Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Makanan Tradisional Brunei
MELAYU ISLAM BERAJA Makanan Tradisional Brunei LCTopik : MASAKAN TEMPATAN
2
PENDAHULUAN Kuih muih dan masakan tempatan tradisi orang-orang Melayu Brunei mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Keistimewaannya itu bukan sahaja kerana namanya yang unik tetapi juga disebabkan rasanya yang sedap. Kuih muih dan masakan tempatan dihidangkan dalam majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan, berkhatan, berpindah rumah, makan tahun dan sebagainya.
3
KUIH-MUIH TEMPATAN ada TIGA jenis iaitu:- kuih muih kering dan
kuih muih basah Masakan tempatan
4
Kuih-muih kering Kuih muih kering mempunyai berbagai bentuk, nama dan saiz mengikut acuan yang digunakan. Boleh disimpan lama. CONTOH: kuya, jala, cacah, cincin, bauhulu, sapit, rangin, ardam, kuripit, madu kasirat, sapit, cacah, amping dan lain-lain.
6
KUIH-MUIH BASAH Kuih yang diadun dengan rapi
Selalunya dibuat oleh orang-orang yang mempunyai kebolehan dan pengalaman dalam membuat kuih-muih untuk mengekalkan rasanya yang sedap dan menyelerakan. Tidak dapat disimpan lama.
7
CONTOH: wajit, kalupis, salurut,katilapan, bingka beras, seri rupa, seri muka, tapai, Pinyaram, pangalaban, kosui dan lain-lain.
9
MASAKAN Masakan tempatan terdiri daripada berbagai- bagai jenis seperti masakan ikan, daging, dan sayur-sayuran dan lain-lain lagi. Masakan daging adalah seperti rebus, gulai, tumis dan lain-lain lagi. Masakan-masakan tersebut biasanya dihidangkan dalam majlis-majlis perkahwinan, makan tahun dan lain-lain lagi.
10
ambuyat
11
Ambuyat adalah sejenis makanan tempatan yang disukai dan digemari oleh masyarakat Brunei sejak dahulu lagi. Makanan ini juga merupakan salah satu makanan yang utama di samping nasi. Ambuyat dibuat daripada sagu atau ambulung. Ambulung diperolehi daripada pati batang rumbia yang telah diproses. Lazimnya ambuyat dimakan dengan cacah yang diperbuat daripada asam binjai,asam limau, mangga, asam kalumbi dan lain-lain lagi.
12
Jenis-jenis masakan tempatan yang biasanya dihidangkan bersama-sama semasa makan ambuyat adalah seperti dadah tahai, pais, ampap dan lain-lain.
13
PAIS Pais adalah salah satu makanan tempatan Brunei.
Pada kebiasaannya pais sering di makan ketika makan ambuyat atau nasi. Ada bermacam jenis pais. Diantaranya pais daging, pais urat, pais ikan dan pais ayam. Pais di bungkus menggunakan pucuk nipah atau dibungkus dengan daun pisang lalu dibakar.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.