Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PENGURUSAN STRATEGI ANTARABANGSA
BAB 10
2
OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
Mengetahui kebaikan dan keburukan operasi perniagaan di peringkat antarabangsa. Mengetahui budaya dan amalan kerja di beberapa negara. Mengetahui impak dari dasar perindustrian. Memahami apakah yang dimaksudkan dengan globalisasi.
3
PENGENALAN Organisasi yang mengurus perniagaan merentasi sempadan negara dikenali sebagai firma antarabangsa atau syarikat multinasional. Istilah syarikat induk adalah syarikat yang bertapak di negara sendiri serta melabur pada peringkat antarabangsa, Negara tamu adalah negara di mana syarikat perniagaan melabur. Dari segi konsep proses pengurusan strategik, pelaksanaannya adalah sama bagi firma antarabangsa mahupun firma domestik, tetapi proses pelaksanaannya agak lebih rumit dan komplek bagi firma antarabangsa. Ini disebabkan beberapa faktor seperti faktor sosial, budaya, demografik, persekitaran, politikal, kerajaan, guaman, teknologikal dan persaingan yang boleh memberi tekanan, peluang dan cabaran bagi syarikat yang ingin mewujudkan cawangan perniagaan di negara asing.
4
PENGENALAN Jarak kawasan, perbezaan budaya dan adat, serta variasi pada amalan perniagaan selalunya akan menyukarkan komunikasi antara pihak syarikat induk dan pihak operasi luar negara. Pelaksanaan strategi juga turut menjadi sukar kerana perbezaan pada budaya boleh membawa perbezaan pada norma kerja, nilai dan etika kerja.
5
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN OPERASI DI PERINGKAT ANTARABANGSA
mencari pelanggan baru bagi produk dan perkhidmatannya, ini boleh meningkatkan pendapatan syarikat. Operasi di negara asing boleh menyerap kapasiti lebihan, mengurangkan kos seunit dan melabur risiko kepada beberapa pasaran. Operasi di negara asing membolehkan syarikat membina kemudahan pengeluaran di lokasi berdekatan dengan sumber asli dan/atau buruh. Persaingan di pasaran asing mungkin belum wujud lagi atau tahap persaingan tidak sehebat berbanding dengan persaingan di pasaran domestik. Operasi di negara asing boleh mengurangkan tarif, mengambil peluang cukai rendah, dan layanan politik yang memberangsangkan. Usaha sama membolehkan syarikat belajar mengenai teknologi, budaya, amalan perniagaan orang lain dan membuat hubungan dengan potensi pelanggan, pembekal dan pengedar di negara asing.
6
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN OPERASI DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Risiko “dimilik negara” atau rampasan nasionalistik. Firma akan berhadapan dengan pelbagai faktor yang sukar difahami, seperti faktor sosial, budaya, demografik, persekitaran tempatan, politikal, kerajaan, guaman, teknologikal, ekonomi dan kuasa persaingan apabila melakukan perniagaan di peringkat antarabangsa. Faktor ini kadangkala menghalang atau menyukarkan komunikasi antara syarikat induk dan subsidiari. Membuat penilaian yang tidak seimbang seperti kelemahan pihak pesaing sering dianggar lebihan dan kekuatan pesaing sering dianggar berkurang. Mengambil maklum mengenai jumlah dan sifat persaingan di negara asing adalah amat sukar kerana sumber maklumat yang terbatas. Wujud perbezaan dalam penggunaan bahasa, budaya dan sistem nilai di sesuatu negara dan ini boleh mewujudkan satu halangan pada komunikasi serta memberi masalah dalam pengurusan sumber manusia.
7
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN OPERASI DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Untuk mengendalikan perniagaan antarabangsa, firma perlu memahami pelbagai ilmu seperti ilmu persatuan ekonomi serantau, Perdagangan Bebas Serantau, Bank Dunia, World Trade Organization dan sebagainya. Kefahaman setiap peranan persatuan tersebut kadangkala sukar diperolehi. Berurusan dengan pelbagai sistem monetari boleh menambah komplikasi pada operasi perniagaan antarabangsa.
8
BUDAYA SEKELILING DUNIA
Di Greece dan Nigeria, melambai tangan di hadapan muka dianggap menghina orang. Di Europa, melambai tangan sebagai tanpa ucapan selamat tinggal bermakna “tidak” tetapi di Peru bermakna “mari sini”. Di China, nama keluarga ditulis dahulu tetapi di barat nama keluarga ditulis kemudian. Di Amerika Latin, nama Carlos Lopez-Garcia dipanggil En. Lopez tetapi di Brazil dipanggil En.Garcia. Orang Amerika Latin biasanya lewat pada purata 20 minit untuk temu janji.
9
BUDAYA SEKELILING DUNIA
Amalan bertentang mata di Jepun dianggap biadap. Berselang kaki dianggap biadap di negara Arab dan juga di kebanyakan negara Asia – termasuk menunjuk tapak kasut. Mengenakan ibu jari dan jari petunjuk bermakna “OK” tetapi di Brazil bermakna seperti mencarut. Walaupun mengangguk kepala bermakna “Ya” tetapi di Itali Selatan, Malta, Greece, dan Tunisia ianya bermakna “Tidak”. Di Malaysia dan India, makan menggunakan tangan kiri dianggap kurang sopan.
10
IMPAK DARI POLISI PERINDUSTRIAN
Kebanyakan negara membangun mempunyai polisi perindustrian yang meliputi perkara berikut:- Subsidi kerajaan, Promosi eksport, Struktur semula industri, Nasionalisme perniagaan, peraturan perniagaan baru, Pertukaran undang-undang cukai, Perkenal standard pencemaran, dan Mengadakan kuota import
11
Risiko Firma multinasional selalunya menghadapi pelbagai risiko yang unik, seperti rampasan aset, kerugian akibat dari turun naik kadar mata wang, terjemahan kontraks dan perjanjian mengikut mahkamah asing, pergolakan politik dan sosial, sekatan import dan eksport, tarif dan sekatan perdagangan.
12
Evolusi dari sebuah firma domestik menjadi sebuah firma multinasional
Mula operasi eksport Lakukan aktiviti pelesenan Wujud wakil jualan luar negara Bina kilang pengeluaran di luar negara Wujud Jabatan Luar Negara di firma Wujud beberapa Unit Niaga di luar negara Multinational Corporation
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.