Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 6: PENGURUSAN GRAFIK

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 6: PENGURUSAN GRAFIK"— Transcript presentasi:

1 UNIT 6: PENGURUSAN GRAFIK

2 “Sebuah gambar membawa seribu perkataan”.

3 Pernyataan ini menggambarkan bahawa bahan visual boleh dijadikan sumber yang menarik dan berkesan.

4 DEFINISI GRAFIK

5 Perkataan grafik berasal dari perkataan Greek “graphikos” bermaksud lukisan

6 Grafik merupakan kombinasi gambar, lambang, simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, dan lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya.

7 PRINSIP GRAFIK

8 Kontras (Contrast) Kontras terjadi apabila wujudnya dua elemen yang berbeza. Lebih besar perbezaannya lebih besarlah kontrasnya. Contoh, kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar dan, warna sejuk dengan warna hangat

9

10 2. Seimbang (Alignment) Kesimbangan merupakan susun atur elemen-elemen grafik dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang dan ia terbahagi kepada formal dan tidak formal.

11 Seimbang formal menunjukkan pembahagian yang sama antara dua bahagian visual, sama ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah.

12 Seimbang tidak formal pula mempunyai bebanan yang sama di kiri dengan kanan atau atas dengan bawah tetapi tidak semestinya serupa pembahagian dari segi bentuk atau kedudukannya.

13 3. Mudah (Simplicity) Prinsip mudah mengehadkan idea pada satu reka bentuk untuk memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Contoh, bilangan perkataan dalam satu visual tayangan perlu dihadkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja supaya konsep yang hendak dipaparkan ringkas, mudah dan dapat merangsangkan pemikiran.

14

15 4. Kehampiran (Proximity)
Kehampiran merupakan elemen yang berkaitan dikumpulkan supaya berdekatan dan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah. Elemen-elemen yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak disampaikan. Ia boleh dihasilkan dengan menggunakan anak panah, garisan, bentuk, warna, tekstur dan ruang.

16

17 5. Penegasan (Emphasis) Penegasan diberikan untuk menjadikan sesuatu idea tumpuan minat dan fokus utama. Penggunaan bentuk, warna, bentuk, garisan, hubungan dan perspektif dapat menegaskan idea agar dapat dilihat dan difokus.

18

19 6. Pengulangan (Repetition)
Prinsip ini menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan, garis kasar, bullet yang serupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubungan ruang dan sebagainya.


Download ppt "UNIT 6: PENGURUSAN GRAFIK"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google