Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSukarno Sudirman Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Faktor Krisis Organisasi & Perubahan dan Krisis
KOC4362 Pengurusan Krisis Organisasi
2
Objektif Selepas mengikuti kuliah ini anda akan dapat:
Menyenaraikan perkara-perkara yang boleh menyebabkan berlaku krisis dalam organisasi Menerangkan keadaan yang boleh mencetuskan krisis organisasi Menerangkan perkara-perkara yang menyebabkan krisis yang khusus Menjelaskan perkaitan perubahan yang berlaku dan keadaan krisis dalam organisasi
3
Pengenalan Krisis merupakan sebahagian daripada permainan organisasi kerana ada kalanya kita tidak dapat elak daripada krisis. Apabila organisasi bersedia maka kesan daripada krisis dapat dikurangkan.
4
Pengenalan Kita perlu terima hakikat bahawa apabila krisis berlaku kita tidak boleh saling menyalahkan di antara satu sama lain tetapi perlu bertindak segera mengatasi krisis supaya tidak ada kemalangan jiwa atau harta serta reputasi organisasi terjejas. Segala tenaga perlu digembeling untuk mengurus krisis dan bukan untuk menyalahkan pihak yang lain. Keadaan akan menjadi bertambah buruk sekiranya organisasi berpecah belah semasa mengurus krisis.
5
Mitos tentang kewujudan krisis
Silva & McGann (1995) menyenaraikan beberapa mitos tentang krisis iaitu: Mitos: krisis disebabkan oleh kesilapan seseorang. Realiti: krisis boleh berlaku sebab kesilapan manusia, bencana alam, perubahan pesat teknologi, perubahan tren pengguna, organisasi yang tua. Tetapi selalunya bila berlaku krisis organisasi akan mencari seseorang yang boleh dipersalahkan.
6
Mitos tentang kewujudan krisis
Mitos: Krisis organisasi menggambarkan organisasi tidak berupaya mengurus krisis dengan berkesan. Realiti: Sebenarnya krisis bermula dengan wawasan. Organisasi yang mempunyai wawasan yang tinggi dan dinamik akan menghadapi lebih banyak masalah berbanding dengan organisasi yang mempunyai matlamat yang rendah.
7
Mitos tentang kewujudan krisis
Mitos: Krisis selalunya merosakkan/menjehanamkan. Realiti: Krisis boleh mengganggu perjalanan dan tugas harian organisasi tetapi jarang menghancurkan organisasi. Adakalanya krisis boleh menghasilkan organisasi yang lebih mantap dan kuat, mempunyai fokus, dan inovatif. Ini berlaku apabila organisasi menilai semula kewujudannya setelah berlaku krisis serta mempunyai pelan pengurusan krisis yang dapat dilaksanakan dengan baik.
8
Mitos tentang kewujudan krisis
Mitos: Krisis dapat diatasi sendirian tanpa bantuan. Realiti: Pengurusan krisis perlukan satu pasukan yang bermotivasi, terfokus, ada penyatuan dan kerjasama. Pelabagai pihak termasuk pihak pesaing boleh membantu dalam pengurusan krisis.
9
Empat perkara yang boleh menyebabkan krisis kepada organisasi:
Teknologi Tren yang berubah Organisasi yang tua Perkembangan ekonomi menyeluruh
10
Teknologi Krisis komputer Y2K, letupan loji nuklear Three Mile Island di Amerika Syarikat pada 1979, Love Canal (pencemaran disebabkan tempat buangan sisa toksid dijadikan kawasan perumahan) merupakan krisis yang berlaku disebabkan perkembangan teknologi. Three Mile Island Nuclear Generating Station
11
Teknologi Oleh itu organisasi perlu mengikuti perkembangan semasa supaya dapat mengikuti perubahan dengan melakukan penyesuaian. Bayangkan sekiranya organisasi tidak ada kepakaran untuk menangani krisis disebabkan pepijat alaf baru, mungkin keseluruhan organisasi yang bergantung kepada sistem komputer akan lumpuh.
