Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehWidyawati Rachman Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Penggunaan Ubat Yang Mengandungi Bahan Tidak Halal
DR.ROHANI BINTI DESA
2
PANDANGAN ULAMA BERUBAT DENGAN BAHAN YANG HARAM
Walaupun para ulama bersepakat tentang keharusan atau kewajipan memakan makanan yang diharamkan seperti bangkai, daging babi, sembelihan yang tidak sempurna atau tidak menggunakan nama Allah SWT ketika dalam situasi al- Darurah seperti kebuluran dan paksaan orang yang zalim, mereka berselisih pandangan tentang hukum berubat menggunakan unsur-unsur daripada bangkai, babi dan arak.
3
PANDANGAN IBN TAYMIYYAH
Hukum berubat dengan ubat yang mengandungi bahan yang diharamkan adalah tidak sama dengan hukum memakan bangkai ketika kelaparan. Ini adalah kerana memakan bangkai ketika kelaparan terbukti hasilnya iaitu dapat menahan kelaparan dan seterusnya menyelamatkan kemusnahan nyawa Sedangkan hasil memakan ubat yang mengandungi bahan yang diharamkan belum dipastikan kesan kesembuhannya.
4
PANDANGAN al-Syaykh Muhammad Tahir Asyur
Seandainya telah dibuktikan kajian tentang keberkesanan ubat tersebut dalam menyembuhkan penyakit yang membahayakan nyawa, hukum berubat dengan bahan yang diharamkan boleh diqiyaskan dengan situasi al-Darurat memakan bangkai sewaktu kelaparan iaitu HARUS. Sekiranya tiada kajian yang membuktikannya secara pasti, tidak boleh mengqiyaskan memakan ubat yang haram dengan memakan bangkai sewaktu kelaparan.
5
pandangan jumhur ulama
Tidak harus berubat dengan benda-benda yang diharamkan sama ada dimakan, diminum, menggunakan minyak atau gigi bangkai haiwan dan seumpamanya. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Mascud: إن الله لم يجعل شفاءكم فيما حرِّم عليكم Maksudnya : Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan kesembuhan umatku daripada benda- benda yang diharamkan). Riwayat al-Bukhari
6
Rasulullah SAW apabila ditanya Tariq bin Suwayd tentang penggunaan arak bagi tujuan-tujuan tersebut telah menegah pembuatan arak, menjadikan arak minuman dan penggunaan arak sebagai bahan ubat. Baginda SAW bersabda: إنه ليس بدواء ولكنه داء Maksudnya: Sesungguhnya ia (arak) bukanlah ubat tetapi sebaliknya adalah (penyebab) penyakit. Riwayat Muslim
7
Huraian Al-Mubarakfuri
Bahawa hukum haram berubat dengan benda-benda yang diharamkan atau bernajis dalam hadis tersebut: diihtimalkan hanyalah pada ketika seseorang itu mempunyai pilihan kerana terdapat pelbagai ubatan yang halal dan haram. Juga diihtimalkan maksud hadis ini dikhususkan kepada arak dan semua yang memabukkan sahaja kerana para ulama telah bersepakat bahawa arak itu adalah punca penyakit dan bukannya penyembuh. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai sebarang pilihan dan dipastikan oleh doktor muslim bahawa benda yang diharamkan tersebut satu-satu ubat bagi penyakitnya maka hukum berubat dengan benda yang diharamkan pada ketika tersebut adalah HARUS.
8
Pandangan Imam al-Nawawi
Hukum berubat dengan benda-benda najis selain arak menurut jumhur fuqaha adalah HARUS. Namun keharusan tersebut hanyalah ketika ketiadaan ubat-ubatan daripada benda- benda yang halal dimakan sebagai Ihtimal kepada hadis riwayat al-Bukhari di atas dan disyaratkan ubat daripada najis tersebut mestilah dipreskripsi oleh doktor muslim yang profesional walaupun hanya seorang.
9
Pandangan Imam al-Syafici
TIDAK HARUS makan penawar yang dibuat daripada daging ular (al-Tiryaq) kecuali dalam situasi al- Darurah sebagaimana hukum memakan bangkai. Al-Tiryaq adalah sejenis penawar yang mengandungi daging ular. Menurut Ibn al-‘Athir dan al-Khattabi, hukum meminum penawar bukanlah haram kerana Rasulullah telah mengharuskannya untuk tujuan perubatan. Namun diharamkan dalam hadis ini adalah kerana penawar tersebut mengandungi daging ular dan arak yang menjadikannya haram lagi bernajis. Sekiranya penawar tersebut tidak mengandungi kedua-dua bahan tadi maka hukum meminumnya adalah harus.
