dan penyelidik mengendalikan bidang yang sukar ini.
11
PENTAKRIFAN PENGURUSAN STRATEGIK
Di samping itu, Smith et al. (1985) pula menyifatkan bahawa tidak ada satu pendekatan universal untuk memperkenal dan mengamalkan pengurusan strategik dalam sesebuah organisasi. Setiap organisasi itu mempunyai keunikan-keunikannya yang tersendiri (perbezaan dalam struktur, budaya, suasana persekitaran, keupayaan serta sumber dalaman, objektif dan misi). Walau bagaimanapun, Smith et. al. (1985) mendapati bahawa terdapat prinsip-prinsip asas dan amalan- amalan yang sama di kalangan sistem-sistem pengurusan strategik yang berjaya.
12
PENTAKRIFAN PENGURUSAN STRATEGIK
Wheelen dan Hunger (2002) menyifatkan pengurusan strategik sebagai sesuatu set keputusan pengurusan dan tindakan yang menentukan prestasi jangka panjang sesebuah korporat. Mengikut Wheelen dan Hunger, pengurusan strategik merupakan satu proses pengurusan berterusan yang merangkumi empat komponen penting iaitu, penelitian persekitaran, pembentukan strategi, pelaksanaan strategi, penilaian dan kawalan strategi.
13
Prentice Hall, Inc. ©2009
14
PENTAKRIFAN PENGURUSAN STRATEGIK
David (2001) mendefinisikan pengurusan strategik sebagai seni dan sains bagi merumus, melaksana dan menilai keputusan bersilang fungsian untuk membolehkan sesebuah organisasi mencapaikan objektif-objektifnya. Mengikut David, proses pengurusan strategik mempunyai tiga tahap iaitu, pembentukan strategi, pelaksanaan strategi, penilaian dan kawalan strategi.
15
PENTAKRIFAN PENGURUSAN STRATEGIK
Demikian juga, Thompson dan Strickland (2001) merujuk pengurusan strategik sebagai suatu proses di mana pengurus memastikan arah jangka panjang sesebuah organisasi, menentukan objektif prestasi yang khusus, merangka strategi untuk mencapai objektif tersebut dalam persekitaran dalaman serta luaran yang berkaitan dan juga melaksanakan perancangan tindakan yang telah dipilih.
16
PENTAKRIFAN PENGURUSAN STRATEGIK
Pearce dan Robinson (1991) mentakrifkan pengurusan strategik sebagai sesuatu set keputusan serta tindakan yang mengakibatkan formulasi, implementasi dan kawalan strategi yang dirangka bagi mencapai objektif sebuah organisasi. Definisi tersebut juga menekankan kepada ketiga-tiga fasa utama (formulasi, implementasi dan kawalan) dalam proses pengurusan strategik.
17
PENTAKRIFAN PENGURUSAN STRATEGIK
Montanari et al. (1990) menyifatkan pengurusan strategik sebagai satu proses komprehensif pengurusan sesebuah organisasi secara strategik bagi menghadapi permintaan suasana perniagaan yang berubah. Mengikut Montanari et al., pengurusan strategik bukan saja merangkumi elemen perancangan strategik, analisis persekitaran dan pembentukan strategi, malahan ianya termasuk pelaksanaan serta kawalan strategi.
18
PENTAKRIFAN PENGURUSAN STRATEGIK
Rue dan Holland (1989) mendefinisikan pengurusan strategik sebagai suatu proses yang mana pengurusan atasan menentukan arah jangka panjang dan prestasi organisasi. Rue dan Holland menekankan bahawa proses pengurusan strategik melibatkan formulasi secara berhati-hati, implementasi yang betul dan penilaian strategi yang berterusan. Di samping itu, ahli-ahli strategi tersebut juga memberi tumpuan kepada komponen seperti penentuan misi organisasi, pentakrifan perniagaan atau perniagaan yang akan diceburi, penentuan objektif, perangkaan, pelaksanaan dan pengawalan strategi, serta pengubah- suaian komponen tersebut jika diperlukan.
19
PENTAKRIFAN PENGURUSAN STRATEGIK
Akhirnya, Ansoff (1979) yang digelar sebagai bapa kepada pengurusan strategik, menganggap pengurusan strategik sebagai satu proses yang merangkumi perumusan strategi, perangkaan keupayaan firma serta pengurusan pelaksanaan strategi dan keupayaan tersebut. Mengikut beliau, pengurusan strategik perlu disokong oleh keupayaan yang boleh digunakan untuk menghadapi pergolakan persekitaran. Ansoff mendakwa bahawa keupayaan tersebut merangkumi budaya organisasi, ganjaran, struktur kuasa, maklumat, perancangan, sistem kawalan dan struktur organisasi. Ansoff juga berpendapat bahawa keupayaan tersebut juga saling memberi sokongan kepada sesebuah organisasi dalam menghadapi keadaan- keadaan mengejut dan ketidakpastian.
