Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)"— Transcript presentasi:

1 PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 3

2 APAKAH PLBS? PLBS ialah proses pentaksiran lisan yang dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam ataupun di luar bilik darjah.

3 Apakah mata pelajaran yang terlibat dalam PLBS?
Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 bagi sekolah menengah.

4 APAKAH MATLAMAT PLBS ? PLBS bermatlamat untuk melahirkan murid yang terampil bertutur dalam pelbagai situasi serta mempunyai kemahiran dan keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan berkesan.

5 MENGAPAKAH GURU YANG MELAKSANAKAN PLBS?
Guru dapat mengetahui tahap pencapaian lisan murid yang sebenar. Kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran tinggi. Proses penambahbaikan ataupun pemulihan kualiti lisan dapat dijalankan secara berterusan.

6 APAKAH PERANAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA (LPM)?
Pihak LPM menyediakan garis panduan pelaksanaan PLBS dengan membekalkan setiap sekolah buku Manual Pengurusan dan Pengendalian PLBS. Selain itu, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah akan memainkan peranan bagi menentukan garis panduan tersebut dilaksanakan.

7 APAKAH YANG DITAKSIR DALAM PLBS?
Aspek yang akan ditaksir dalam PLBS berdasarkan empat konstruk; Kosa kata dan tatabahasa Sebutan, intonasi dan nada Fasih dan bermakna Bertatasusila

8 BAGAIMANAKAH GURU-GURU BOLEH MENJALANKAN PENTAKSIRAN LISAN SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN?
Guru-guru boleh merujuk kepada pakej aktiviti yang dicadangkan dan model pentaksiran dalam manual PLBS. Pakej aktiviti ini ialah senarai aktiviti yang disusun berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

9 BAGAIMANA DENGAN MODEL PENTAKSIRAN ?
Terdapat 5 model PLBS iaitu; Model Individu Model Individu – Pendengar Model Individu – Penggalak Model Kumpulan ( berpasangan ) Model Kumpulan

10 APAKAH PAKEJ AKTIVITI YANG DICADANGKAN INI SELARI DENGAN SUKATAN PELAJARAN?
Ya, pakej aktiviti yang dicadangkan selari dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Walau bagaimanapun guru-guru boleh membuat pengubahsuaian semasa pengajaran dan pembelajaran.

11 BERAPA KALIKAH MURID AKAN DITAKSIR ?
Pentaksiran akan dijalankan secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran sehingga murid mencapai tahap kemahiran yang memuaskan.

12 ADAKAH PLBS DIJALANKAN DALAM WAKTU YANG KHUSUS ?
Tidak, PLBS ialah sebahagian daripada pedagogi pengajaran.

13 BOLEHKAH PLBS DILAKSANAKAN DI LUAR WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN?
Boleh, contohnya semasa perhimpunan sekolah dan aktiviti kokurikulum.

14 APAKAH BENTUK PELAPORAN PLBS?
Penyataan pencapaian murid dalam PLBS akan dilaporkan dalam buku rekod / kad pencapaian murid berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan.

15 APAKAH PLBS AKAN MENAMBAHKAN BEBAN TUGAS GURU ?
Tidak, kerana PLBS: bukan ujian. membolehkan proses penambahbaikan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan. bahan pentaksiran telah disediakan.

16 APAKAH LANGKAH KAWALAN BAGI MEMASTIKAN PLBS BERJALAN LANCAR?
Pentadbir sekolah akan memastikan pelaksanaan PLBS berjalan sebagaimana yang dihasratkan.

17 Terima Kasih


Download ppt "PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google