10
Pandangan mazhab Maliki dan Hanbali
Hukum berubat dengan bahan bernajis adalah TIDAK HARUS. Menurut Ibn Sahnun, harus mengubati kecederaan dengan menggunakan tulang haiwan yang disembelih tetapi tidak harus menggunakan tulang bangkai, tulang manusia, tulang babi dan tulang binatang yang tidak boleh dimakan dagingnya. Sekiranya tulang bangkai tersebut digunakan untuk merawat kecederaan, maka menurut Imam Malik ianya tidak boleh dibawa sembahyang. Walaubagaimanapun Ibn al-Majisyun meringankannya dengan mengatakan bahawa boleh bersembahyang dengan tulang bangkai yang digunakan untuk merawat kecederaan.
11
Pandangan Ibn al-cArabi
TIDAK HARUS berubat dengan bangkai selagi masih ada benda-benda halal yang boleh dijadikan ubat. Hukum berubat dengan arak adalah bergantung kepada tahap keperluan seseorang. Sekiranya keperluannya itu sampai ke tahap al-Darurah maka hukumnya adalah harus sama seperti hukum seseorang yang terdesak memakan bangkai dan lain-lain yang diharamkan dalam situasi al-Darurah kerana memelihara keselamatan nyawa. Sebaliknya jika keperluan berubat tersebut tidak sampai kepada tahap al-Darurah maka ia tidak diharuskan.
12
hukum berubat menggunakan ubat yang mengandungi dadah atau bahan kimia
Penyediaan ubatan yang bercampur bahan- bahan tersebut berlaku semenjak dahulukala lagi terutama dalam kes pelalian bagi tujuan pembedahan. Hukum asal penggunaan dadah adalah haram. Walaubagaimanapun ianya diharuskan dalam perubatan apabila ia merupakan satu-satunya ubat dan atas dasar keperluan yang sangat mendesak berdasarkan kaedah Al-Darurat Tubih Al-Mahzurat.
13
pandangan Imam al-Nawawi
HARUS menggunakan sesuatu yang boleh menghilangkan fungsi akal (pelalian) untuk memotong tangan yang reput sebagai jalan keluar daripada khilaf berubat dengan arak.
14
pandangan al-Mardawi Menghilangkan fungsi akal (dilalikan) menggunakan al-Nabj (sejenis pokok dadah) adalah suatu kemaafan. Hukum seseorang yang hilang ingatan akibat pelalian tersebut seperti hukum orang gila. Tetapi sekiranya seseorang mengambilnya tanpa sebarang keperluan, maka hukumnya (hilang ingatan) adalah sama seperti hukum orang yang mabuk. Ini adalah kerana perubatan adalah satu keperluan yang diiktiraf Syarak.
15
Pandangan al-Syaykh cAbd al-cAziz bin cAbd al-Lah bin Muhammad
Penggunaan dadah untuk tujuan melalikan pesakit yang menjalani pembedahan adalah satu keperluan kerana pelalian hanya boleh dilakukan dengan ubat yang mengandungi dadah. Walaubagaimanapun, keharusan ini juga bersyarat iaitu : dos pelalian mestilah sekadar boleh melalikannya dalam tempoh yang diperlukan untuk sesuatu rawatan sahaja.
16
Kaedah fekah berkaitan ubat yang mengandungi dadah
Keharusan menggunakan bahan yang mengandungi dadah atau racun adalah kerana keperluan. Maka kebenaran penggunaan tersebut hanyalah sekadar keperluan untuk melalikan pesakit sekadar tempoh yang diperlukan untuk rawatan. Keharusan adalah berdasarkan kaedah fekah Ma Ubih Li Al-Darurat Yuqaddar Bi Qadriha dan Ma Jaza Li cUzr Batal Bi Zawalih.
