Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

(Tafsir bid-dirayah/Tafsir bil ma’qul)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "(Tafsir bid-dirayah/Tafsir bil ma’qul)"— Transcript presentasi:

1 (Tafsir bid-dirayah/Tafsir bil ma’qul)
التفسير بالرأي AL-TAFSIR BI AL-RA’YI (Tafsir bid-dirayah/Tafsir bil ma’qul)

2 DEFINISI Tafsir bi al-ra’yi = ijtihad yang dilandasi dengan dasar-dasar yang benar dan kaedah- kaedah yang lurus Bukan hanya sekadar idea semata-mata atau sembarangan tetapi berdasarkan kepada pengetahuan bahasa arab, pemahaman uslubnya menurut bangsa arab

3 PEMBAHAGIAN TAFSIR BI AL-RA’YI
Mazmum مذموم Mahmud محمود

4 TAFSIR BI AL-RA’YI MAHMUD
Penafsiran yang selari dengan tujuan Allah Jauh dari kesesatan Sesuai dengan kaedah-kaedah bahasa arab Pegang pada uslub-uslubnya dalam memahami nas-nas quran

5 TAFSIR BI AL-RA’YI MAZMUM
Penafsiran quran yang tidak didasari ilmu Tanpa mengetahui kaedah bahasa arab Berdasarkan aliran yang rosak

6 PENDAPAT ULAMA Terdapat dua perbezaan pendapat:
Tafsir bi al-ra’yi diperbolehkan Tafsir bi al-ra’yi tidak diperbolehkan

7 KELOMPOK YANG MEMPERBOLEHKAN
Hujah mereka: Allah memerintahkan supaya merenung ayat- ayat quran Firman Allah: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat- ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” Saad:29

8 KELOMPOK YANG MEMPERBOLEHKAN
2) Allah memerintahkan orang-orang yang hendak menggali hukum agar merujuk kepada ulama Firman Allah: “Kalau mereka serahkan hal itu kepada Rasul atau pada yang mempunyai urusan di antara mereka, nescaya orang-orang yang meneliti di antara mereka mengetahui akan hal ini.” surah an-nisa’:83

9 KELOMPOK YANG MEMPERBOLEHKAN
3) Jika tafsir dengan ijtihad tidak diperbolehkan, bererti ijtihad itu sendiri tidak diperbolehkan Mujtahid akan diberi pahala samaada benar mahupun salah Kesan ijtihad jika tidak dibolehkan: Banyak hukum tak dapat diselami

10 KELOMPOK YANG MEMPERBOLEHKAN
4) Rasulullah pernah mendoakan bapa saudaranya Baginda, Ibn Abbas seperti ini yang bermaksud: “Ya Allah, berilah dia pemahaman pada agama dan ajarkan kepadanya ta’wil.”

11 KELOMPOK YANG TIDAK MEMPERBOLEHKAN
Hujah mereka: 1) Firman Allah: ولا تقف ما ليس لك به علم (al-Isra’ 17:36) 2) Penerangan adalah tugas Rasul sahaja 3) Hadith Ibn Abbas: “Barangsiapa berkata tentang al-Quran berdasar pendapatnya, maka ambillah tempat duduknya di neraka.”

12 CONTOH TAFSIR BI AL-RA’Y MAZMUM
Al-Isra’ (17:71) : يوم ندعو كل أناس بإمامهم إمام jama‘ kepada أم: manusia akan dibin kepada ibunya. Al-Isra’ (17:72): ومن كان في هذه أعمى فهو في الآخرة أعمى وأضل سبيلا Buta: sebagai buta mata.

13 KITAB-KITAB TAFSIR BI AL-RA’Y- TURATH
1- Mafatih al-Ghayb oleh Fakhruddin/ Fakhr al-Razi ( H). 2- Anwar al-Tanzil Wa Asrar al-Ta’wil (Tafsir al- Baydawi) oleh Nasir al-Din al-Baydawi (691H). 3- Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-Takwil oleh Abu al- Barakat al-Nasafi (701H). 4- Lubab al-Ta’wil fi Ma‘ani al-Tanzil oleh ‘Ala al-din al- Khazin (678H-741H).

