Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Personifikasi Sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Personifikasi juga merupakan satu unsur yang.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Personifikasi Sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Personifikasi juga merupakan satu unsur yang."— Transcript presentasi:

1 Personifikasi Sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Personifikasi juga merupakan satu unsur yang menggunakan kiasan untuk memberi sifat-sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, mahupun tindak-tanduk kepada objek, binatang, idea atau hal yang abstrak, contohnya: 1. Merangkaklah senja menutup pandangan. 2. Angin tiba-tiba jadi malas. 3. Bulan tersenyum rawan. 4. Damai melambainya pulang. MINGGU 11 (Samb.)

2 Hiperbola Sejenis kiasan yang mengandungi penyataan yang berlebih-lebihan ukuran dan sifatnya atau sejenis bahasa kiasan atau majas yang menyatakan sesuatu menggunakan cara yang sangat berlebihan dengan maksud atau gambaran sebenar. Contohnya: Lautan api sanggup direnangi. Kita titis air mata darah. Bapa duduk di anjung, teringat mak. Sunyi macam hendak gila. Kamar ini pun bermandikan darah.

3 Paradoks Gaya bahasa yang mengandungi penyataan yang bertentangan dengan fakta yang ada secara nyata. Gaya ini digunakan untuk mendapatkan perhatian umum dan memberi tekanan tertentu. Oleh itu, gaya ini lebih mirip kepada ironi. Unsur ini kerap ditemui dalam pepatah dan bidalan, contohnya: Angin damai membawa api beracun. Ayam mati kelaparan di kepuk, itik mati kehausan di air. Yang pahit itu ubat, yang manis itu racun.

4 Bahasa Kiasan Berpindah
Bahasa kiasan yang tidak menyatakan bandingan tetapi terdapat perpindahan daripada perkara yang dimaksudkan kepada perkara yang dibandingkan. Bahasa kiasan berpindah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu: Kiasan Sandar Kiasan Terus Kiasan Berangkap/Bersajak Kiasan Berbunga Kiasan Pemanis (Halus) Kiasan Melompat Kiasan Melarat

5 Kiasan Sandar Kiasan yang tidak menyatakan bandingan, sebaliknya terus berpindah kepada benda bandingan itu sendiri, contohnya: 1. Mandi kerbau 2. Pekak badak

6 Kiasan Terus Bentuk kiasan yang mempunyai makna yang lain daripada makna perkataan itu sendiri, contohnya: Harimau berantai (orang yang sangat garang, bengis). Kutu embun (orang yang selalu pulang lewat malam). Pisau cukur (wanita yang suka mengikis harta lelaki).

7 Kiasan Berangkap/Bersajak
Kiasan jenis ini menunjukkan perbandingan dengan cara yang berbeza-beza atau bersajak; selalunya berisi jenaka, contohnya: 1. Dulu papan, sekarang besi ……………………………… 2. Lain dulang, lain kakinya …………………………… 3. Hujung bendul dalam semak ………………………………..

8 Kiasan Berbunga Kiasan yang menggunakan rangkai kata yang indah atau berbunga-bunga, contohnya: Selimut kemalasan menyelimuti tubuhnya. Adat lama telah reput dimakan usia. Hancur lebur harapannya, tiada bersisa.

9 Kiasan Pemanis (Halus)
Kiasan yang menggunakan perbandingan yang tidak tepat untuk melindungi sesuatu makna yang kurang elok atau kurang manis jika dinyatakan secara berterus terang, contohnya: 1. Pergi ke sungai besar 2. Berbadan dua 3. Meninggal dunia, kembali ke alam baqa

10 Kiasan Melompat Kiasan yang melangkah satu tingkat atau lebih daripada perkara atau benda yang asal atau sebenarnya, contohnya: 1. Menanak nasi (sebenarnya, memasak beras) 2. Menjahit baju (sebenarnya, menjahit kain untuk membuat baju) 3. Mencucuk atap (sebenarnya, mencucuk daun untuk dijadikan atap)

11 Kiasan Melarat Kiasan yang makna atau maksudnya sudah menyimpang jauh daripada maksud asal, seolah-olah menjadi perkataan yang mempunyai makna baharu. Sebagai contoh: Sudah berisi (mulai hamil) Badan melidi (terlalu kurus) Tubuhnya membadak (terlalu gemuk)


Download ppt "Personifikasi Sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Personifikasi juga merupakan satu unsur yang."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google