Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Sajak pesan ibu beribu-ribu
- TEMA - PERSOALAN - NILAI - PENGAJARAN - GAYA BAHASA - CIRI-CIRI SAJAK
2
Pengenalan SAJAK Puisi Melayu moden, berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya. Tema - Persoalan pokok atau persoalan utama yang dikemukakan dalam sesebuah puisi. Tema boleh juga diertikan sebagai idea pusat atau idea dasar. Contoh - Perpaduan. Persoalan - Hal-hal yang dipersoalkan dalam sesebuah karya (sajak) untuk memantapkan tema. Contoh persoalan – Hubungan kerjasama, amalan saling menghormati dan perasaan muhibah antara kaum yang menyokong tema perpaduan.
3
pesanannya beribu-ribu.
Kita ada ibu ibu kita satu pesanannya beribu-ribu. Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu "buat begini jangan begitu bacalah buku selalu kukuhkan diri dengan ilmu pilihlah kawan yang mulia hati tolaklah kawan pementing diri pilihlah kawan yang yang punya petunjuk tolaklah kawan penagih rokok." ibu yang satu menyekat kita di pintu bertanya ke mana arah tuju "jagalah diri selalu di luar sana mungkin bencana menunggu." Kita menjadi jemu mendengar pesanan ibu beribu-ribu tapi ibu tetap ibu pesanan bertambah satu dan satu "jangan dibiar kepala berkutu carilah ubat jerawat batu." Suatu senja seorang temanku merintih kerana kehilangan kekasih kini baru disedarinya pilihan musang berbulu arnab biarpun menyamar cekap ada masa masuk perangkap Si bedul sudah ditangkap Si Bedul masuk lokap Dia menyatakan kesalnya kerana dia alpa ibunya berpesan sejak dulu "pilihlah kawan yang bermutu jangan dipilih kawan berhantu" Mengenangkan nasib temanku itu aku merindui pesanan ibu Ya, pesanan ibu. Ibu, kuyakini kau mengenali yang mana permata, yang mana kaca yang mana budaya, yang mana buaya berilah pesanan beribu-ribu malah berpuluh ribu aku tidak akan jemu ini janjiku kerana aku tahu sempurna seorang ibu dengan pesanan beribu-ribu.
4
Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu Maksud
Kita ada ibu ibu kita satu pesanannya beribu-ribu. Penyajak menyatakan bahawa setiap anak mempunyai seorang ibu namun seorang ibu banyak memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu "Buat begini jangan begitu bacalah buku selalu kukuhkan diri dengan ilmu pilihlah kawan yang mulia hati tolaklah kawan pementing diri pilihlah kawan yang punya petunjuk tolaklah kawan bertabiat buruk." Ibu yang satu menyekat kita di pintu bertanya ke mana arah tuju "Jagalah diri selalu di luar sana mungkin bencana menunggu." Kita menjadi jemu mendengar pesanan beribu-ribu tapi ibu tetap ibu pesanan bertambah satu dan satu "Jangan dibiar kepala berkutu carilah ubat jerawat batu." Ibu sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ibu berpesan agar anaknya rajin membaca buku dan menuntut ilmu. Ibu juga berpesan supaya pilih kawan yang berakhlak mulia dan mempunyai jati diri, elakkan daripada memilih kawan yang mempunyai sifat pentingkan diri dan beperangai tidak baik. Ibu sentiasa mengingatkan anaknya supaya berhati-hati semasa keluar rumah kerana bimbang akan bahaya yang berlaku. Anaknya berasa jemu mendengar nasihat ibu yang semakin bertambah. Ibu juga berpesan agar anaknya menjaga penampilan diri dan kesihatan. Suatu senja seorang temanku merintih kerana kehilangan kekasih kini baru disedarinya pilihan musang berbulu arnab biarpun menyamar cekap ada masa termasuk perangkap Si Bedul sudah ditangkap Si Bedul di dalam lokap. Pada suatu hari kawan anaknya bersedih kerana ditinggalkan kekasihnya. Dia baru menyedari bahawa kekasihnya itu seorang penipu dan telah ditangkap serta dilokap. Dia menyatakan kesalnya kerana dia alpa ibunya berpesan sejak dulu "Pilihlah kawan yang bermutu Jangan dipilih kawan berhantu." Mengenangkan nasib temanku itu aku merindui pesanan ibu. Ya, pesanan ibu. Anaknya berasa menyesal kerana melupakan pesanan ibu yang sering mengingatkan agar memilih kawan dengan betul. Selepas kejadian itu, anaknya mula menerima kebenaran pesanan ibunya. Dia juga merindui pesanan-pesanan ibunya. Ibu, kuyakini kau mengenali yang mana permata, yang mana kaca yang mana budaya, yang mana buaya berilah pesanan beribu-ribu malah berpuluh ribu aku tidak akan jemu ini janjiku kerana aku tahu sempurna seorang ibu dengan pesanan beribu-ribu. Penyajak menerangkan bahawa dia sangat yakin dengan pesanan ibunya yang arif dalam menilai perkara baik dan buruk. Penyajak berjanji tidak akan jemu dan patuh akan nasihat ibunya. Tanggungjawab ibu sempurna apabila telah memberi nasihat kepada anak-anaknya.
5
TEMA Tanggungjawab seorang ibu memberi nasihat kepada anaknya supaya tidak tersalah memilih jalan hidup
6
PERSOALAN Keperihatinan seorang ibu Kasih saying seorang ibu
Sikap berhati-hati dalam memilih kawan Kepentingan menuntut ilmu pengetahuan Tanggungjawab seorang ibu membimbing dan menasihati anaknya
7
Nilai Perihatin - Kasih Sayang - Berhati-hati - Tanggung jawab
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.