14 KITAB-KITAB TAFSIR BI AL-RA’Y- TURATH
1- Tafsir Nur al-Ihsan oleh al-Fadil Haji Muhammad Said bin Umar kadi Jitra, Kedah ( M) 2- Tafsir al-Quran al-Hakim oleh al-Fadil Ustaz Mustafa Abdul Rahman Mahmud, Perak. 3-Tafsir Quran Marbawi oleh al-Shakh Muhammad Idris al-Marbawi

15 RUJUKAN al-Dhahabi, Muhammad Husayn, Dr. (t.t), al-Tafsir wa al-Mufassirun, 3 J. Beirut: Sharikah Dar al-Arqam ibn Abi al-Arqam. al-Khalidi, Salah cAbd al-Fattah, 2002M/ 1423H, Tacrif al-Darisin bi Manahij al- Mufassirin, Damshik: Dar al-Qalam. al-Qattan, Mannac, 1990M/ 1410H, Mabahith fi culum al-Quran, Beirut: Mua’ssasah al-Risalah al-Suyuti Jalal al-Din cAbd al-Rahman (1993/1414), al-Itqan fi cUlum al-Qur’an. Dr. Mustafa Dib al-Bugha (taqdim). 2 j. c. 2. Beirut: Dar Ibn Kathir. al-Zarkasyi, Badr al-Dīn Muhammad ibn cAbd Allah (1980M/1400H), al-Burhan fi cUlum al-Qur'an, Muhammad Abu al-Fadl Ibrahim (tahqiq), 4 j. c. 3, Sacūdi Arabiya: Ri’āsah Idārāh al-Buhūs al-cIlmiyyah wa al-Iftā’ wa al-Dacwah wa al- Irsyād. al-Zarqani, Muhammad cAbd al-cAzim (1988/ 1409), Manahil al-cIrfan fi cUlum al- Quran, Ahmad Syams al-Din (takhrij), 2 j. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah. Fadl Hasan cAbbas. Prof. Dr. (1997) Itqan al-Burhan fi cUlum al-Qur’an, Jordan: Dar al-Furqan.

16 التفسير الإشاري AL-TAFSIR AL-ISYARI

17 DEFINISI Tafsir al-isyari = ta’wil quran yang berbeza dengan maksud tersurat sesuatu lafaz atau ayat. Ini adalah kerana ia hanya mampu diketahui oleh “ulul ilmi” (orang-orang yang berilmu tinggi) yang hatinya mendapat sinar terang dari Allah

18 Muhkam & mutasyabih

19 terbahagi kpd TIGA kategori
Ayat-ayat al-Quran terbahagi kpd TIGA kategori Al-quran secara umumnya Muhkam (jelas) Al-Quran secara umumnya Mutasyabih (menyerupai) Al-Quran secara khususnya Muhkam & secara khususnya Mutasyabih

20 Umumnya MUHKAM [JELAS]
Maksudnya: ketepatan dan kualiti tinggi pada lafaz-lafaz dan erti-ertinya. Al-Quran menggunakan bahasa dan sastera yang amat fasih. Kesemua berita-beritanya benar dan bermanfaat. Al- Quran tidak mengandungi penipuan, percanggahan mahupun kata-kata kosong yang tidak berguna. Kesemua hukum- hukumnya adil, tidak zalim, tidak bercanggahan dan bukannya hukum yang tidak relevan.

21 Umumnya Mustasyabihat [saling menyerupai]
Maksudnya: Yang dimaksudkan dengan mutasyabih (menyerupai) ialah kesemua ayat-ayatnya saling menyerupai dalam kesempurnaan, kualiti tinggi dan tujuan-tujuan terpuji. Firman Allah Ta‘ala (al-Nisa' 4:82): ( وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلافاً كَثِيراً) Maksudnya: Kalau kiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.