12
Organisasi yang tua Organisasi yang tidak membuat penyesuaian bagi mengikuti perkembangan semasa dalam bidang masing-masing tentu tidak boleh bersaing dengan organisasi moden yang serba canggih. Bank yang guna kaedah manual untuk urusniaga tidak akan dapat bersaing dengan bank yang guna perkhidmatan secara online. Oleh itu organisasi tua perlu dihidupkan semula dengan perubahan supaya tidak berlaku krisis besar.
13
Tren yang berubah Kita tentu sedar tren air minuman yang dibotolkan dalam botol kaca, botol plastik, tin dan kotak. Sekiranya syarikat pengeluar yang tidak mengikuti perkembangan industri dan kekal dengan botol kaca mungkin tidak dapat bertahan dan kena golong tikar. Perubahan tren permintaan makanan disebabkan perubahan gaya hidup perlu disesuaikan dengan aktiviti pengeluar. Kalau tidak ikut perkembangan dan masih membekal makanan dengan cara lama mungkin tidak dapat bersaing dengan rangkaian makanan segera.
14
Perkembangan ekonomi menyeluruh
Perkembangan pesat ekonomi menyebabkan permintaan untuk barangan dan perkhidmatan bertambah, oleh itu organisasi yang baru akan dibentuk. Bagi mengekalkan kewujudannya organisasi yang sedia ada perlu melihat kepada produk-produk baru atau mengembangkan kategori produk yang ada. Mungkin kita lihat kalau dahulu syarikat minyak hanya menjual minyak kenderaan tetapi masa kini perkhidmatan diluaskan untuk menjadi one-stop center di mana pelanggan boleh membeli barangan keperluan harian.
15
Perkembangan ekonomi menyeluruh
Oleh itu para pekedai runcit perlu berubah untuk bersaing dengan rangkaian kedai mesra dan sepertinya. Begitu juga konsep pasar harian telah bertukar menjadi pasar malam dan pembelian barangan secara penghantaran ke rumah. Mungkin kita lihat di sini konsep kedai runcit 10 tahun dahulu perlu diubah. Kalau tidak berubah mungkin akan menghadapi krisis.
16
Krisis dalam organisasi berlaku kerana:
Pergantungan Kesesuaian masa Persaingan
17
Pergantungan Organisasi tidak wujud secara terasing, contohnya industri pelancongan terpaksa bergantung kepada perkhidmatan pengangkutan, hotel, keselamatan dan alam sekitar. Krisis akan berlaku sekiranya alam sekitar dan keselamatan tidak baik maka industri pelancongan akan terjejas – kes JE, H1N1 dan jerebu boleh menjejaskan industri pelancongan negara.
18
Kesesuaian masa Organisasi yang menghasilkan produk kesihatan perlu sesuaikan penjualan dengan keperluan. Sekiranya tidak dapat ambil kira tren masa ini mungkin terpaksa bersaing dengan pengeluar yang lebih canggih produknya. Kita lihat bagaimana pengeluar kenderaan bersaing mengeluarkan model kereta terbaru. atau syarikat minyak yang melancarkan produk terbaru mereka.
19
Persaingan Bagaimana organisasi melihat saingan di antara para pengeluar produk yang sama, seperti komputer, telefon bimbit, tv dll Mungkin untuk menjual produk, mereka perlukan strategi pemasaran yang unik untuk menarik pelanggan supaya tidak berlaku krisis.
20
KEADAAN YANG MENCETUSKAN KRISIS DALAM ORGANISASI
Dakwaan pihak awam yang berpotensi merosakkan – contoh: tindakan pihak mangsa mendakwa kerajaan atas kelalaian dalam kes pemberian darah HIV posistif, dakwaan kes-kes lain berkaitan pemindahan darah HIV positif Pencalonan semula/perlantikan semula CEO – seorang CEO yang tidak diminati tapi dilantik semula atas sebab-sebab tertentu tapi tidak dipersetujui oleh anggota organisasi boleh menimbulkan krisis.
