Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENYELIDIKAN DALAM PERHUBUNGAN AWAM

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENYELIDIKAN DALAM PERHUBUNGAN AWAM"— Transcript presentasi:

1 PENYELIDIKAN DALAM PERHUBUNGAN AWAM
UNIT 6 PENYELIDIKAN DALAM PERHUBUNGAN AWAM

2 Perhubungan Awam (PR):
Salah satu bidang komunikasi yang penting. Pengamal PR yang berjaya perlu memiliki suatu perwataka yang profesional seperti bijak, yakin, berkebolehan, berpengetahuan, cekap, amanah, berketrampilan, setia, ikhlas dan boleh dipercayai. Pengamal PR yang berjaya sentiasa berjaya menonjolkan diri dan organisasinya kepada publik, seterusnya organisasi akan mendapat tempat atau perhatian daripada publik. Oleh itu, PR yang berkesan sangat penting dalam sesebuah organisasi.

3 Penyelidikan dan Pengurusan Perhubungan Awam yang Strategik
Organisasi tidak dapat berfungsi bersendirian. Ia memerlukan pelbagai pihak dalam komuniti untuk beroperasi. Organisasi harus membina satu imej dan reputasi penyelidikan yang baik di kalangan komuniti. Komuniti merangkumi pelabur, aktivis, media, pekerja, pengedar dan lain-lain. Komuniti akan mempunyai tanggapan terhadap organisasi berdasarkan perspektif publik, pengalaman dan interaksi dengan organisasi.

4 Pengamal PR seharusnya peka dengan kepentingan tanggapan publik terhadap organisasi.
Organisasi yang bertindak secara proaktif, iaitu berdasarkan pendekatan pencegahan dalam menghadapi sebarang potensi krisis. Pencegahan boleh dilakukan terlebih dahulu jika organisasi membuat PENYELIDIKAN. Dengan penyelidikan yang dilakukan, organisasi akan berupaya untuk mengelak dari berhadapan dengan krisis. Dalam PR, penyelidikan adalah salah satu kaedah untuk mengumpul pelbagai maklumat dan data. Berdasarkan maklumat tersebut, analisis pengurusan yang seterusnya dapat dilakukan bertujuan meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu isu yang menjadi dasar pelaksanaan aktiviti PR.

5 Hasil dari penyelidikan dan sebarang rumusan yang diperolehi akan menjadi suatu maklumat penting kepada organisasi. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekangan dan masalah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan komprehensif dalam pelaksanaan proses penyelidikan PR antaranya ialah: Pengawalseliaan persekitaran sosial bukan suatu kerja mudah dalam PR. Ia sentiasa berubah-ubah. Tinjauan PR menjelaskan bahawa bidang penyelidikan adalah di antara bidang yang dipelajari oleh ahli atau golongan profesional termasuk profesional PR. Ini menunjukkan bahawa profesional dalam bidang di luar PR, memberi keutamaan yang signifikan kepada penyelidikan. Ini memberi tekanan kepada profesional PR untuk sama melakukan penyelidikan.

6 Terdapat kefahaman yang rendah mengenai penyelidikan PR di kalangan majikan dan pengamal PR yang diakibatkan oleh umur hayat PR yang masih muda. Terdapat pendapat meletakkan bidang penyelidikan perkara kedua selepas orientasi kegiatan utama. Kebanyakan aktiviti PR dilaksana dengan hanya melihat kepada arah aliran (trend) semasa sesuatu isu yang dirumus tanpa penyelidikan menyeluruh. Bagi mengatasi kekangan, penyelidikan boleh dilakukan serentak dengan pelaksanaan aktiviti PR, iaitu melalui perencanaan (planning) PR yang strategik.

7 Perencanaan strategik (PS) merupakan suatu penentuan tentang situasi di mana organisasi akan berada pada masa akan datang (matlamat) dan bagaimana untuk sampai ke tempat berkenaan (strategi). PS menentukan arah organisasi secara proaktif dan mengelak perulangan aktiviti yang biasa yang boleh mengalih atau mengubah arah. Empat Langkah Perencanaan Strategik dalam Perhubungan Awam 1. Pendefinisian Masalah 2. Perencanaan dan Perancangan 3. Pelaksanaan Tindakan 4. Penilaian Program

8 Proses Perencanaan PR yang strategik
Empat langkah proses PR Proses perencanaan strategik dan rangka rencana tindakan Pendefinisian masalah PR: i. Penyelidikan/kajian Masalah Analisis situasi-l/belakang maklumat, data, bukti dll. ii. Isu iii. Peluang i. Faktor luaran ii. Faktor dalaman Perencanaan dan perancangan: i. Matlamat ii. Objektif Pelaksanaan tindakan dan komunikasi: 4. Penilaian rancangan Penilaian keputusan/ hasil 3. Matlamat rancangan 4. Penentuan publik i. Siapa terlibat ii. Bagaimana mereka terlibat? 5. Objektif rancangan untuk setiap publik 6. Rancangan tindakan untuk setiap publik 7. Rancangan komunikasi: i. Strategi mesej ii. Strategi media 8. Plan pelaksanaan rancangan: i. Penentuan dan agihan tinjauan ii. Penjadualan iii. Peruntukan 9. Penilaian rancangan 10. Maklumbalas dan penyesuaian atau penjajaran rancangan

