Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (MEDIA PENGAJARAN)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (MEDIA PENGAJARAN)"— Transcript presentasi:

1 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (MEDIA PENGAJARAN)
KHAIRUL ADAM BIN ABDUL RAHMAN VASSIKA HEU RUI XUAN PISMP 4D (2014)

2 DEFINISI MEDIA PENGAJARAN
Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran. Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Hal ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total.

3 KONSEP MEDIA PENGAJARAN
Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, tv, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar.

4 KONSEP MEDIA MENURUT TORKELSON (1972)
SALURAN MESEJ - peralatan fizikal sama ada berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar seperti tv, projektor, filem, projektor LCD dan sebagainya. BENTUK MESEJ - bagaimana mesej disimpan terangkum dalam satu ruang yang luas, bermula dari bentuk bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain. MESEJ - Isi kandungan, apa saja yang terkandung dalam media sama ada mesej berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain yang dianggap sebagai mesej yang ingin disampaikan.

5 FUNGSI MEDIA PENGAJARAN DALAM PENGAJARAN
Dengan kelebihan yang ada pada media ini, ia mampu berfungsi dalam pelbagai cara,bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan pengajaran masa ini. Berikut dihuraikan bagaimana media berfungsi dalam pelbagai bentuk pengajaran. (a) Pengajaran Bersama Pengajar Ini adalah penggunaan media yang paling biasa di mana ia membantu pengajar melaksanakan pengajarannya secara langsung (live). Keberkesanan media dalam konteks ini bergantung kepada bagaimana pengajar itu menggunakan media tersebut, tidak kira sama ada media itu dipilih daripada sesuatu koleksi atau disediakan oleh beliau sendiri. (b) Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Pengajar Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran pengajar, sama ada kerana pengajar tidak ada atau sedang membantu pelajar lain. Ini tidak bermakna pelajar belajar tanpa panduan. Pelajar dibimbing oleh pereka media tersebut (seperti mana penulis membimbing anda mempelajari modul ini) dan pengajaran jenis ini dikenali sebagai pengajaran kendiri.

6 JENIS-JENIS MEDIA PENGAJARAN YANG BIASA TERDAPAT DI SEKOLAH
Projektor overhed atau OHP Projektor overhed atau OHP merupakan alatan moden yang terawal didunia.  Menurut Abd. Ghafar Md. Din ( 2003 ) projektor overhed adalah alat bantu mengajar yang kini meluas digunakan di sekolah-sekolah. OHP merupakan salah satu alat yang sering kali digunakan oleh guru dalam bilik darjah. Penggunaan yang mudah menjadi faktor utama alatan ini menjadi kegemaran guru untuk menggunakannya. Guru hanya perlu tahu bahagian-bahagian penting pada OHP seperti sius on dan off, fokus, pancaran, tayangan dan mentol.

7 Perakam Kaset Perakam kaset merupakan alat bantu mengajar menggunakan alat ini sebagai sebahagian daripada kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran atau gabungjalin pengajaran topik-topik yang kerap digunakan. Guru biasanya tertentu. Selain menyampaikan pengajaran kepada pelajar, perakam kaset juga berjaya menarik minat pelajar. Mata pelajaran yang sering menggunakan alat ini ialah bahasa melayu, agama/moral, muzik, sejarah, geografi, sains yang terdiri daripada fizik, kimia dan biologi.

8 Televisyen dan Video Televisyen dan video adalah salah satu media pengajaran yang diketengahkan dalam pendidikan. Penggunaannya juga semakin meluas dan kian popular kerana mudah dikendalikan dan tidak membebankan para guru. Televisyen dan video menjadi pilihan kebanyakan guru kerana pembelajaran melalui media ini mampu meningkatkan motivasi para pelajar terutama subjek-subjek yang memerlukan tayang secara  live atau secara langsung.

9 (e) Pengajaran Tematik (Thematic)
(d) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Pendidikan jarak jauh (PJJ) bukan suatu yang asing lagi bagi pelajar di Malaysia. Ia kini berkembang luas dan menjadi tapak bagi menyediakan peluang belajar pelbagai bidang ilmu kepada semua orang. Media yang digunakan merangkumi media cetak dan elektronik. Telekonferensi membolehkan pelajar dari pelbagai tempat bertemu dan berbincang secara maya. Ruangan berbual, papan buletin turut menyokong komunikasi pembelajaran jenis ini. (e) Pengajaran Tematik (Thematic) Pengajaran jenis ini berfokus kepada sesuatu tajuk yang dipilih atau ditentukan oleh guru. Ia bermula dengan “perkongsian pengalaman” yang diperolehi mungkin daripada tayangan video, lawatan ke muzium atau mendengar ceramah. Kemudian, diikuti dengan “perkongsian kepakaran” di mana pelajar secara bekerjasama mengumpulkan data dan maklumat, menganalisis data tersebut dan akhirnya menggariskan kesimpulan.

10 (f) Pendidikan bagi Pelajar Istimewa
Media memainkan peranan yang besar di kalangan pelajar yang kurang upaya. Pelajar pekak misalnya memerlukan bahan pembelajaran yang berbeza daripada pelajar normal. Teknologi masa kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan mereka yang kurang berupaya/kecacatan.