21
KEADAAN YANG MENCETUSKAN KRISIS DALAM ORGANISASI
Perletakan jawatan yang dipaksa – seorang CEO yang dipaksa meletak jawatan kerana permintaan daripada pihak atasan Bantahan awam – pihak masyarakat setempat yang membuat bantahan terhadap operasi syarikat yang menggugat ketenteraman awam – contoh: penempatan kandang babi hampir dengan kawasan perumahan.
22
KEADAAN YANG MENCETUSKAN KRISIS DALAM ORGANISASI
Kesan bencana – banjir, ribut taufan, yang menyebabkan pihak kerajaan mengeluarkan belanja besar untuk membantu mangsa boleh menjejaskan kewangan negara yang kecil. Penempatan semula – loji/kilang syarikat yang diarah berpindah sebab operasi tidak sesuai dengan keadaan sekeliling Kontroversi politik – krisis kepimpinan dalam parti politik tempatan
23
‘imej organisasi tidak dibentuk dalam sehari tetapi ia boleh dirosakkan dalam sehari’
24
KAITAN PERUBAHAN DAN PENGURUSAN KRISIS
Revolusi teknologi yang membolehkan komunikasi berlaku dalam sekelip mata. Maklumat tentang kejadian yang berlaku di khutub utara boleh diketahui dalam beberapa minit selepas kejadian. Penggunaan media elektronik sebagai sumber utama berita dalam negara maju membolehkan pelbagai aspek kejadian diketahui dengan amat berkesan, i.e. kita boleh nampak keadaan kelam kabut selepas gempa bumi berlaku.
25
KAITAN PERUBAHAN DAN PENGURUSAN KRISIS
Kemunculan kumpulan aktivis yang merangsang penyiasatan awam terhadap institusi/organisasi menyebabkan perkara yang tidak pernah dipersoalkan masa dahulu, i.e. kualiti alam sekitar, kini semakin mendapat perhatian umum.
26
KAITAN PERUBAHAN DAN PENGURUSAN KRISIS
Peraturan pihak berkuasa yang makin ketat tentang aktiviti dan operasi syarikat menyebabkan syarikat atau organisasi yang melanggar peraturan/akta mendapat tumpuan kerajaan dan media. Perubahan gaya liputan berita media yang berkait dengan ketidakpuasan, lebih ‘dramatise’ isu dan menjadikan krisis kerana keadaan tidak dapat diatasi.
27
KAITAN PERUBAHAN DAN PENGURUSAN KRISIS
Capaian media yang meningkat di kalangan pihak aktivis yang menggunakan media untuk fokus kepada isu-isu yang menggangu hak-hak kemanusiaan Kadar literasi maklumat yang meningkat di kalangan masyarakat menyebabkan lebih ramai masyarakat mendapat maklumat terkini tentang banyak perkara yang berlaku.
28
KAITAN PERUBAHAN DAN PENGURUSAN KRISIS
Pemeriksaan rapi oleh pihak berkuasa – contoh: pihak kerajaan menguatkuaskan undang-undang pengambilan pekerja asing, organisasi yang tidak ikut peraturan sebelum ini tentu akan alami krisis dengan peraturan yang ketat ini. Pemerhatian rapi oleh pihak media – contoh: pihak media yang melaporkan isu pemindahan darah HIV positif mungkin menimbulkan krisis dalam kementerian kesihatan
29
Kesimpulan Perkara yang menyebabkan krisis adalah pelbagai dan rumit. Krisis boleh dikatakan subjektif dan kontekstual.
30
Soalan Ulangkaji Penyebab krisis merupakan perkara yang boleh mencetuskan krisis kepada organisasi. Senaraikan lima (5) penyebab krisis organisasi. Teknologi adalah penyebab yang boleh dikaitkan dengan krisis. Beri contoh krisis disebabkan teknologi. Terangkan bagaimana persaingan organisasi yang mengeluarkan produk atau memberi perkhidmatan yang sama boleh menyebabkan krisis kepada organisasi anda.
31
terima kasih
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.