Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehHarjanti Rachman Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
PENGENALAN :- Dikenali sebagai sistem pencernaan.
Satu proses penguraian molekul makanan yang besar dan kompleks menjadi molekul kecil dan ringkas. Terdiri daripada :- Salur alimentari salur panjang yang dilalui oleh makanan dari rongga mulut hingga ke dubur. merangkumi rongga mulut, farinks, esofagus, perut, usus kecil dan usus besar. Kelenjar pencernaan mengandungi enzim yang membantu melengkapkan proses penghadaman. terdiri daripada kelenjar air liur, hati, pankreas dinding perut dan juga dinding usus kecil.
2
DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
RONGGA MULUT ESOFAGUS FARINKS SALUR ALIMENTARI PERUT USUS KECIL USUS BESAR DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
3
Rajah skema sistem penghadaman/pencernaan
4
DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
RONGGA MULUT Dikenali sebagai kaviti bukal atau oral. Terbahagi kepada 2 bahagian:- Ruang umum – ruang tengah yang mengandungi lidah. Ruang vestibule – ruang di antara gigi dan pemukaan pipi. DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
5
LIDAH Terbina daripada otot terkawal. Selaput mukosa melapisi permukaan lidah yang terdapat tompok-tompok yang dikenali sebagai papila. Papila mengandungi tunas deria rasa. Fungsi lidah:- Organ deria rasa manis – hujung hadapan lidah masin – hujung dan tepi hadapan lidah masam – bahagian kedua-dua tepi lidah pahit – bahagian dekat dengan umbi lidah Pertuturan Kunyahan dan telanan Sentuhan
6
GIGI Ada 3 bahagian utama :- Kepala – yang membonjol keluar dari gusi. Umbi – tertanam di dalam gusi dan terdiri dari 1 cabang atau lebih. Leher – bahagian antara kepala gigi dengan umbi. Dentin – membina gigi dan menyerupai tulang. Diliputi oleh enamel – bahan yang paling keras dalam tubuh. Bentuk gigi :- Kacip – menggigit dan memotong makanan. Taring – mengoyak makanan. Geraham kecil – mengoyak dan mengisar makanan. Geraham besar – mengisar dan melumatkan makanan.
7
DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
FARINKS Suatu salur berbentuk kon yang didindingkan oleh otot terkawal dan ruangnya dilapisi dengan selaput mukosa. Dibahagi kepada 3 bahagian:- Farinks-hidung – sebahagaian daripada pernafasan. Farinks-mulut – benarkan udara masuk ke dalam peti suara. - telan bahan makanan ke dalam kerongkong. Farinks-bawah – terletak di bahagian peti suara dan berlanjutan dengan salur kerongkong di bawahnya. DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
8
ESOFAGUS Tiub berotot yang terletak di belakang trakea.
Menyambungkan farinks dengan perut. Dinding esofagus terbina daripada tisu lembut dan sentiasa terbuka melainkan apabila ada makanan di dalamnya. Berfungsi menghantar makanan dan minuman dari farinks ke perut.
9
PERUT (GASTER) Bahagian saluran penghadaman yang berkembang menjadi seperti karung atau pundi. Bersambung terus dari kerongkong dan tergantung bebas di bahagian atas sebelah kiri dalam ruang abdomen. Fungsi perut:- Simpan bahan makanan buat sementara untuk dilembutkan dan dihadamkan. Menghadamkan makanan melalui enzim (pepsin&renin). Asid hidroklorik yang terhasil dalam perut memusnahkan beberapa jenis kuman tang masuk ke dalam perut. Perut menghasilkan faktor intrinsik yang perlu untuk pembentukan sel darah merah dan penyerapan vitamin B12. Membenarkan penyerapan yang terhad melalui dinding (air, glukosa, alkohol dan sesetengah dadah.
10
USUS KECIL Merupakan bahagian yang terpanjang dalam salur alimentari.
Terbahagi kepada 2 :- Duodenum – tiub berotot yang hubungkan perut dengan jejunum. - berbentuk huruf C. - berukuran 25cm panjang. - melengkung mengelilingi kepala pankreas. Jejunum dan ileum – berukuran 6 meter. - bahagian ileum tamat di dalam sekum sebagai injap ileum yang membenarkan kandungan ileum masuk ke dalam sekum tapi menahan sebarang kandungan sekum kembali ke dalam ileum.
11
Fungsi usus kecil :- Menyelesaikan semua proses penghadaman. Serap bahan makanan yang terhadam, asid amino dan glukosa ke dalam darah dan lemak hadam ke salur limfatik. Hasilkan beberapa hormon yang mengawal penghasilan kelenjar pankreas, hempedu dan kelenjarnya sendiri.
12
USUS BESAR Bermula dari sekum dan tamat sebagai rektum.
