Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 9: Etika Kewartawanan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 9: Etika Kewartawanan"— Transcript presentasi:

1 UNIT 9: Etika Kewartawanan

2 Pada 20 Mei 1989, A. Samad Ismail mengisytiharkan Kod Etika Wartawan Malaysia yang telah digubal oleh Jawatankuasa Penggubal Tatasusila yang diketuai oleh Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Mazlan Nordin (H.M Tuah Iskandar 1990). Dalam kod itu menyatakan 8 etika:-

3 a. Tugas utama wartawan melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar. b. Dalam melaksanakan tugasnya, wartawan hendaklah menghayati kebebasan mencari dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama.

4 c. Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar, filem dan dokumen. d. Sebarang maklumat disiar yang didapati tidak benar dan tepat hendaklahdiperbetulkan. e. Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita.

5 f. Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme, fitnah dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa-apa jua bentuk sekalipun. g. Wartawan hendaklah menghindarkan siaran berita dan rencana yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia. h. Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yangberkaitan secara langsuang dengan profesion mereka

6 Penggunaan Kod Etika 1.Pengumpulan bahan
Semasa mengumpul bahan, wartawan perlu berhati-hati mengklasifikasi jenis bahan rasmi kerajaan, sumber berita, dan kawalan undang-undang berkaitan dengan bahan atau dokumen milik kerajaan. Ini kerana semua dokumen rasmi kerajaan dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

7 2. Penulisan Ketika menulis, wartawan perlu patuh kepada tuntutan Kod Etika IAM yang ketiga iaitu, “Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar, filem dan dokumen

8 3. Penyemakan Penyemakan ialah suatu proses pembuatan keputusan mengenai kaedah bagaimana sesuatu hasil penulisan dapat diperbaiki dan dikemaskinikan.

9 4. Penyuntingan Ketua editor perlu mengawasi tuntutan Kod Etika IAM yang keenam, ketujuh dan kelapan, iaitu:

10 - “Wartawan haruslah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri dari plagiarisma, fitnah dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun”; - “Wartawan hendaklah menghindarkan siaran berita atau rencana yang bersifat perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia”; - “Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara langsung dengan profesion.”

11 Etika Media:- a. Etika Absolutis
Wartawan bergantung kepada garis panduan atau peraturan seterusnya dianggap sebagai perundangan atau sesuatu yang sah. Sekiranya sesuatu berita itu menarik, semasa, penting dan signifikan, maka berita itu dianggap berita utama dan perlu dilaporkan.

12 b. Antinomian Wartawan merasakan mereka bekerja dan melaporkan berita berdasarkan pemikiran yang bebas dan tidak memihak kepada sesiapa dalam tugas adalah lebih baik kerana mereka boleh menjadi pemantau kepada sistem pentadbiran negara

13 c. Situasionis Ini melibatkan cara wartawan melaporkan berita berdasarkan kejadian yang benar dan objektif tanpa memihak sesiapa. Para wartawan ini beranggapan mereka boleh mencorakkan sebuah berita demi kebenaran atau keselamatan diri mereka, orang ramai atau sesuatu pihak yang lain. Etika ini berteraskan emosi dan budi bicara serta faktor masa, tempat dan keadaan yang berbeza

14 Sejauhmanakah kod etika ini diamalkan?
Latihan Sejauhmanakah kod etika ini diamalkan?

15 Masih kurang kerana:- Campur tangan politik Kepentingan peribadi dan khalayak Untuk popular sebagai pemula media Meraih penjualan tinggi Tiada tindakan diambil terutamanya media baru


Download ppt "UNIT 9: Etika Kewartawanan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google