9 Penyelidikan dan Perubahan Sikap
Mengaplikasikan pendekatan berfikir seorang penyelidik. Penyelidik menganggap proses penyelidikan sebagai suatu proses yang mudah. Matlamat penyelidikan dilihat sebagai usaha membuat sesuatu dengan lebih baik dan positif. Penyelidikan melibatkan gabungan beberapa akriviti seperti merancang, merangka polisi, membentuk, mengimplementasi dan meneruskan sesuatu program selaras dengan objektif organisasi.

10 Analisis situasi Meliputi proses mengenalpasti tahap komunikasi, audit, rekod dan prestasi organisasi. Penganalisisan situasi PR perlu mencuba untuk memahami beberapa persoalan. Antara persoalan itu ialah: Siapa publik luaran organisasi dengan lebih tepat, dan apa yang telah diketahui oleh publik tersebut, serta bagaimana perasaan mereka terhadap masalah yang wujud? B/mana kesan langsung masakah ke atas publik dan maklumat yang bagaimana publik perlukan? Apakah publik penting terhadap kegiatan PR organisasi?

11 Penyelidikan Terhadap Media.
Pengamal PR menyediakan publisiti yang menjurus kepada satu persoalan yang menjadi maklumat supaya pihak media dan publik akan memberi perhatian. Periklanan( publisiti berbayar) ialah merupakan suatu pendekatan atau kaedah publisiti yang boleh dikawal. Publisiti PR percuma, ianya dianggap sebagai kaedah publisiti yang tidak dapat dikawal. Dalam merancang publisiti PR, kedua-dua pihak, media dan orang PR perlu saling memerlukan. Perubahan dan penbangunan komunikasi dalam era siber telah meletakkan pengamal PR dalam situasi “mesti menguasai dunia siber”.

12 Pengurusan PR dan Publik Dalaman
Maayarakat korporat perlu mempunyai tanggungjawab dan dasar dalam menjayakan misi korporat mereka. Kepentingan terhadap t/jawab perskitaran, perhubungan pekerja, hal ehwal masyarakat, keseimbangan peluang pekerjaan serta toleransi terhadap hak asasi kemanusiaan perlu diberi perhatian. Toleransi tersebut akan dapat mewujudkan reputasi korporat yang positif.

13 Dalam mengurus komponen-komponen program yang berkaitan dengan t/jawab korporat, antara langkah yang perlu dilaksanakan oleh sesebuah organisasi ialah: Ketika mengenalpasti cabaran-cabaran yang berpotensi, perlulah diwujudkan kumpulan petugas di kalangan sebahagian publik dalaman yang b/jawab menganalisi polisi organisasi. Perkara yang perlu diberi perhatian oleh kumpulan petugas tersebut ialah mengenai: i. Isu-isu persekitaran ii. Peluang-peluang yang seimbang di kalangan pekerja iii. Hal ehwal pekerja dan kebajukan pekerja iv. Agihan tenaga kerja dan hak asasi manusia v. Mengenalpasti sumber-sumber secara global vi. Hubungan Komunikasi

14 Dalam menguruskan dan memastikan pematuhan terhadap etika korporat serta program secara b/jwb, terdapat beberapa elemen yang berkesan untuk diaplikasikan agar program PR berjalan dengan lancar. Elemen-elemen tersebut ialah: Etika Perlakuan (code of conduct). Pengurusan latihan staf perhubungan awam Pemilihan saluran komunikasi dengan publik Kaedah pemaklumatan kepada publik dalaman dan luaran Ketrampilan pegawai bertugas

15 PR dan Peranan Kumpulan Pengurusan.
Pelaksanaan tugas PR melibatkan aplikasi suatu budaya kerja yang tersendiri. Komponen pengurusan utama ialah struktur organisasi, ahli organisasi, ahli organisasi, koordinasi kerja, dan prosedur atau polisi organisasi (objektif dan matlamat organisasi serta piagam pelanggan). Koordinasi kerja melibatkan penstrukturan fungsi dan t/jawab setiap pekerja. Pemantauan suasana komunikasi dalam organisasi sentiasa dipandu dan terikat dengan keperluan objektif dan matlamat organisasi.

16 Rumusan Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian secara berterusan untuk melihat secara menyeluruh mengenai peranan PR. T/jawab utama PR adalah untuk memastikan identiti dan imej organisasi dapat dikembangkan dan dipertahankan secara positif. Penyelesaian kepada konflik fungsi PR seseorang pengamal adalah dilakukan melalui pemahaman kepada tugas PR itu sendiri. Tahap profesionalisme yang tinggi akan dapat mengurangkan perspektif negatif terhadap fungsi PR di kalangan publik.

17 TERIMA KASIH……


Download ppt "PENYELIDIKAN DALAM PERHUBUNGAN AWAM"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google