Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN"— Transcript presentasi:

1 PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN
Nordin Tahir JIP

2 Konsep Pertumbuhan Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. Atan Long : Perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain dari semasa ke semasa. D.S Wright & Ann Taylor : Pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang (sifat jasmani – saiz, tinggi, berat badan dan lain-lain).

3 Pertumbuhan ialah: Perubahan bersifat kuantitatif (perubahan saiz dan struktur dalam aspek fizikal, mental untuk mencapai kemuncak bila individu matang.) Kuantiti perubahan dapat dilihat dengan nyata atau dapat diukur berdasarkan peringkat-peringkat pertumbuhan melalui teknik antropometrik. Porter merumuskan bahawa kadar pertumbuhan fizikal adalah pengasas perihal maju atau lembabnya seseorg kanak-kanak, tetapi pendapat ini ditentang oleh Franz Voaf.

4 Faktor-faktor Mempengaruhi Pertumbuhan Manusia
Potensi yang diwarisi (baka). Keadaan kesihatan ibu semasa proses kehamilan. Kadar pertumbuhan sebelum lahir. Ada atau tidak ada trauma sebelum lahir. Pemakanan dan keperluan badan lain dapat dijaga. Ada atau tidak kecacatan fizikal. Kemudahan perubatan dan kesihatan. Keadaan hidup satu budaya atau kebudayaan masyarakat

5 Ciri-ciri Pertumbuhan:
Suatu keutuhan dan fenomena pertumbuhan serta perubahan itu berterusan dan berkualiti. Suatu proses yang lengkap dan sempurna. Perubahan dapat diukur dan dilihat dengan jelas. Pertumbuhan mengikut corak tertentu atau mempunyai arah tertentu berdasarkan proses kematangan yang dialami. Pertumbuhan seseorang mengikut proses kematangan. Perubahan dalam pertumbuhan dapat dilihat dengan nyata seperti tinggi, berat, kadar bentuk badan dan pertumbuhan organ dalaman. Struktur mendahului fungsi : struktur kumpulan otot akan menjadi lengkap sebelum digunakan. Peringkat pertumbuhan adalah sama bagi semua individu tetapi kadar berlainan.

6 Konsep Perkembangan: Crow & Crow : Perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Karl G. Garrison : Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan adalah mengikut urutan semula jadi dan bersifat sejagat. D.S Wright & Ann Taylor : Perkembangan ialah perubahan berlaku dalam warisan hayat. Charls Darwin (pengasas teori evolusi): Jika sistem saraf sesuatu organisma kompleks, maka masa yang diperlukan untuk matang adalah lama.

7 Konsep Perkembangan: Atan Long : Perubahan kualitatif tidak dapat diukur secara kualitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat awal dan berlaku berterusan daripada percambahan hingga akhir hayat. Beltes, Reese & Nesselroade (1977) : Dengan bertambah umur, perubahan evolusi yang lain akan berlaku iaitu dalam bentuk sahsiah, kognitif, moral, fizikal. Mohd Nazar (1990) : Perubahan dengan masa iaitu perubahan dengan umur dan perubahan daripada jenis evolusi atau ontogenik.

8 Perkembangan ialah: Proses yang berterusan dair lahir hingga kematangan dan akhir hayat atau proses individu mencapai kematangan secara berterusan. Perubahan kualitatif atau tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat perubahannya dengan membuat perbandingan sebelumnya. Berlaku secara cepat dan sukar diramal, contohnya warna rambut berubah daripada hitam kepada putih (uban). Faktor baka dan persekitaran dianggap faktor utama mempengaruhi perkembangan individu dari segi jasmani. Emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Dianggap sebagai perubahan tingkah laku mental.

9 Ciri-ciri Perkembangan:
Susunan perkembangan adalah serupa, berperaturan dan dapat diramal bagi semua ahli dalam sesuatu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat. Perkembangan berlaku mengikut kadar yang berlainan. Perkembangan berlaku daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu. Perubahan bersifat kualiti, tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat dari perubahan sifat. Proses perkembangan berterusan dari permulaan hingga akhir hayat melebihi peringkat kematangan. Perkembangan timbul dari tindakan yang saling berkaitan antara pertumbuhan jasmani dan pembelajaran. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

10 Adakah Budin mengalami perkembangan atau pertumbuhan
Adakah Budin mengalami perkembangan atau pertumbuhan? Berikan alasan anda.

