Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ANDALUS (PPI)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ANDALUS (PPI)"— Transcript presentasi:

1 PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ANDALUS (PPI)
ANDALUS CORPORATION PTE LTD rakan anda sepanjang hayat

2 Pengenalan Program Pra Diploma Pengajian Islam Andalus (PPI) adalah pengajian Islam separuh masa bagi peringkat asas yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu-ilmu teras Agama. PPI menawarkan sistem pengajian yang menekankan aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan keadaan dan kehidupan semasa.

3 Matlamat PPI bertujuan membuka ruang kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan pendidikan asas agama secara formal untuk memperkukuhkan pengetahuan mereka dalam bidang tersebut serta melanjutkan pengajian Islam ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini mereka berpeluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan dan cabaran semasa.

4 Syarat-Syarat Kemasukan
Program ini dibuka kepada semua yang berusia tidak kurang dari 17 tahun. Peserta tidak perlu mempunyai latarbelakang pendidikan agama peringkat tinggi (menengah) yang formal untuk menyertai program ini. Peserta mestilah mempunyai asas latarbelakang pengetahuan agama sekurang-kurangnya tahap darjah 6 madrasah masjid (separuh masa) atau telah menamatkan program Kelas Bimbingan Dewasa Andalus (KBD)

5 Yuran Pengajian Yuran pendaftaran ialah sebanyak $52 dan yuran bulanan sebanyak $74 Yuran e-pendidikan ialah sebanyak $15 setahun Yuran tidak termasuk dengan harga nota dan buku.

6 Tempoh Pengajian Pengajian mengambil masa selama 4 semester (2 tahun). Setiap tahun mempunyai 2 semester. Setiap semester mengambil masa selama 6 bulan (26 minggu). 24 minggu pengajian dan 2 minggu cuti. Setiap semester mengandungi 4 modul dan setiap modul mengambil masa selama 5 atau 6 minggu pengajian.

7 Sistem Pengajian 1 Tahun (12 Bulan) Semester1 (6 Bulan) Penggal 1
(13 Minggu) Modul 1 (6 Minggu) Modul 2 Penggal 2 Modul 3 Modul 4 (5 Minggu) Semester2 Penggal 3 Modul 5 Modul 6 Penggal 4 Modul 7 Modul 8

8 Sistem Pengajian Semester 1 Penggal 1 : Jan – Mac (13 minggu)
Minggu Pengajian : 12 minggu Modul 1 : 6 minggu Modul 2 : 6 minggu Cuti : 1 minggu Penggal 2 : Apr – Jun (13 minggu) Minggu Pengajian : 11 minggu Modul 3 : 6 minggu Modul 4 : 5 minggu Cuti : 2 minggu

9 Sistem Pengajian Semester 2 Penggal 3 : Jul – Sep (13 minggu)
Minggu Pengajian : 12 minggu Modul 5 : 6 minggu Modul 6 : 6 minggu Cuti : 1 minggu Penggal 4 : Okt – Dis (13 minggu) Minggu Pengajian : 11 minggu Modul 7 : 6 minggu Modul 8 : 5 minggu

10 Sistem Pengajian & Penilaian
Pengajian dilakukan seminggu sekali. Setiap sesi pengajian berlangsung selama 3 jam Program PPI berdasarkan 100% pengajian di dalam kelas. Peserta akan dinilai berdasarkan kehadiran Peserta juga perlu mengulangkaji pelajaran melalui e-pendidikan di rumah dan membuat penilaian kendiri terhadap pengetahuan dan kefahaman mereka.

11 Penganugerahan Sijil Tamat Pengajian
Peserta akan dianugerahkan sijil tamat pengajian jika berjaya memenuhi syarat-syarat berikut: menamatkan 16 modul dalam jangkawaktu tidak lebih dari 3 tahun Mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah. Pengesahan dari Jabatan Akademik. Telah melunaskan yuran

12 Jalur Pengajian Peserta yang berjaya menamatkan pengajian PPI berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke pelbagai program seperti Diploma Pengajian Islam Andalus DPIA. Untuk maklumat lanjut program DPIA sila ke lelaman Diploma Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah (DPQS). Untuk maklumat lanjut program al-Zuhri sila ke lelaman

13 Jalur Pengajian Pra Diploma Andalus (2 tahun)
2-Diploma Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah DPQS (4 tahun) 1- Diploma Pengajian Islam Andalus DPIA (4 tahun) Pra Diploma Andalus (2 tahun)

14 Tempat & Waktu Pengajian
Waktu dan tempat pengajian akan ditentukan, bergantung pada permintaan dan keperluan yang ada.

15 Kelayakan Pensyarah Pensyarah yang mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Diploma dalam Pengajian Islam Mempunyai pengalaman mengajar peringkat remaja/dewasa atau ijazah dalam Pengajian Islam beserta pengalaman mengajar peringkat remaja/dewasa.

16 Modul Yang Ditawarkan Matapelajaran Bahasa Penghantar Jam Pertemuan
Tasawwur Islam Melayu 18 Akidah 1 Al-Azkar Akhlak 1 Sejarah & Tamadun Islam 1 Fiqh 1 Fiqh 2 Tafsir 1 Akidah 2 Hadis Akhlak 2 Sejarah & Tamadun Islam 2 Fiqh 3 Tafsir 2 Tafsir 3 Keperibadian Mu’min 16 Jumlah

17 Rujukan Buku yang akan digunakan bagi program ini ialah Buku Teks Andalus KBM 1 hingga 4. Terdapat juga beberapa buku yang disarankan sebagai bacaan tambahan untuk peserta. Slide yang disediakan oleh pensyarah boleh juga dijadikan rujukan dan bahan bacaan

18 SEKIAN


Download ppt "PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ANDALUS (PPI)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google