17
Pandangan al-Syanqiti dalam ‘Ahkam al-Jarahah al-Tibbiyyah’
Terdapat beberapa hak pesakit dan tanggungjawab doktor dalam tempoh pesakit berada dibawah pengaruh ubat bius. Pertama: Wajib bagi pakar bius menentukan kadar bahan bius yang diperlukan seseorang pesakit dalam sesuatu pembedahan dari sudut jangka masa dan daya tahan tubuh pesakit terhadap bahan bius tersebut berdasarkan kaedah Ma Ubih Li Al-Darurat Yuqaddar Bi Qadriha. Kedua: Para doktor yang merawati pesakit dalam tempoh dia dibius mestilah menghormati maruah pesakit dari sudut penjagaan aurat. Ketiga: Doktor mestilah menghindari situasi khalwat antaranya dengan pesakit berlainan jantina yang dibius.
18
pANDANGAN Gordon Ostler
” Semua bahan pelalian adalah mengandungi racun. Maka apabila seseorang membius seseorang pesakit maka beliau hendaklah ingat bahawa dia sedang memasukkan racun ke dalam tubuh manusia tersebut tetapi bukan untuk membunuhnya. Maka berilah dos seminima mungkin…”
19
Kesimpulan Dalam perkhidmatan kesihatan terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam situasi al- Darurah iaitu pesakit, perawat (doktor dan jururawat), ubatan atau kaedah rawatan dan prasarana rawatan. Apabila pesakit mempunyai keuzuran (sakit) yang meletakkan dirinya dalam situasi al-Masyaqqah dalam dua kondisi al-Darurah atau al-Hajah MAKA sudah tentu terdapat banyak perkara yang mempunyai hukum Rukhsah dalam menangani seseorang pesakit berdasarkan sakit dan keperluan rawatan yang diperlukan.
20
Para doktor adalah penentu situasi al-Darurah atau al-Hajah para pesakit.
Situasi antara hidup dan mati Kemungkinan hilang upaya Kemungkinan merebaknya wabak yang disebabkan virus dan kuman atau seumpamanya sehingga membahayakan orang ramai Situasi kritikal MAKA para doktor perlu berhati-hati dan memperhati setiap kondisi pesakit kerana kadar al-Rukhsah mereka adalah berbeza berdasarkan kondisi al-Darurah dan al-Hajah masing-masing.
21
Muzakarah fatwa kebangsaan
Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis yang mengandungi unsur daripada babi adalah haram manakala diambil daripada sumber lembu adalah harus. Diputuskan dalam muzakarah kali ke 53 pada 27 November 2002. b- Penggunaan vaksin biothrax dan vaksin rotate adalah tidak dibenarkan kerana situasi kini dianggap tidak Darurat, terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam pemprosesan kedua-dua vaksin dan tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan kedua-dua vaksin ini. Diputuskan dalam muzakarah kali ke 81 pada 31 Mac 2008. c- Hukum Penggunaan Ubat Clexane Dan Fraxiparine adalah ditegah kerana ia dihasilkan dari sumber yang diharamkan oleh Islam, memandangkan pada masa ini telah terdapat alternatif ubat iaitu Arixtra yang dihasilkan daripada sumber halal dan mempunyai fungsi serta keberkesanan yang sama dengan Clexane dan Fraxiparine. Diputuskan dalam muzakarah kali ke 87 pada Jun 2009.
22
Muzakarah fatwa kebangsaan
Penyuntikan Highly Purified insulin daripada babi bagi tujuan perubatan pesakit kencing manis adalah harus kerana Darurat. Begitu juga hukuman bagi mereka yang menjalankan penyuntikannya. Diputuskan dalam muzakarah kali ke 6 pada 10 Oktober 1983. Penggunaan gelatin dalam ubat adalah diharuskan kerana Darurat namun mereka telah mensyaratkan sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi diharuskan. Diputuskan dalam muzakarah kali ke 8 pada September 1984. Penggunaan vaksin biothrax dan vaksin rotate adalah tidak dibenarkan kerana situasi kini dianggap tidak Darurat, terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam pemprosesan kedua-dua vaksin dan tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan kedua- dua vaksin ini. Diputuskan dalam muzakarah kali ke 81 pada 31 Mac 2008. Hukum Penggunaan Ubat Clexane Dan Fraxiparine adalah ditegah kerana ia dihasilkan dari sumber yang diharamkan oleh Islam, memandangkan pada masa ini telah terdapat alternatif ubat iaitu Arixtra yang dihasilkan daripada sumber halal dan mempunyai fungsi serta keberkesanan yang sama dengan Clexane dan Fraxiparine. Diputuskan dalam muzakarah kali ke 87 pada Jun 2009.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.