Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UHAS 2092 KULIAH 11 PEMANTAUAN TERHADAP GOLONGAN PROFESIONAL (PENGUATKUASAAN PERATURAN, AUTONOMI, KOD ETIKA DAN PENDEKATAN BARU)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UHAS 2092 KULIAH 11 PEMANTAUAN TERHADAP GOLONGAN PROFESIONAL (PENGUATKUASAAN PERATURAN, AUTONOMI, KOD ETIKA DAN PENDEKATAN BARU)"— Transcript presentasi:

1 UHAS 2092 KULIAH 11 PEMANTAUAN TERHADAP GOLONGAN PROFESIONAL (PENGUATKUASAAN PERATURAN, AUTONOMI, KOD ETIKA DAN PENDEKATAN BARU)

2 Pengenalan Bagaimana memastikan setiap profesional mematuhi segala tanggungjawab yang telah diamanahkan? Bagaimana mengelakkan perbuatan salah laku dan pelanggaran norma-norma profesional berlaku? Secara umumnya, semua profesion mempunyai norma- norma yang telah dikenalpasti dan dikuatkuasakan oleh profesion masing-masing. Namun adakah sistem ini benar-benar berkesan?

3 Pendekatan2 Alternatif
Pengenalan (samb’) Penguatkuasaan Peraturan Sendiri Autonomi Profesional Kod Etika Pendekatan2 Alternatif

4 Penguatkuasaan Peraturan Sendiri
Kemasukan menjadi Ahli Profesional Seseorang perlu menjadi ahli dalam badan profesional masing-masing untuk mendapatkan lesen (tauliah) sebelum menjadi pengamal persendirian. Matlamat utama adalah untuk melindungi orang awam daripada perbuatan yang tidak beretika dan tidak kompeten seseorang profesional. Seseorang dianggap mempunyai sikap beretika yang mencukupi kalau tidak melanggar peraturan dan undang-undang dan selari dengan kehendak masyarakat. Kriteria etika (moral) kadang-kadang agak kabur dan memerlukan penjelasan. Kekeliruan ini mungkin akan mewujudkan sikap diskriminasi dan prasangka.

5 Penguatkuasaan Peraturan Sendiri
Beberapa contoh yang menggambarkan kepentingan awam dan profesional yang tidak selari: Menghadkan jumlah kemasukan profesional dalam sesuatu bidang profesion dapat melindungi pendapatan ahli-ahlinya. Golongan yang berpendapatan rendah tidak mendapat perkhidmatan yang secukupnya. Peguam berusaha mengekalkan pelbagai bentuk transaksi dan perbalahan berkaitan dengan perundangan. Kajian menunjukkan bahawa 23% daripada semua tuntutan kes kemalangan jalan raya masuk ke saku peguam.

6 Autonomi Profesional Autonomi profesional mempunyai 2 bidang utama:
soal penguatkuasaan norma-norma profesional soal pengurusan aktiviti profesional Tiga hujah kuat yang menyokong perlunya autonomi: Kepakaran - pengolahan data kepada pola-pola dan penggunaan prinsip umum dan peraturan 3 hujah menentang kepakaran profesional: sukar bagi profesional bersikap tidak berat-sebelah dalam penilaian

7 Autonomi Profesional (samb’)
Kebebasan - Pentingnya membuat penilaian secara bebas 2 hujah menentang ciri kebebasan: kekuatan hujah kebebasan sebenarnya berbeza-beza mengikut keadaan Kerahsiaan - Melibatkan perhubungan profesional-klien Pertikaian antara kerahsiaan dengan autonomi profesional: kerahsiaan bukan satu kemestian utama yang menentukan autonomi seseorang profesional

8 Kod Etika Merupakan dokumen rasmi yang menyatakan nilai-nilai utama sesebuah organisasi dan peraturan-peraturan yang diharapkan dipatuhi oleh semua ahli dalam organisasi tersebut. Pada umumnya kod etika menekan perkara-perkara berikut: Norma-norma professional yang perlu dipatuhi Akauntabiliti dan tanggungjawab professional Bentuk-bentuk penyelewengan yang perlu dihindarkan Bentuk-bentuk hukuman yang dikenakan Norma-norma profesional yang diterjemahkan dalam tingkah laku yang khusus.

9 Kelemahan Kod Etika Fungsi kod etika hanya dianggap sebagai panduan umum tentang tingkah laku dan BUKAN untuk menyelesaikan masalah etika yang dihadapi dalam pelbagai situasi.