Panjangnya 5 hingga 6 kaki dan pusatnya 2 ½ inci. Bahagian usus besar :- Sekum dan apendiks. Kolon – menaik, melintang (transver), menurun, sigmoid dan rektum.
13
Fungsi usus besar :- Selaput mukosa yang melapisi dinding dalam kolon menghasilkan cecair lendir yang melicinkan salur itu dan membenarkan najis bergerak dengan mudah. Penyerapan air. Air yang belum menyerap, diserap apabila sampai ke dalam usus besar. Pembuangan najis. Bahan-bahan yang tidak hadam dikeluarkan dari rektum sebagai najis.
14
Rajah menunjukkan usus besar dan bahagian-bahagiannya
DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
15
DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
DUBUR Suatu terusan yang membuku keluar dari rektum. Dikawal oleh otot pencerut. Kuncupan dan kenduran otot adalah di bawah kuasa kemahuan manusia. Bahagian atas pertengahannya dilapisi oleh selaput mukosa lanjutan dari rektum, tetapi bahagian bawahnya terbina daripada kulit tubuh. DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
16
KELENJAR PENCERNAAN KELENJAR AIR LIUR PANKREAS HATI / HEPAR
DINDING GASTER DINDING USUS KECIL HEMPEDU
17
KELENJAR AIR LIUR Cecair yang dirembeskan secara berterusan dan terdapat di dalam atau berhampiran mulut. Dihasilkan oleh 3 pasang kelenjar air liur :- Kelenjar parotid – terletak di hadapan dan di bawah telinga. Kelenjar submandibular – terletak di bawah sudut tulang rahang bawah di setiap sebelah muka. Kelenjar sublingual – terletak di hadapan lantai mulut di belakang dagu. Air liur adalah suatu cecair yang beralkali serta jernih dan terdiri daripada air, lendir, garam dan tialin (enzim).
18
DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
HATI/HEPAR Lembut, berwarna perang dan terletak di bawah otot diafragma dalam kaviti abdomen hipokondria kanan. Terbahagi kepada lobus kanan yang besar dan lobus kiri yang kecil dipegang oleh ligamen falsiform. Fungsi hati :- Hasil dan rembes hempedu yang dihantar ke duodenum untuk pencernaan. Hasilkan bahan-bahan yang terdapat dalam darah. Simpan zat besi dan vitamin B12, K, A dan D untuk pembentukan sel darah merah. Lemah atau musnahkan racun atau bahan racun dalam darah. Metabolisma yang berkaitan dengan karbohidrat, protein dan lemak. Penghasilan haba. DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
19
Pandangan hepar dai sudut anterior dan inferior.
DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
20
DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
PANKREAS Terletak di ruang abdomen di bahagian epigastrik dan hipokondria kiri di belakang perut dan permukaan depan menjadi sebahagian daripada lantai perut. Terbahagi kepada :- Kepala – dikelilingi oleh duodenum. Badan – terletak di belakang perut dan di hadapan vertebra pinggang pertama. Ekor – menghulur ke bahagian hipokondria kiri dan menyentuh limpa. Fungsi pankreas :- Penghasilan bendalir pankreas yang mengandungi tripsin, amilase dan lipase untuk menjalankan pencernaan. Penghasilan hormon insulin dari sel Langerhans yang terlibat dalam metabolisma. DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
21
DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
DINDING GASTER Cecair jernih dan bersifat asid. Mengandungi 99% air serta bahan-bahan seperti asid hidroklorik, enzim pepsin, renin, lipase dan lendir. Apabila makanan sampai ke dalam perut, penghasilan kelenjar perut bertambah kerana galakan saraf vagus dan penghasilan hormon gastrin dari lapisan mukosa perut. Gastrin menyerap ke dalam rerambubt darah di dinding perut dan kelenjar ini akan mengeluarkan hasilnya secara berlebihan. DINDING USUS KECIL Dikenali sebagai sukkus enterikus. Bersifat alkali dan mengandungi enzim entrokinase, erepsin, maltase, sukrase dan lakatase. DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
22
HEMPEDU Pundi hempedu :-
Berbentuk seperti beg yang terletak di permukaan bawah lopus kanan hati. Panjang 3 atau 4 inci dan boleh mengandungi 1 aun cecair hempedu. Salur hempedu :- Salur sistika terhulur dari leher pundi hempedu dan bersatu dengan salur hati utama lalu membentuk salur hempedu utama. Salur hempedu utama terletak di belakang bahagian pertama duodenum dan bersama salur pankreas utama masuk ke dalam bahagian kedua duodenum ampula vater. Apabila bahan makanan berada dalam duodenum, otot mengendur serta membenarkan hempedu serta kelenjar pankreas masuk ke dalam duodenum.
23
Hati menghasilkan 1 pain hempedu setiap hari. Bersifat alkali.