20
KONTEKS PENGURUSAN STRATEGIK
Proses pengurusan strategik melibatkan organisasi, pihak pengurusan dan persekitaran perniagaan secara menyeluruh. Sebagai satu sistem terbuka, sesebuah organisasi perlu memperolehi serta mengekalkan sumber-sumbernya. Untuk mendapatkan sumber-sumber keperluannya, organisasi tersebut perlu berhubung dengan persekitaran perniagaannya Perubahan berterusan dalam persekitaran perniagaan membuatkan sesebuah organisasi itu memerlukan pengurusan yang lebih berkesan seperti pengurusan strategik.
21
KONTEKS PENGURUSAN STRATEGIK
Sebagai suatu proses yang berkitar, pengurusan strategik juga mementingkan pembangunan dan pengekalan aset serta kemahiran, pemilihan strategi, dan arena persaingan yang memerlukan aset dan kemahiran yang boleh dijadikan kelebihan persaingan yang berkekalan (Aaker, 1989). Pengurusan strategik juga merupakan satu proses sistematik berasaskan sumber bagi membuat keputusan dalam sesebuah organisasi.
22
PROSES PENGURUSAN STRATEGIK
Pembentukan strategi Pelaksanaan strategi Penilaian dan kawalan strategi
23
PROSES PENGURUSAN STRATEGIK
Pembentukan strategi Proses pembentukan strategi termasuk mendefinisikan visi dan misi organisasi, penentuan objektif-objektif organisasi, pemilihan strategi-strategi (strategi korporat, strategi persaingan dan strategi fungsian) dan penentuan polisi-polisi organisasi. Maklumat-maklumat yang digunakan dalam pembentukan strategi diperolehi daripada proses penelitian persekitaran perniagaan. Penelitian persekitaran dilakukan bagi mengenal pasti peluang-peluang, ancaman-ancaman, kekuatan–kekuatan dan kelemahan-kelemahan organisasi.
24
PROSES PENGURUSAN STRATEGIK
Dalam fasa ini, sesebuah organisasi itu melaksanakan strategi-strategi dan polisi-polisi yang dipilih melalui program-program khusus, belanjawan dan prosedur- prosedur. Kejayaan pelaksanaan strategi dalam sesebuah organisasi itu bergantung kepada faktor-faktor seperti budaya organisasi, struktur organisasi dan sumber- sumber organisasi. Dalam pelaksanaan strategi, pihak pengurusan memastikan bahawa budaya organisasi, struktur organisasi, dan sumber-sumber organisasi menyokong strategi-strategi yang dilaksanakan.
25
PROSES PENGURUSAN STRATEGIK
Dalam fasa ini, prestasi sebenar sesebuah organisasi dinilai. Penilaian strategi melibatkan perolehan maklumat tentang jurang prestasi organisasi tersebut. Prestasi sebenar organisasi tersebut dibandingkan dengan objektif-objektif yang disasarkan. Jika didapati jurang yang luas, tindakan kawalan diambil bagi membaiki keadaan tersebut. Tindakan kawalan strategi melibatkan pengambilan langkah-langkah pembetulan yang diperlukan bagi menentukan prestasi organisasi mengikut perancangan strategik.
26
3 Tahap Analisis proses pengurusan strategik juga memberi penekanan kepada kepentingan mengumpul dan mengguna maklumat-maklumat secara berterusan. Para sarjana dalam bidang pengurusan strategik berpendapat bahawa analisis yang digunakan dalam proses pengurusan strategik meliputi tiga tahap. Ketiga-tiga tahap analisis itu adalah analisis luaran seperti analisis situasi industri, analisis situasi persaingan dan analisis dalaman (analisis situasi syarikat).
27
KEPENTINGAN PENGURUSAN STRATEGIK
Membantu dalam proses membuat keputusan serta membentuk strategi yang efektif, Pengurusan strategik membaiki serta meningkatkan prestasi sesebuah organisasi.
28
Kepentingan Pengurusan Strategik kepada Firma Besar
Pengurusan strategik membantu dalam meningkatkan keberkesanan serta kefleksibelan sesebuah organisasi dan pengurusannya. Matlamat utama penggunaan proses pengurusan strategik adalah untuk membantu semua jenis organisasi dalam membaiki prestasi mereka. Terdapat hubungan positif di antara proses pengurusan strategik dengan prestasi firma besar. Penemuan-penemuan penyelidikan terdahulu menunjukkan bahawa firma-firma besar yang mengamalkan pengurusan strategik mengalami peningkatan jualan, keuntungan dan produktiviti
29
Kepentingan Pengurusan Strategik kepada Firma Kecil dan Sederhana
Penemuan-penemuan kajian empirik telah menunjukkan hubungan positif di antara proses pengurusan strategik dan prestasi FKS.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.