Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

SENSE OF BELONGING MENURUT PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "SENSE OF BELONGING MENURUT PERSPEKTIF AGAMA ISLAM"— Transcript presentasi:

1 SENSE OF BELONGING MENURUT PERSPEKTIF AGAMA ISLAM
Oleh Profesor Zakaria Stapa Jabatan Usuluddin & Falsafah Fakulti Pengajian Islam UKM Dibentangkan dalam Persidangan Pengurusan dan Profesional Kinabalu 2010, anjuran Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik Universiti Malaysia Sabah, pada 28 Januari 2010, bertempat di Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.

2 1. PENDAHULUAN Pertama sekali perlu ditegaskan dan diyakini bahawa Islam adalah: Sistem dan gaya hidup sempurna yang asas dan dasarnya digubal oleh Allah sendiri dan Allah yang sama itulah juga yang mencipta manusia Allah itu bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang Manusia pula adalah makhluk Allah yang diberi taraf paling mulia oleh-Nya berbanding dengan makhluk-makhluk lain Ini semua bermakna bahawa Allah pencipta manusia itu pastinya mengetahui keperluan sebenar manusia dan dengan sifat Maha Pengasih serta Maha Penyayang-Nya menggubal dasar dan asas sistem serta gaya hidup untuk kegunaan makhluk-Nya yang paling mulia tersebut sesuai dengan fitrah dan originaliti manusia.

3 1. PENDAHULUAN (SAMBUNG)
Di samping itu, sesuai dengan keadaan di atas, Islam juga adalah: Satu risalah atau misi yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. bagi maksud memberi rahmat, keselesaan dan manfaat kepada alam seluruhnya. Ini bermakna apa juga sistem atau peraturan yang digubal dan dilaksanakan atas nama Islam mestilah mempunyai ciri-ciri di atas: Memberi rahmat, selesa dan bermanfaat, tidak hanya kepada manusia tetapi juga kepada alam seluruhnya. Perihal ini mestilah diyakini dan diimani sepenuhnya oleh setiap Muslim demi kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

4 2. DEFINISI DAN SKOP Sense of belonging dalam konteks pembicaraan di sini adalah merujuk kepada: Wujud rasa gembira dan selesa apabila berada di satu-satu tempat tertentu, atau Wujud rasa gembira dan selesa apabila bergabung dengan kumpulan orang tertentu Perihal ini diwujudkan oleh sistem hidup Islam menerusi saluran-saluran utama berikut: Konsep kekeluargaan Konsep kejiranan Konsep persaudaraan Konsep hubungan sesama manusia

5 3. KONSEP KEKELUARGAAN Bermula dengan perkahwinan yang merupakan satu perkongsian pintar antara lelaki dan perempuan Lalu bermulalah pula satu siri tanggungjawab berikut bagi megesahkan keselesaan, keselamatan dan kegembiraan setiap individu terlibat tercapai: Suami terhadap isteri dan sebaliknya Ibu bapa kepada anak-anak dan sebaliknya Dalam proses pelaksanaan tanggung jawab ini Islam mewajibkan penggunaan pendekatan mawwadah wa rahmah (cinta dan kasih sayang) Proses ini juga melibatkan yang lemah dijaga oleh yang kuat dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang

6 4. KONSEP KEJIRANAN Jiran selalunya terdiri daripada tiga kumpulan:
Seagama dan ada pertalian keluarga Seagama sahaja Beragama lain Setiap kumpulan berkenaan mempunyai hak kejiranan masing-masing yang mesti dilaksanakan atas nama suruhan agama Secara umumnya Islam menggesa memberikan hak-hak berikut kepada jiran: Rasulullah bersabda “tidak semurna iman seseorang kepadaku apabila dia tidur dengan perut kenyang sedangkan jirannya tidur dalam keadaan lapar dan dia tahu hal berkenaan”.

7 KEJIRANAN (SAMBUNG) Memulakan salam atau sapaan Melawat ketika sakit
Memberi takziah dan turut sedih di atas apa-apa kemalangan Memberi taniah dan sama gembira atas apa-apa kejayaan Memaafkan kesilapan Tidak menggangu ahli keluarga jiran Tidak menghalang jalan ke rumahnya Menutup aib jiran Menjaga rumahnya semasa dia tiada Tidak mengendahkan kata-kata buruk mengenainya Mengajar perkara yang tidak diketahuinya Memulakan salam atau sapaan Melawat ketika sakit

8 5. KONSEP PERSAUDARAAN Persaudaraan sejagat Islam atas asas akidah
Asas dan prosedur pelaksanaannya berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. “tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia kasih dan cinta kepada saudaranya seperti dia kasih dan cinta terhadap dirinya sendiri” Hal ini telah terlaksana dengan baik dan dapat dicontohi dalam peristiwa hijrah yang melibatkan persaudaraan golongan muhajiran dan ansar, sehingga muhajirin berasa amat selesa dan gembira berada di tempat baru dan bergabung dengan golongan ansar yang baru dikenali di Madinah

9 6. KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
Asas akhlak Islam dalam hubungan sesama manusia ialah panduan dari penyataan Rasulullah s.a.w. “Sebaik-baik manusia ialah golongan manusia yang paling bermanfaat kepada manusia lain” Tuntutan agama menyuruh manusia Muslim menjadi penjana kebaikan dan kemudahan dalam kehidupan walau di mana dia berada dan dalam apa juga keadaan, bukannya menjadi penjana keburukan dan kesukaran.

10 7. KESIMPULAN Sesungguhnya manusia yang berasa gembira dan selesa walau di mana mereka berada dan dengan kumpulan mana mereka bergabung adalah jenis manusia yang sihat dan sejahtera dan mereka tentunya merupakan modal insan yang menjadi aset penting untuk negara dan organisai. Jenis manusia sebegini boleh dihasilkan menerusi pelaksanaan sempurna sistem Islam dalam kehidupan seperti yang dihuraikan sebelum ini Cabarannya ialah apakah setiap individu Muslim yakin dan sanggup melaksanakan tugas penting ini dalam kehidupan harian.

11 7. KESIMPULAN (SAMBUNG) Kita memang mengimpikan hal yang amat baik ini; iaitu untuk melihat sebuah dunia yang sejahtera dan damai; hidup warganya tidak dihambat oleh pelbagai jenis ketakutan dan dalam suasana sebeginilah barangkali akan muncul tamadun manusia yang berkualiti Namun, saya yakin pada banyak pihak hal sebegini bagaikan suatu yang mustahil untuk dicapai, ia tidak lebih dari retorika belaka Memang ia bagaikan suatu mission imposible, namun di situlah letak jihad masa kini sekiranya Muslim semasa inginkan syurga di akhirat nanti.


Download ppt "SENSE OF BELONGING MENURUT PERSPEKTIF AGAMA ISLAM"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google