10 Pendekatan Baru A) Penglibatan Orang Biasa
Tiga pendekatan diketengahkan untuk menghalang atau menghukum perbuatan salah laku profesional. A) Penglibatan Orang Biasa Orang biasa mempunyai kemampuan untuk menilai tingkah laku profesional di mana penilaian awam menunjukkan perspektif masyarakat. Pembentukan norma melalui peraturan sendiri adalah kurang berjaya. Bukti menunjukkan bahawa orang awam telah melibatkan diri dalam menguatkuasa norma-norma profesional dengan jayanya. Mereka juga mempunyai kompetensi seperti peguam dan membuat penilaian terhadap perbuatan salah laku.

11 B) Penguatkuasaan yang Berkesan
Asas kepada disiplin profesional itu sendiri Asas untuk tindakan disiplin hendaklah diperluaskan untuk meliputi semua bentuk salah laku profesional. Kriterianya mestilah lebih jelas dan menyeluruh. Setiap profesional sepatutnya melaporkan salah laku profesional lain kepada pihak tertentu Tugas ini tidak sepatutnya dikhususkan kepada profesional lain sahaja, klien dan orang bukan profesional juga boleh berbuat demikian.

12 B) Penguatkuasaan yang Berkesan
Penyiasatan yang menyeluruh terhadap tuduhan salah laku profesional Siasatan tidak semestinya berdasarkan aduan klien semata-mata, kerana dalam kes-kes tertentu, profesional dan klien bersuhabat. Misalnya, seorang jurutera bersuhabat dengan kontraktor (klien) untuk menggunakan bahan binaan yang tidak bermutu. Sementara seorang akauntan mungkin berpakat dengan kliennya dalam usaha mengurangkan jumlah cukai yang sepatutnya dibayar. Proses dan prosedur untuk melaksanakan tindakan disiplin terhadap profesional yang ternyata melakukan perbuatan tidak beretika Hukuman yang setimpal dengan kesalahan perlu dikenakan seperti menarik lesen profesional berkenaan.

13 B) Penguatkuasaan yang Berkesan
Pelaksanaan tindakan tatatertib di kalangan profesional mempunyai kelemahan tersendiri: Hukuman tidak dapat dijalankan dengan segera kerana terpaksa melalui beberapa proses yang memakan masa yang panjang. Berkaitan dengan bidang kuasa yang berlainan dan pelbagai. Di Amerika Syarikat, lesen seorang doktor boleh digantung di negeri tertentu tetapi doktor yang sama boleh mendapatkan lesen baru di negeri lain. Di Malaysia, masalah ini tidak timbul kerana semua doktor di bawah pengawasan Majlis Perubatan Malaysia yang dipusatkan. Masalah tentang kerahsiaan proses yang dijalankan. Misalnya, nama-nama profesional yang dituduh melakukan salah laku tidak didedahkan kepada umum.

14 C) Motivasi Kepatuhan Kepatuhan terhadap norma-norma profesional adalah hasil pendidikan berterusan yang menekankan tentang kesedaran dan komitmen. 1. Kaedah penyerapan - Semua pertimbangan etika diserapkan dalam semua bidang pendidikan 2. Kursus etika profesional - Tujuannya untuk memberi peluang kepada peserta supaya memahami konsep etika. 3. Pendidikan klinikal - Untuk memahami isu-isu etika dalam keadaan sebenarnya.

15 C) Motivasi Kepatuhan (samb’)
Selain itu, tempat dan tekanan dari rakan profesional adalah penting untuk menentukan kepatuhan seseorang itu terhadap profesionnya. Kegiatan seseorang profesional yang agak tertutup dan jauh daripada pengawasan rakan profesional lain menyebabkan kepentingan diri mengatasi segala-galanya. Misalnya, mengenakan bayaran sesuka hati dan bersubahat dengan golongan berkepentingan demi menjamin pendapatan yang berterusan.

16 Kesimpulan Penguatkuasaan peraturan sendiri kurang berkesan kerana amalan salah laku masih berlaku di kalangan profesional. Peraturan profesional hanya menekankan soal keahlian dalam persatuan dan pemberian lesen dan tidak lebih daripada itu. Golongan profesional berpendapat bahawa hanya merekalah yang berkepakaran untuk menilai perbuatan salah laku profesional lain. Sebenarnya, orang awam juga boleh menilai tingkah laku profesional lebih berkesan kerana ia melibatkan perhatian umum terhadap kes-kes tertentu. Kod Etika – kandungan yang terlalu luas, kabur dan tidak khusus. 3 pendekatan baru – penglibatan orang biasa, penguatkuasaan yang baru & motivasi kepatuhan.


Download ppt "UHAS 2092 KULIAH 11 PEMANTAUAN TERHADAP GOLONGAN PROFESIONAL (PENGUATKUASAAN PERATURAN, AUTONOMI, KOD ETIKA DAN PENDEKATAN BARU)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google