Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Kemahiran Pengurusan Maklumat Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Kemahiran Pengurusan Maklumat Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat"— Transcript presentasi:

1 Kemahiran Pengurusan Maklumat Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
HHHC9301 ( Set 7 ) Disediakan oleh : Disemak oleh : Amirul Ariff Bin Rosli A143541 FEP Dr. Khairul Azman Bin Aziz

2 Butiran Program Nama Program : Opkim PERDANA Bersama Masyarakat Orang Asli (PERMAI’14) Penganjur : Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim (PERDANA),Universiti Kebangsaan Malaysia Tarikh : 18 – 21 Januari 2014 Tempat : Pos Mendrop, Gua Musang, Kelantan Darul Naim. Jawatan : Ahli Jawatan Kuasa

3 Butiran Program MISI Melahirkan Mahasiswa yang serba boleh dan berwibawa dalam membantu masyarakat serta memberi pengisian dari aspek rohani, jasmani dan ilmu pengetahuan dalam membangunkan masyarakat yang dinamis dan berakhlak mulia. MATLAMAT Menjalankan program yang berbentuk ilmiah, ilmu pengetahuan dan berakademik untuk mencapai sesuatu matlamat yang ingin dicapai dan berusaha untuk memantapkan sahsiah pelajar, meninggikan martabat ilmu selari dengan falsafah universiti dan memupuk semangat ukhwah di kalangan semua pelajar khususnya dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar amnya. OBJEKTIF •Memberi peluang kepada mahasiswa membantu ahli masyarakat orang asli di dalam pembangunan mental dan fizikal. •Menyampaikan dakwah islam kepada orang asli •Mendedahkan kehidupan mengikut syariat islam kepada masyarakat orang asli •Memberi peluang kepada mahasiswa mempelajari dan mengkaji kehidupan dalam sesebuah masyarakat orang asli.

4 Perancangan Program Sebagai ahli jawatankuasa program, saya diminta agar membuat persiapan dalam menyampaikan dakwah di sana. Jadi, saya telah membuat beberapa persiapan awal dengan mencari dan menambah ilmu pengetahuan saya. Antara sumber rujukan yang saya gunakan bagi mendapat maklumat adalah seperti berikut : 1. Buku-buku Ilmiah Saya telah membuat rujukan buku-buku ilmiah bagi menambahkan pengetahuan saya. Antara buku yang dirujuk adalah seperti berikut : 1) Hadis 40 Imam Nawawi 2) Islam Sehari-hari 3) Andainya Engkau Tahu 4) Misteri Keajaiban Dunia 5) Indahnya Rumah Tangga Rasulullah SAW 6) La Tahzan

5 Perancangan Projek Buku-buku yang dirujuk :

6 Perancangan Projek 2. Ceramah Agama
Saya telah menonton beberapa ceramah agama yang saya muat turun daripada youtube. Antara ceramah yang dirujuk adalah : Ustaz Azhar Idrus ( ) Ustaz Don Daniel ( ) Rancangan Tanyalah Ustazah ( ) Ustaz Haslin ( ) Ustazah Fatimah Syarha ( ) Ustaz Izhar Arif ( ) 3. Internet Saya telah membuat beberapa rujukan internet yang tepat dengan melayari blog-blog agama.

7 Perancangan Projek 4. Perbincangan Kumpulan Perbincangan kumpulan turut dilaksanakan bagi memantapkan ilmu kami

8 Perancangan Projek 5. Kem Dakwah Saya juga telah mengikuti kem dakwah anjuran Perkim UKM bagi mempelajari cara-cara berdakwah. Kem ini dipanggil Smart Ukwah Perkim.

9 Perancangan Program 6. Rujukan Tetap Setiap ahli jawatan kuasa yang mengikuti program Opkim Perdana Bersama Orang Asli (PERMAI’14 ) dibekalkan dengan power point berkaitan amali solat. ( Saya telah muat turun power point bertajuk “Amali Solat” ) 7. Soal Jawab Kami juga mengadakan sesi soal jawab agar dapat lebih memahami budaya orang asli serta dapat memudahkan penyampaian dakwah kepada mereka.

10 Perancangan Projek 8. Taklimat Ringkas Saya dah peserta lain diberikan taklimat ringkas sebagai persiapan akhir kami.

11 Pelaksanaan Program Kem Solat
-Kem solat ini adalah berobjektifkan untuk mengajar perkara asas yang berkaitan dengan solat seperti cara wuduk, Al-fatihah, tahyat, dan hafalan surah-surah pilihan. Sasaran program ini adalah kepada golongan ramaja.

12 Pelaksanaan Program Ziarah Mahabbah
-Setiap pelajar digalakkan mengunjungi keluarga angkat berulang kali bagi menjalin hubungan erat dengan masyarakat Orang Asli. Melalui amalan ziarah ini, kami dapat mewujudkan komunikasi antara masyarakat di sana. Antaranya dapat menyampaikan maklumat tentang program yang kami adakan ini seperti sukaneka, setiap malam diadakan makan malam bersama Orang Asli dan lain-lain.

13 Pelaksaan Program Permainan Tradisi Orang Asli
-Semua peserta bermain permainan tradisi orang asli yang akan yang akan diajar oleh mereka. Dengan permainan seperti ini mahasiswa/I dalam mendalami atau mengetahui sejauh mana tahap sosial golongan tersebut. Selain itu, dengan cara ini mahasiswa/i dapat menyelami jiwa mereka untuk menyebarkan dakwah.

14 Pelaksanaan Program Tayangan video
-Video yang akan ditayangkan adalah video berkaitan dengan sejarah penyebaran islam pada zaman nabi dan sahabat tentang kebesaran agama islam kepada seluruh alam. Tayangan ini akan disaksikan oleh semua keluarga angkat bersama dengan anak angkat mereka mahasiswa/i. Sambil menyaksikan tayangan video itu, anak angkat dari mahasiswa/i akan berperanan menjelaskan kepada keluarga angkat mereka mengenai kebesaran agama islam.

15 Penutup Program Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan dan juga mampu memberi sumbangan yang bernilai kepada saya. Antaranya dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat luar, berkenalan dan seterusnya menambahkan soft skill kepada mahasiswa.


Download ppt "Kemahiran Pengurusan Maklumat Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google