22 Secara khususnya muhkam
Yang dimaksudkan dengan muhkam (jelas) di sini ialah erti ayat itu jelas dan terang, tiada kesamaran padanya. Contohnya ialah: Firman Allah Ta‘ala (al-Hujurat 49:13): (يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا) Maksudnya: Hai manusia, sesungguhnya Kami telah mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali.

23 Secara khususnya mutasyabihat
Yang dimaksudkan dengan mutasyabih (samar) di sini ialah erti ayat itu tersembunyi dan mempunyai kemungkinan. Sesetengah orang yang membacanya mungkin akan menyangkakan sesuatu yang tidak layak bagi Allah Ta‘ala, kitabNya atau rasulNya. Akan tetapi, orang yang berilmu dan teguh ilmunya dapat memahami erti sebenarnya.

24 (بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ)
Contohnya: Dalam perkara yang berkaitan dengan Allah ialah firman Allah Ta‘ala (al-Maidah 5:64): (بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ) Maksudnya: Tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka. Mungkin ada orang yang faham bahawa Allah Ta‘ala mempunyai dua tangan seperti tangan makhluk-makhlukNya.

25 JENIS-JENIS TASYABUH DALAM AL-QURAN
Kesamaran yang hakiki (sebenar): Apa yang tidak dapat diketahui oleh manusia seperti hakikat sifat-sifat Allah Ta‘ala. Walaupun kita mengetahui erti sifat itu, kita masih tidak mengetahui hakikat dan bentuknya contohnya berdasarkan kepada:

26 ( وَلا يُحِيطُونَ بِهِ عِلْماً)
Firman Allah Ta‘ala ( Taha 20:110): ( وَلا يُحِيطُونَ بِهِ عِلْماً) Maksudnya: Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka sedang ilmu mereka tidak dapat meliputiNya. Kesamaran jenis ini tidak boleh ditanya tafsirannya kerana jalannya tertutup.

27 Kesamaran yang nisbi (tertakluk):
Apa yang samar bagi sesetengah manusia sahaja. Kesamaran ini diketahui oleh golongan yang teguh ilmunya sahaja. Jenis kesamaran ini boleh ditanya tafsirannya dan penerangannya kerana jalannya terbuka. Di dalam al-Quran tidak ada perkara yang tidak dapat diketahui oleh kesemua manusia.

28 ( لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)
Contoh: Firman Allah Ta‘ala (al-Syura 42:11): ( لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ) Maksudnya: Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Ayat ini samar bagi golongan ta‘til (penolak sifat) yang mengatakan bahawa ayat ini menunjukkan Allah Ta‘ala tidak bersifat. Mereka mendakwa bahawa sekiranya Allah Ta‘ala bersifat, ini bermaksud telah berlakulah penyerupaanNya dengan makhluk. Mereka sebenarnya telah meninggalkan banyak lagi ayat yang menunjukkan bahawa Allah Ta‘ala mempunyai sifat- sifat dan juga penetapan makna sifat tidak bererti menyerupakanNya dengan makhluk.

29 Hikmah wujudnya muhkam & mutasyabih
Sekiranya seluruh al-Quran adalah muhkam: Tiadalah hikmat dalam menjadikannya ujian terhadap kepercayaan dan amalan manusia kerana pengertiannya jelas dan tidak wujud peluang untuk menyelewengkannya atau berpaut kepada kesamarannya untuk menimbulkan fitnah dan mentakwilnya (memberi erti salah).

30 Sekiranya seluruh al-Quran adalah mutasyabih:
hilanglah peranannya sebagai penjelas dan petunjuk kepada manusia. Al-Quran juga tidak dapat diamalkan dan tidak dapat membina aqidah yang tepat.

31 RUJUKAN al-’Uthaimin, Muhammad bin Salih Terj. Fadlan Mohd. Othman. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.


Download ppt "(Tafsir bid-dirayah/Tafsir bil ma’qul)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google