Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KEBERKESANAN ORGANISASI

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KEBERKESANAN ORGANISASI"— Transcript presentasi:

1 KEBERKESANAN ORGANISASI
BAB 16 KEBERKESANAN ORGANISASI

2 Pendahuluan Keberkesanan organisasi adalah satu konsep yang sukar dijawab sebab banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum soalan ini dijawab. Syarikat atau badan-badan pertubuhan organisasi mempunyai matlamat masing-masing untuk menjaga kepentingan mereka.

3 Definisi Mengikut Amitai Etzioni (Modern Organization, 1969) keberkesanan organisasi ialah mengetahui tentang sejauhmana organisasi itu menyedari tentang pencapaian matlamatnya selama ini. Sebenarnya, definisi ini mempunyai banyak perkara yang masih tersembunyi. Misalnya, matlamat itu untuk siapa, adalah untuk individu kumpulan atau organisasi, jangka pendek atau panjang, rasmi atau matlamat sebenar? Matlamat rasmi adalah matlamat yang mesti dicapai dan diketahui oleh semua. Sementara matlumat sebenar pula ialah matlamat yang mampu dicapai.

4 KRITERIA KEBERKESANAN ORGANISASI
PENDAHULUAN Mengikut John P. Campbell, “On the Nature of Organizational Effectiveness, terdapat 30 jenis kriteria dan antaranya ialah kecekapan, daya pengeluaran, keuntungan, kualiti, pertumbuhan, pusingganti, kepuasan kerja dan sebagainya. Kriteria yang dinyatakan ini mengikut keutamaan, nilai atau selera penilai itu sendiri. Pemilihan kriteria bagi keberkesanan organisasi lebih menerangkan tentang orang yang membuat penilaian daripada organisasi yang dinilai. Ini bermakna tidak semua kriteria yang disenaraikan itu sesuai bagi setiap organisasi daripada organisasi yang lain. KRITERIA KEBERKESANAN ORGANISASI

5 KRITERIA KEBERKESANAN ORGANISASI
Kriteria Tunggal Ukuran Kriteria Berbagai Pemaksimum Keuntungan Pemuasan Lain Ukuran Kriteria Tunggal Model Yutchman- Seashore Model Bass Model Bennis Model Peters & Waterman

6 1.Pemaksimum Keuntungan
KRITERIA TUNGGAL 1.Pemaksimum Keuntungan Secara keseluruhannya, keuntungan merupakan faktor yang utama dalam organisasi yang menjalankan proses perniagaan Walau bagaimanapun, sekarang ini ukuran keberkesanan seperti ini tidak dipersetujui oleh kebanyakan ahli ekonomi sendiri. Mengikut konsep teori harga bahawa pengukur pemaksimum keuntungan boleh digunakan tetapi setelah menjawab soalan berikut: Ada bukti yang telah menguji akan kebenarannya. Tidak ada lagi matlamat sedemikian yang telah dibentuk

7 2.Pemuasan Ahli teori organisasi iaitu Herbert Simon (Administration Behaviour, 1976) mengatakan bahawa sesebuah organisasi itu tidak bermatlamatkan kepada memaksimumkan keuntungan tetapi setakat memuaskan. Dalam hal ini, pengurus atau firma hanya cuba mencapai sesuatu tahap keuntungan ataupun apa-apa syer pasaran atau jualan tetapi sekadar memperoleh pulangan atau keuntungan yang memuaskan.

8 3.Lain ukuran kriteria tunggal
Mengikut John Campbell terdapat 19 jenis variable yang digunakan untuk mengukur prestasi organisasi. Antara variable yang sering digunakan sebanyak 5 iaitu: Prestasi keseluruhan- mengikut ukuran pekerja dan penyelia. Produktiviti- diukur melalui data output sebenar . Kepuasan pekerja- diukur melalui soal selidik lapor sendiri. Keuntungan- menggunakan kadar pulangan yang berpandukan data perakaunan. Menarik diri - berpandu kepada pusing ganti sejarah dan data ketidakhadiran

9 Ukuran Kriteria Berbagai
Model Yuchtman- Seashore Model Peters & Waterman Ukuran Kriteria Berbagai Model Bass Model Bennis

10 Model Yutchman - Seashore
Mengikut Yucthman dan Seashore keberkesanan organisasi termasuk sejauh mana sesuatu sumber itu digunakan dengan berkesan. Ini bermakna firma-firma bukan hanya menumpukan kepada kriteria yang satu tetapi menumpukan kepada kelakuan organisasi dalam bentuk proses pertukaran dan persaingan yang berterusan terhadap sumber-sumber yang terhad Model Yutchman - Seashore 2 kriteria utama yang mempengaruhi keberkesanan organisasi iaitu:- Memperoleh sumber-sumber yang bernilai & terhad Pengawalan persekitaran

11 i. Darjah daya pengeluaran, keuntungan, pemeliharaan diri dan sebagainya.
ii. Darjah nilainya terhadap ahlinya Model Bass iii. Darjah organisasi dan ahlinya yang bernilai kepada masyarakat

12 Model Bennis Menekankan kepada metodologi saintifik terutamanya dari segi pencarian dan keinginan untuk eksperimen Menekankan kepada ciri demokrasi dalam organisasi iaitu kebebasan memberikan pendapat dan kebebasan ke bawah iaitu menghormati pendapat orang lain

13 Model Peters & Waterman
Mengambil isu kebarangkalian pertumbuhan dan inovasi untuk menilai sesebuah organisasi. Pakar-pakar industri telah dipilih untuk membuat kadaran terhadap rekod inovasi syarikat selama 20 tahun tentang respons mereka terhadap perubahan pasaran dan lain-lain dinamik luaran. Model Peters & Waterman Ukuran-ukuran bagi keberkesanan meliputi pertumbuhan nisbah nilai pasaran berbanding dengan nilai buku dan pulangan purata ke atas modal

14 Model-model kriteria tentang keberkesanan organisasi
Mengikut R.M. Steers bahawa bukti-bukti yang dicadangkan terdapat kurangan persetujuan tentang apa yang meliputi satu set ukuran keberkesanan yang sah dan berguna. Mengikut Jeffery Preffer dan Gerald Salanick yang mengatakan bahawa keberkesanan organisasi ialah organisasi yang dapat memuaskan permintaan dari persekitaran yang ia memperoleh sokongan. Permintaan daripada persekitaran bukanlah satu perkara yang mudah dipenuhi atau dipuaskan kerana permintaan berkenaan sering berubah terutamanya dari pihak yang mempunyai keutamaan dan minat tertentu

15 Kriteria Keberkesanan Organisasi
Kriteria Penilaian Bilang kali sebut (N=17) Penyesuaian-Fleksibel 10 Produktiviti 6 Kepuasan 5 Keuntungan 3 Perolehan Sumber Tiada kepenatan 2 Kawalan terhadap persekitaran Pembangunan Kecekapan Pengekalan pekerja Pertumbuhan Integrasi Komunikasi terbuka Kehidupan Lain-lain 1

16 Kesimpulan Keberkesanan organisasi merupakan satu aspek yang sukar ditentukan kerana setiap pihak mempunyai harapan, minat dan kepentingan yang berbeza.


Download ppt "KEBERKESANAN ORGANISASI"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google