11 Perbezaan Pertumbuhan Dengan Perkembangan
Aspek Pertumbuhan Perkembangan Umum Perubahan bersifat kuantitatif Perubahan bersifat kualitatif Boleh diukur mengikut peringkat atau masa Tidak boleh dikukur perubahannya Boleh dilihat perubahan atau diperhatikan Sukar dilihat Perubahan fizikal (luaran) tinggi otot kelenjar, berat badan Perubahan dalaman (pemikiran, rohani, moral, sosial) Capai kemuncak bila tiba kematangan Berterusan dari lahir hingga akhir hayat Perubahan tingkah laku fizikal Perubahan tingkahlaku mental (pemikiran) Jasmani Tinggi, saiz, berat, pertumbuhan gigi, urat daging, saraf Kemahiran menggunakan anggota seperti berlari, melompat, berjalan Mental Bertambah dan berkembang keupayaan berfikir termasuk perkara yang subjektif Kemahiran menggunakan bahasa perkataan, angka, pemikiran ingatan dan taakulan Emosi Perasaan sayang, gembira, riang, suka, cemburu, duka, marah,jijik dan takut Memahami perasaan menguasai dan mengamalkan perasaan ketika marah, takut, cemburu Sosial Luaskan perhubungan dan pergaulan dalam keluarga, rakan sebaya jiran dan masyarakat Timbul kesedaran disiplin kumpulan perbezaan jantina, perasaan & penyesuaian rakan

12 Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan:
Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dari umum ke khusus. Contoh perkembangan ialah bila bayi menangis dan kemudiannya berfokus kepada sebab yang khusus, seperti lapar atau ketidakselesaan fizikal. Pertumbuhan dan perkembangan yang menunjukkan peningkatan kerumitan (complexity).Contohnya, pertumbuhan dari otot kasar ke otot halus. Contoh perkembangan ialah bila kanak-kanak belajar menyelesaikan masalah harian menggunakan strategi-strategi yang canggih. Pertumbuhan dan perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza. Contoh pertumbuhan ialah pencapaian ketinggian seseorang individu berbeza pada umur yang sama. Maka adalah menjadi kebiasaan terdapat kadar pertumbuhan yang berbeza di dalam bilik darjah.

13 Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan:
Pertumbuhan dan perkembangan yang mengikut tertib. Contoh pertumbuhan ialah kematangan kepala mendahului tangan dan kaki. Perkembangan pula, bila seorang individu membuat sesuatu sebelum meneruskan yang lain. Contohnya, bayi duduk sebelum berjalan; mulakan dengan percakapan bayi sebelum bercakap. Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara beransur-ansur. Di dalam permainan badminton, seorang murid yang tidak dapat melakukan servis dengan betul, akhirnya dapat juga menguasai kemahiran tersebut walaupun ia mengambil masa.

14

15 Kontroversi Baka dan Persekitaran
Mereka yang menyokong faktor baka percaya bahawa corak perkembangan kanak-kanak diwarisi sejak lahir dan dikawal separa atau sepenuhnya oleh kod genetik daripada ibu-bapa. Pandangan di pihak yang menyokong faktor persekitaran pula, berpendapat bahawa perkembangan seseorang individu adalah hasil dari pengaruh atau pengalaman sejak lahir. Menurut mereka, faktor yang terlibat termasuk latar belakang keluarga, amalan asuhan kanak-kanak, kesihatan dan pemakanan, status sosio-ekonomi dan kualiti sekolah.

16 Renungkan Persoalan Ini…

17 Hasil kajian dari ahli tingkah laku genetik menunjukkan bahawa baka memainkan peranan yang penting dalam perkembangan personaliti selain perkembangan fizikal. Dari kajian ini juga menunjukkan persekitaran juga memainkan peranan yang penting. Contohnya, sepasang kembar serupa yang dibesarkan berasingan tidak mempunyai IQ yang sama seperti kembar serupa yang dibesarkan bersama-sama. Ini adalah kerana peranan yang dimainkan oleh persekitaran. Kini, kita jarang bertemu dengan ahli psikologi yang menyokong kuat satu pendapat sahaja. Kebanyakan daripada mereka percaya bahawa kedua-dua faktor baka dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam perkembangan individu.


Download ppt "PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google