Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehYuliani Sutedja Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Nota 2 BBM5201: Pembangunan Bahasa Melayu
Prof. Madya Dr. Adi Yasran bin Abdul Aziz
2
Kandungan Pendahuluan
Kepelbagaian Pendekatan Linguistik (Modul 2 dan 4) Tradisional dan moden Preskriptif dan deskriptif Rumusan
3
Pendahuluan Dalam sejarah dan perkembangannya linguistik dipenuhi dengan berbagai pendekatan yang terdiri daripada aliran, fahaman, teori dan model kajian. Pendekatan linguistik boleh dibahagikan kepada tradisional lawan moden dan preskriptif lawan deskriptif.
4
Nahu Tradisional Nahu tradisional menganalisis bahasa berdasarkan falsafah dan makna tanpa menggunakan asas teori linguistik tertentu. Dikatakan telah bermula sejak zaman Plato abad ke-5 SM dan Aristotles abad ke-4 SM. Boleh dibahagikan kepada 6 zaman, iaitu Zaman Yunani/Greek Purba, Romawi, Pertengahan (abad ke- 11 hingga 15 M), Pembaharuan/Renaissance (abad ke-15 hingga 16M), Pasca-Pembaharuan (abad ke-17 hingga abad ke-18) dan Permulaan Ilmu Linguistik (1786 hingga awal abad ke-20).
5
Nahu Tradisional Di Malaysia pendekatan nahu tradisional dikatakan mula digunakan sejak awal abad ke-19. Dikatakan dipelopori oleh William Marsden 1812, dan diikuti oleh Crawfurd 1852, Maxwell 1881, Shellabear 1899, Winstedt 1913 dll. Di kalangan sarjana tempatan muncul Raja Ali Haji 1850an dan Za’ba 1940an.
6
Nahu Moden Nahu moden menerapkan pendekatan linguistik moden yang berteraskan kajian saintifik dengan prinsip khusus dalam tatakaedah penyelidikan dan penganalisisan data. Dikatakan diperkenalkan pada awal abad ke-20 oleh Ferdinand de Saussure ( ). Beliau digelar bapa linguistik moden dan dianggap pelopor kepada teori linguistik struktural.
7
Nahu Moden Di Malaysia, pendekatan nahu moden dikatakan bermula pada pertengahan abad ke-20, khususnya selepas Negara mencapai kemerdekaan. Usaha ini dilakukan oleh sarjana tempatan yang telah mendapat pendedahan ilmu linguistik sama ada di universiti tempatan atau luar negara seperti Hendon Rufus (1966), Yunus Maris (1966), Asmah Haji Omar (1969), Abdullah Hassan (1974), Nik Safiah Karim (1975), Farid Onn (1976) dll.
8
Nahu Deskriptif Tatabahasa Deskriptif ialah tatabahasa yang menghuraikan perilaku dan aspek kebahasaan sesuatu bahasa itu seadanya seperti yang terdapat dalam korpus yang dikaji yang dikenali sebagai ‘pacuan korpus’ (corpus driven) termasuklah pola yang tergolong dalam kes kepelbagaian struktur seperti kepelbagaian struktur ayat pasif dalam bahasa Melayu yang dikatakan ada lima pola. Pendekatan deskriptif adalah pendekatan yang menjadi pegangan dan amalan dalam kajian ilmu linguistik moden termasuklah teori struktural atau taksonomi yang berkembang di Barat sejak tahun 1930an dan transformasi generatif yang bermula pada 1950an.
9
Nahu Deskriptif Teori struktural mengkaji dan menghuraikan struktur atau binaan yang membentuk pola linguistik yang wujud dalam bahasa. Teori ini telah berkembang dengan pelbagai nama seperti behaviourisme, sistemik, fungsional dll. Antara penahu Melayu yang menggunakan pendekatan deskriptif ini ialah Abdullah Hassan (1974), Asmah (1980), Arbak (1981), Liaw Yock Fang (1985) dll.
10
Nahu Preskriptif Tatabahasa preskriptif atau normatif adalah satu pendekatan penghuraian nahu yang menekankan kepentingan rumus atau peraturan yang betul atau salah penggunaan bahasa oleh pengguna bahasa bagi tujuan penyeragaman untuk mewujudkan satu sistem nahu yang baku sebagai pegangan dan rujukan. Antara rujukan terawal tentang tatabahasa preskriptif ini ialah Port-Royal Grammar 1660 yang diterbitkan di Paris.
11
Nahu Preskriptif Di Malaysia nahu preskriptif secara rasminya muncul pada tahun 1980an selaras dengan proses perancangan bahasa yang bertujuan untuk mewujudkan nahu bahasa Melayu baku yang dapat digunakan sebagai nahu pegangan dan sumber rujukan oleh semua pengguna bahasa Melayu terutama oleh guru dan murid sekolah. Dalam konteks perancangan bahasa, nahu preskriptif muncul hasil daripada perancangan korpus, iaitu usaha pengekodan atau penyeragaman yang bertujuan menghasilkan satu variasi bahasa baku daripada aspek nahu, ejaan, makna dan sebutan.
12
Nahu Preskriptif Hasilnya, terbitlah buku Tatabahasa Dewan yang bermula dengan jilid I (Ayat) pada tahun 1986 dan jilid 2 (Perkataan) pada tahun 1989 yang kemudiannya disatukan pada tahun 1993. Nahu preskriptif ini digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah) dan semua situasi rasmi seperti ucapan, mesyuarat, persidangan dan media massa.
13
Deskriptif dan Preskriptif
Dalam kajian linguistik moden, selalunya kajian yang menggunakan pendekatan preskriptif bermula dengan pendekatan deskriptif terlebih dahulu. Dalam konteks perancangan bahasa Melayu, Tatabahasa Dewan telah mengaplikasikan kedua-dua pendekatan ini, malah mendakwa lebih mengutamakan pendekatan deskriptif daripada preskriptif seperti yang dinyatakan dalam kata pengantarnya.
14
Pendekatan Tatabahasa Dewan
“… Ajaran ilmu linguistik moden meminta kita mengamalkan pendekatan deskriptif, yakni semata-mata menghuraikan gejala bahasa sebagaimana gejala itu wujud dan digunakan oleh penuturnya. Tetapi pendirian seperti ini tidak selaras dengan konsep nahu rujukan atau pegangan, iaitu suatu hasil yang dapat memberikan panduan dan menjadi asas rujukan penuturnya. Apabila berhadapan dengan dilema ini, kami mengambil jalan tengah, iaitu sedapat mungkin mengamalkan falsafah deskriptif; namun begitu bagi struktur yang benar-benar menimbulkan kekeliruan atau kerumitan di kalangan penuturnya, kami berpegang pada konsep preskriptif…”. (Nik Safiah et. al 2008)
15
Rumusan Berdasarkan kajian di atas dapatlah dirumuskan bahawa nahu tradisional dan moden ditandai oleh zaman kemunculan dan keberakhirannya. Hal ini berbeza dengan nahu deskriptif dan preskriptif yang melampaui batas zaman walaupun pendekatan nahu/linguistik deskriptif selalunya dikaitkan dengan nahu/linguistik moden kerana kedua-duanya diwarnai oleh dua aliran linguistik yang utama, iaitu struktural dan transformasi generatif.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.