Sambungan….. Hempedu :- Penghasilannya sentiasa berlaku di dalam hati tetapi bertambah semasa penghadaman. Hati menghasilkan 1 pain hempedu setiap hari. Bersifat alkali. Bahan yang memberi warna kepada najis serta menghilangkan bau busuk. Membantu dalam penghadaman lemak dan menggalakkan pergerakan peristalsis. 90% daripada hempedu ialah air dan bahan pewarna atau pigmen, garam hempedu, kolesterol dan lendir.
24
Rajah menunjukkan pundi hempedu, duktus hempedu dan duodenum.
DIANA, FYZA&NOAH – SISTEM PENGHADAMAN
25
PROSES PENCERNAAN MANUSIA
DI DALAM RONGGA MULUT Makanan dikunyah oleh gigi menjadi butiran yang lebih kecil. Kelenjar parotid, submandibular dan sublingual merembeskan air liur ke dalam rongga mulut melalui duktus air liur. Semasa penelanan makanan, lidah dinaikkan untuk menolak makanan masuk ke dalam esofagus. Makanan bergerak melalui esofagus secara peristalsis iaitu pengecutan dan pengenduran beritma yang berlakuk di sepanjang salur alimentari. Makanan memasuki perut apabila sfinkter kardium di sekeliling bukaan perut mengendur.
26
DI DALAM PERUT Terdapat banyak kelenjar gaster pada dinding perut yang merembeskan jus gaster. Jus gaster mengandungi asid hidroklorik, enzim renin dan pepsin. Asid hidroklorik dapat membunuh kuman yang hadir dalam makanan. Enzim renin mengentalkan susu dengan menukarkan kaseinogen kepada kasein. Enzim pepsin menghidrolisikan protein menjadi pepton dan polipeptida. Semasa makanan dicernakan dalam perut, pengecutan dan pengenduran perut membantu memecahkan makanan secara fizikal. Tindakan peristalsis ini juga membantu mencampurkan makanan dengan enzim. Makanan berada di dalam perut kira-kira 4 jam. Makanan yang meninggalkan perut adalah separa cecair dan dikenali sebagai kim.
27
DI DUODENUM Duodenum menerima hempedu dari pundi hempedu dan jus pankreas dari pankreas. Hempedu disentesiskan oleh hati dan disimpan dalam pundi hempedu. Hempedu mengandungi garam hempedu tetapi tidak mempunyai enzim. Hempedu berfungsi mengemulsikan / membaurkan lemak, iaitu memecahkan lemak menjadi titisan halus yang terampai di dalam air. Jus pankreas diangkut dari pankreas ke duodenum melalui duktus pankreas. Jus pankreas mengandungi 3 enzim iaitu amilase, tripsin dan lipase.
28
Amilase pankreas bertindak ke atas kanji yang belum sempat dihidrolisiskan oleh tialin dalam rongga mulut. Hasilnya ialah maltosa. Kanji + air amilase maltosa Tripsin menghidrolisiskan pepton dan polipeptida menjadi peptida. Peptida ialah rantaian pendek yang terdiri daripada beberapa asid amino. Pepton dan polipeptida tripsin peptida + air Lipase menghidrolisiskan lemak atau minyak menjadi asid lemak atau gliserol. Lemak + air lipase asid lemak + gliserol
29
DI USUS KECIL Terdapat banyak kelenjar usus pada dinding usus kecil. Kelenjar usus menghasilkan jus usus yang bersifat alkali. Jus usus mengandungi enzim erepsin (peptidase), maltase, sukrase dan laktase. Erepsin menghidrolisiskan peptida menjadi asid amino. Peptida + air erepsin asid amino Maltase menghidrolisiskan maltosa kepada glukosa. Maltosa + air maltase glukosa Sukrase menghidrolisiskan sukrosa menjadi glukosa dan fruktosa. Sukrosa + air sukrase glukosa + fruktosa Laktase menghidrolisiskan laktosa menjadi glukosa dan galaktosa. Laktosa + air laktase glukosa + galaktosa Gula ringkas, asid amino, gliserol dan asid lemak merupakan hasil akhir pencernaan. Semua hasil pencernaan diserap ke usus kecil.
30
DI USUS BESAR Dari usus kecil, makanan yang tidak tercerna akan disalurkan ke usus besar. Penyerapan air berlaku di sini. Akibatnya, sisa makanan tersebut mengeras menjadi tinja. Tinja disimpan di dalam rektum buat sementara waktu. Apabila penuh, dinding berotot rektum akan mengecut untuk mengeluarkan tinja melalui dubur. Proses ini dinamakan penyahtinjaan. Sesetengah bakteria yang hidup di dalam usus besar bertindak ke atas sisa makanan dan menghasilkan vitamin B12 dan K.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.