Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

TASAWWUR ISLAM II BAB: MUAMALAH DALAM ISLAM

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "TASAWWUR ISLAM II BAB: MUAMALAH DALAM ISLAM"— Transcript presentasi:

1 TASAWWUR ISLAM II BAB: MUAMALAH DALAM ISLAM
MINGGU TIGA AHAD 26 FEB 2012 ANDALUS WOODLANDS PT ©USTAZ ISMAIL HARON

2 Maksud Muamalah Muamalah adalah satu daripada hukum fikah yang berhubung dengan tatacara perhubungan sesama manusia dalam memenuhi keperluan mereka yang berhubung dengan harta, seperti hukum jual beli, sewa menyewa, dan perdagangan yang lain.

3 MATLAMAT MUAMALAH ISLAM
Bagi mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan hidup manusia. Sistem muamalah ini mempunyai beberapa matlamat, antaranya 1. Untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang aman sejahtera. 2. Untuk memudahkan manusia menikmati segala kurniaan Allah SWT dengan cara yang betul dan di redai oleh Allah SWT 3. Mempereratkan hubungan persaudaraan antara individu dan masyarakat.

4 4. Untuk memastikan segala kegiatan ekonomi diberkati oleh Allah SWT
5. Menghindarkan diri daripada kezaliman dan penindasan. 6. Membangunkan ekonomi umat Islam 7. Memperkemas dan melicinkan urusan kehidupan manusia seharian.

5 CIRI-CIRI MUAMALAH ISLAM
ialah:- menjadikan harta sebagai alat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT menggalak melakukan kebajikan dalam bermuamalah mengelak pembaziran dalam perniagaan urusan muamalah tidak menjejaskan kepentingan orang ramai

6 Syarat sah bermuamalah menurut Islam
Barang yang hendak dijual mestilah milik sah penjual Transaksi yang dijalankan mestilah bersih daripada unsur penipuan Pihak yang menjalankan urusan transaksi mestilah waras dan sempurna akalnya Persetujuan antara kedua belah pihak yang menjalankan transaksi ijab dan kabul

7 Syarat sah jual beli menurut Islam
Wujudnya persetujuan antara penjual dengan pembeli. Penjual dan pembeli mestilah seorang yang mukalaf dan berakal. Barang yang hendak di jual mestilah milik sah penjual. Barangan yang hendak di jual mestilah suci dan halal. Barangan yang hendak di jual wujud semasa berlakunya kontrak jual beli.

8 Muamalah yang tidak sah menurut Islam
Perniagaan yang mengandungi unsur-unsur penipuan seperti manipulasi Perniagaan yang mengandungi unsur-unsur penindasan, seperti riba dan monopoli. Perniagaan yang mengandungi unsur-unsur barangan yang tidak suci dan najis, seperti berniaga arak Perniagaan yang mengandungi unsur-unsur perjudian seperti nombor ekor Urusan perniagaan yang belum pasti barangan jualan, seperti menjual ikan di lautan, burung di angkasa, anak lembu yang masih dalam kandungan ibunya dan buah buahan yang belum nampak putiknya

9 Faedah muamalah Islam ialah:-
memperkemas dan melicinkan urusan kehidupan seharian manusia mewujudkan rasa bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah / perjanjian yang dipersetujui mengeratkan hubungan antara individu dengan masyarakat. ekonomi masyarakat dan negara dapat menyempurnakan tuntutan Islam / fardu kifayah menghindarkan penindasan dan kezaliman yang berkaitan dengan harta membangunkan ekonomi ummah

10 Maksud konsep Taawun dalam muamalah Islam
Konsep at-Ta’awun dalam sistem muamalah Islam ialah bekerjasama kepada perkara-perkara yang boleh membawa kebaikan dalam mendapatkan harta seperti dalam bidang perniagaan, sewa menyewa, gadaian dan syarikat.

11 Cara Mendorong masyarakat agar bermuamalah secara Islam dengan:-
memberi penerangan tentang kebaikan muamalah Islam menunjuk cara secara jelas melaksanakan muamalah secara Islam mengadakan ceramah tentang sistem muamalah Islam yang sedang diamalkan menyebarkan risalah muamalah secara Islam.

12 Contoh yang membuktikan muamalah melahirkan masyarakat yang sentiasa tolong menolong
( Taawun ) seperti:- al-Ijarah:orang yang memberi sewa dapat membantu penyewa yang memerlukan rumah / kenderaan dan lain-lain ar-Rahn ( pajak gadai) Pemegang gadai dapat membantu pengadai yang menghadapi masalah kewangan

13 Contoh-contoh Muamalah Islam

14

15

16

17

18

19

20

21 TAMAT


Download ppt "TASAWWUR ISLAM II BAB: MUAMALAH DALAM ISLAM"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google