Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL
2
Orang berakal sangatlah mulia, Pakaian anbia dan aulia, Barang siapa mengikut dia, Itulah tanda orang bahagia. Aulia – orang yang dipilih Allah swt untuk mendapat pertolonganNya anbia – para nabi Orang yang cerdik dianggap mulia oleh masyarakat & menyamai orang alim. Sesiapa yang menjadi pengikutnya akan hidup bahagia.
3
Kerana ia akalnya tajam, Menjadi kepala bela bermacam Jikalau mata melihatkan kejam, Disebutlah jalannya ia tersunjam. tersunjam – jatuh kepala dahulu/tersungkur Orang yang berakal akan membela sesiapa sahaja yang dianayai. Si pelaku akan menerima balasan yang setimpal dengan kekejaman yang telah dilakukannya.
4
Telek pandangan dengan makrifat, Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat, Tiada mengasihi orang yang jahat, Takut akhirnya menjadi fazihat. makrifat – ilmu mengenai sesuatu fazihat – aib, cela, nista Orang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia tidak akan bersahabat dengan orang yang jahat kerana takut terpengaruh dengan perangai jahat orang itu.
5
Sebagai lagi tanda berakal, Perintah syarak tidak menyangkal, Menjauhkan tamak hendak tawakal, Ibanya tahu dunia tak kekal. syarak – hukum-hukum yang ditetapkan agama Ibanya – belas kasihan, terharu, sedih, pilu Orang yang berakal akan mengikut hukum-hukum agama, berserah kepada Allah swt dan sedih kerana dunia tidak kekal.
6
Jika ia dikasihi raja, Tiadalah ia melanja-lanja, Tiadalah menyombong pada bekerja, Dengan taulannya bersamaan sahaja. melanja-lanja – berjalan-jalan sesuka hati Jika orang yang berakal dikasihi pembesar atau raja, dia tidak berseronok tidak tentu hala, tidak sombong dan menganggap sahabat sama taraf seperti dirinya.
7
Apabila raja kasih sangat, Makin itu makin ia ingat, Segala taulannya hatinya dihambat, Merendahkan diri serta berkhidmat. Jika pembesar atau raja terlalu sayang, mereka semakin beringat-ingat. Mereka sentiasa ingat akan sahabat handai. Mereka juga sentiasa merendah diri dan sedia memberi khidmat.
8
Demikian lagi dengar olehmu, Tanda berakal kasihkan ilmu, Suka mentelaah tiadalah jemu, Mencari kupasan jangan tersemu. tersemu - terpedaya Tanda orang berakal ialah mereka suka akan ilmu dengan cara selalu mentelaah tanpa jemu agar dapat memberi pendapat atau ulasan.
9
TEMA Syair menyebut perihal ciri-ciri dan tanda-tanda orang yang berakal iaitu orang yang berakal akan sentiasa berfikir sebelum memperkatakan sesuatu. Ciri ini ada pada para aulia yang sentiasa berlandaskan hukum syarak dan menjauhi ketamakan. Mereka tidak sombong dan tidak membezakan sesama manusia.
10
PERSOALAN Kepentingan mencari ilmu pengetahuan.
Memuliakan orang yang berilmu Sikap merendah diri / tidak sombong Sikap menghormati ketua/pemimpin Berserah dan bertawakal kepada Tuhan setelah berusaha Mengikut segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Menyayangi sahabat handai
11
NILAI Kasih sayang – orang berakal sentiasa mempunyai sifat sayang kepada semua orang terutama sahabat handai Berhati-hati – orang berakal sentiasa berhati-hati dengan apa-apa sahaja yang dilakukannya. Bertanggungjawab – mereka yang berakal sentiasa bertanggungjawab memenuhkan diri mereka dengan ilmu Kebenaran – orang berakal sentiasa menjadikan kebenaran sebagai landasan untuk melakukan sesuatu Kebersihan fizikal dan mental – mereka yang berakal bersih fizikal dan mental. Kerajianan – orang berakal rajin mentelaah ilmu pengetahuan.
12
PENGAJARAN Kita sewajarnya mencintai, mencari dan menuntut ilmu di mana sahaja dan sebanyak mungkin. Pemimpin seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Kita hendaklah memuliakan orang yang berilmu. Walau pun kita mempunyai ilmu yang tinggi, kita sewajarnya menghormati pemimpin kita. Kita sewajarnya berusaha dengan gigih, tekun dan sabar sebelum bertawakal / berserah kepada Allah. Walau pun kita mempunyai status yang tinggi, kita hendaklah manyayangi sahabat handai.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.