Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehDevi Gunardi Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
ANUGERAH KECEMERLANGAN INDUSTRI & MASYARAKAT
[AKIM] Kategori : <Nyatakan Nama Kategori Anugerah>
2
GARIS PANDUAN PENILAIAN / PEMBENTANGAN OLEH CALON
Masa yang diperuntukkan bagi Pembentangan kepada Panel Penilai adalah selama 25 minit. [Pembentangan (10 minit) & Temubual (15 minit)] Calon perlu membuat pembentangan kepada panel penilai. Pembentangan tersebut perlu dibuat menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Calon dibenar untuk menggunakan template yang disediakan oleh pihak Urusetia atau menggunakan kreativiti masing-masing. Sesi ini akan diadili oleh tiga (3) panel juri profesional yang mana seorang daripada mereka merupakan juri jemputan daripada luar UMP / selain ahli Jawatankuasa Penyelidikan & Pengembangan Ilmu (bagi setiap kategori). Calon adalah diminta juga untuk membawa dokumen/ sijil/ bukti yang sah sebagai rujukan kepada panel juri pada hari penilaian. Calon adalah diminta untuk hadir ke tempat temuduga sekurang-kurang 15 minit awal daripada jadual yang telah ditetapkan. Pemenang Anugerah Kecemerlangan Industri & Masyarakat (AKIM) akan diraikan semasa Hari Kualiti & Inovasi UMP 2018. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu atau penipuan, panel juri berhak untuk menarik balik anugerah ini. Keputusan panel juri adalah muktamad.
3
KATEGORI ANUGERAH Anugerah Kualiti Kerjasama Industri (Kategori Staf Akademik) Anugerah Kualiti Kerjasama Masyarakat (Kategori Staf Akademik) Anugerah Kualiti Kerjasama Industri (Kategori Staf Bukan Akademik) Anugerah Kualiti Kerjasama Masyarakat (Kategori Staf Bukan Akademik) Anugerah Rakan Industri Terbaik Anugerah Rakan Masyarakat Terbaik
4
CONTOH TEMPLATE OLEH URUSETIA AKIM
Anugerah Kualiti Kerjasama Industri (Kategori Staf Akademik) Anugerah Kualiti Kerjasama Masyarakat (Kategori Staf Akademik) Anugerah Kualiti Kerjasama Industri (Kategori Staf Bukan Akademik) Anugerah Kualiti Kerjasama Masyarakat (Kategori Staf Bukan Akademik)
5
RINGKASAN CALON NAMA CALON : PTJ : JAWATAN / GRED :
PERANAN DALAM PROJEK :
6
RINGKASAN SUMBANGAN RINGKASAN TENTANG SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN DALAM LIBATSAMA INDUSTRI / KOMUNITI Nota : Ringkasan boleh dinyatakan secara ‘bullet point’ / infografik / apa jua cara yang kreatif untuk menyatakan ringkasan tersebut
7
RINGKASAN PORTFOLIO Elemen yang akan dinilai adalah :
KUALITI KERJASAMA INDUSTRI Kepimpinan (10%) Impak kepada industri (40%) Dana / Taja / Pembiayaan / Perundingan (20%) Penerbitan (10%) Usahasama dan Pengiktirafan (20%) KUALITI KERJASAMA MASYARAKAT Kepimpinan (30%) Kesukarelawan (10%) Sumbangan / Aktiviti Yang Memberi Impak kepada Komuniti (50%) Anugerah / Penghargaan yang diperolehi (10%) Nota : Berdasarkan kepada panduan portfolio semasa permohonan. Ringkasan hendaklah berpandukan kepada keterangan bagi setiap kriteria tersebut.
8
GAMBAR / DOKUMEN SOKONGAN
Berkaitan dengan aktiviti libatsama industri / komuniti sahaja. Sebagai maklumat tambahan kepada permohonan.
9
CONTOH TEMPLATE OLEH URUSETIA AKIM
Anugerah Rakan Industri Terbaik Anugerah Rakan Masyarakat Terbaik
10
RINGKASAN CALON NAMA RAKAN INDUSTRI / KOMUNITI :
DICALONKAN OLEH / PTJ : NAMA PROJEK LIBATSAMA : OBJEKTIF PROJEK :
11
RINGKASAN SUMBANGAN PENYATAAN RINGKAS BERKAITAN SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN BAGI KETERLIBATAN INDUSTRI/ KOMUNITI Nota : Ringkasan boleh dinyatakan secara ‘bullet point’ / infografik / apa jua cara yang kreatif untuk menyatakan ringkasan tersebut
12
RINGKASAN PORTFOLIO Elemen yang akan dinilai adalah :
RAKAN INDUSTRI / KOMUNITI TERBAIK Bagaimana rakan industri / komuniti telah menyumbang ke arah mencapai objektif, impak dan kejayaan projek libatsama industri / komuniti * yang dinyatakan (40%) Nyatakan bentuk penjanaan pendapatan samada dalam bentuk tunai / setara (in kinds) (20%) Sejarah jaringan industri / komuniti sebelum projek yang berimpak tinggi bersama dengan rakan industri / komuniti yang dicalonkan (sebarang projek jaringan yang dilaksanakan bagi tahun-tahun sebelumnya (2016 dan sebelum) (30%) Kelestarian Penglibatan (10%) Nota : Berdasarkan kepada panduan portfolio semasa permohonan. * - Projek komuniti adalah berdasarkan elemen NBOS (kos rendah, impak tinggi, pelaksanaan pantas dan kelestarian
13
GAMBAR / DOKUMEN SOKONGAN
Berkaitan dengan aktiviti libatsama industri / komuniti sahaja. Sebagai maklumat tambahan kepada permohonan.
14
JABATAN JARINGAN INDUSTRI & MASYARAKAT (JJIM)
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG LEBUHRAYA TUN RAZAK 26300 GAMBANG, KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR Tel : | Faks:
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.