11 CONTOH-CONTOH MEDIA PENGAJARAN

12 PENGKELASAN MEDIA BIL JENIS MEDIA CONTOH 1. Media Tayang Kaku
transparensi, slaid dan mikrofilem 2. Media Tayang Bergerak pita video, cakera padat digital dan filem 3. Bahan Grafik lukisan, poster, kartun, carta dan graf 4. Gambar Kaku gambar foto, kad imbasan dan poskad 5. Bahan Pameran Tiga-Dimensi model, boneka, diorama dan pupet 6. Papan Pameran papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan buletin 7. Media Audio pita kaset, cakera padat dan komputer 8. Media Cetak modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah

13 PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN
Aspek reka bentuk pengajaran amatlah penting terutamanya ketika guru ingin memilih serta menggunakan media dalam pengajaran mereka. Model ASSURE (Smaldino, E. Heinich, R & Molenda, M. (2005) memberi panduan kepada guru bagaimana media dipilih serta dapat digunakan secara lebih berkesan dan bersesuaian dengan tahap dan profil pelajar.

14 ASSURE ialah akronim bagi perkataan Analyze learner (analisis ciri-ciri pelajar), State objective (menyatakan objektif), Select Methods, Media & Materials (Memilih kaedah, media & bahan), Utilize Media & Materials (Menggunakan media & bahan) Require learner participation (Memerlukan penyertaan pelajar) dan Evaluate & revise (Menilai & mengulang kaji). Langkah-langkah yang terdapat pada model ini memperlihatkan bahawa media bukan hanya dipilih sebagai alat bantu mengajar tetapi sebagai bahan yang terancangan yang mengintegrasikan aspek perancangan, pemilihan, pengubahsuaian dan penggunaan.

15 STAIL PEMBELAJARAN CARA MENGENALPASTI DAN TIP PEMBELAJARAN
Pelajar visual biasanya: • Perlu melihat apa yang sedang dipelajari untuk memahaminya. • Sangat peka terhadap warna. • Berbakat seni (keupayaan artistik). • Menghadapi masalah dengan arahan lisan. • Berkemungkinan bertindak balas secara berlebihan terhadap bunyi. • Menghadapi masalah menyukai syarahan. • Kerap salah tafsir makna perkataan. Pelajar visual patut: • Guna grafik untuk membuat pengukuhan; filem, slaid, ilustrasi, gambar rajah dan contengan. • Gunakan kod warna untuk menyusun nota dan bahan-bahan persendirian. • Minta arahan bertulis. • Guna carta alir dan rajah untuk mencatat nota. • Gambarkan perkataan atau fakta yang ingin dihafal.

16 Cara Mengenalpasti TIP PEMBELAJARAN Pelajar auditori biasanya: • Lebih gemar mendapatkan maklumat dengan cara mendengar. • Perlu dengar untuk memahami. • Menghadapi masalah mengikuti arahan bertulis. • Kesusahan dalam membaca. • Bermasalah dalam menulis. • Tidak berupaya membaca bahasa gerak badan dan mimik muka. Pelajar auditori patut: • Guna alat perakam untuk membaca dan mengikuti kelas dan syarahan. • Belajar dengan membuat temu bual atau aktif dalam perbincangan. • Soalan peperiksaan dan arahan dibaca secara lisan atau guna perakam.

17 Cara Mengenalpasti TIP PEMBELAJARAN Pelajar kinestatik biasanya: • Lebih suka “hands-on” (membuat aktiviti). • Boleh mencantum bahagian-bahagian alatan tanpa membaca panduan. • Susah duduk diam. • Belajar dengan lebih baik jika ada penglibatan pergerakan fizikal. • Mungkin ada koordinasi badan yang baik dan kemahiran atletik. Pelajar kinestatik patut: • Menggunakan cara pembelajaran “experiential” (buat model, jalankan kerja makmal dan lakonan). • Rehat dengan kerap semasa pembelajaran. • Tekap huruf dan perkataan semasa belajar ejaan dan menghafal fakta. • Guna komputer untuk pengukuhan jenis sensori. • Menghafal atau melatih dengan berjalan dan membuat jasmani. • Kebolehan diluahkan melalui tarian, drama atau gimnastik

18 BAGAIMANA MEDIA PENGAJARAN DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN MUTU P&P
E-Pembelajaran ( Pembelajaran Elektronik) adalah merupakan satu perkembangan baru dalam pendidikan hasil daripada ledakan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan media ini dapat membantu pelajar dalam menerokai dengan lebih mendalam berkaitan subjek yang akan mereka pelajari. Seorang guru dapat menimbulkan minat pelajarnya melalui kaedah yang melibatkan teknologi yang terkini dan salah satunya adalah dengan menggalakkan pelajar- pelajar melayari internet untuk mencari maklumat berkaitan mata pelajaran yang akan diajar

19 CD-ROM merupakan singkatan daripada Read Only Memory iaitu cakera padat ingatan baca. Merujuk kepada kamus dewan bahasa CD-ROM atau cakera padat ialah cakera magnetik yang mempunyai ketumpatan perakam yang tinggi, dengan storan yang lebih besar. Penggunaan MyCD berkait rapat dengan penggunaan makmal komputer sekolah. MyCD sesuai digunakan untuk membantu murid dalam proses pembelajarannya di sekolah terutama sekolah yang telah dilengkapi prasarana makmal komputer. Pihak sekolah disarankan agar meletakkan semua MyCD yang dibekalkan melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dalam makmal komputer supaya murid boleh mengakses MyCD setelah pengetahuan / kemahiran berkaitan sesuatu tajuk dalam buku teks telah dipelajarinya.

20 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (MEDIA PENGAJARAN)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google